 |
| |
Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan.
Ianya merupakan polisi yang berbeza daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan. Anda boleh membeli insurans KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda. Polisi KD memberikan perlindungan insurans 24 jam di seluruh dunia. |
| |
|
|
| Saya Patut Tahu... |
 |
|
| |
| Saya Mahu… |
 |
|
|
|
| Skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza di antara syarikat insurans dan anda hendaklah memastikan bahawa anda membeli polisi yang memenuhi keperluan anda. Jenis-jenis perlindungan yang biasanya diberikan di bawah polisi KD ialah: |
 |
 |
 |
| |
|
|
| |
 |
Mati akibat kemalangan |
| |
|
 |
Hilang upaya kekal |
| |
|
 |
Hilang upaya sementara menyeluruh atau separa |
| |
|
 |
Belanja perubatan |
|
 |
Pembedahan pembetulan |
| |
|
 |
Manfaat masuk hospital |
| |
|
 |
Belanja pengebumian |
|
| |
|
|
|
 |
|
 |
|
|
| |
|
| |
| Di dalam memilih insurans KD, sentiasalah: |
| |
 |
Sedar akan pengecualian di dalam polisi yang tidak membenarkan anda menuntut daripada syarikat insurans. |
 |
 |
 |
Mengetahui skala manfaat, iaitu jumlah pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans sekiranya belaku kecederaan atau hilang anggota badan, pendengaran atau penglihatan. |
|
 |
 |
 |
Mendedahkan semua fakta penting yang diperlukan di dalam permohonan anda, seperti tahap kesihatan anda, pekerjaan dan jumlah polisi insurans KD yang anda punyai. |
|
| |
|
| |
| Mungkin terdapat pengecualian yang dikenakan ke atas sesetengah keadaan serta profession tertentu yang tidak dilindungi polisi insurans KD. |
| |
 |
| |
 |
|
Muat turun
di sini |
Muat turun buku panduan insurans kemalangan diri kami untuk mengetahui apakah pengecualian tersebut dan lain-lain maklumat penting berkenaan polisi ini. Anda juga boleh menghubungi syarikat insurans untuk maklumat lanjut tentang insurans kemalangan diri yang mereka tawarkan. |
|
| |
| |