Insurans perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi beberapa perlindungan yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk mereka yang sering melancong.
 
Saya Patut Tahu...

Apa yang perlu dipertimbangkan jika membeli insurans perjalanan

Manfaat polisi

Perlindungan dan pengecualian

Bagaimana membuat tuntutan
 
Saya Mahu…

Baca soalan lazim tentang insurans perjalanan

Muat turun buku panduan insurans perjalanan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Insurans perjalanan boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan semasa perjalanan seperti:
     
Kemalangan diri
   
Belanja perubatan dan yang berkaitan
   
Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan
  perjalanan
   
Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan
  peribadi dan wang
   
Kehilangan pasport
Lliabiliti diri
   
Kelewatan bagasi
   
Kelewatan perjalanan
   
Rampasan kenderaan
   
Penghantaran pulang jenazah
     
 
 
Di dalam memilih insurans KD, sentiasalah:
 
Membuat perbandingan polisi yang sesuai dengan keperluan anda.
   
Semaklah dengan syarikat insurans anda tentang barang-barang kepunyaan peribadi yang boleh dilindungi di bawah insurans perjalanan kerana perlindungan yang diberikan adalah berbeza di kalangan syarikat insurans.
   
Pastikan syarikat insurans anda mempunyai rangkaian gabungan asing yang baik yang boleh memberikan bantuan yang sewajarnya apabila diperlukan.
   
Semak sama ada syarikat insurans anda menyediakan perkhidmatan talian kecemasan ”hotline” 24 jam.
   
Baca dengan teliti dan fahami pengecualian yang dikenakan ke atas polisi anda, untuk mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh anda tuntut.
 
 
Walaupun anda dilindungi insurans perjalanan, anda hendaklah mengambil tindakan yang munasabah untuk melindungi, menyelamat dan memperolehi semula barang anda yang telah hilang ataupun rosak. Anda juga dinasihatkan agar menghubungi talian perkhidmatan kecemasan sekiranya anda memerlukan bantuan segera, memberitahu pihak berkuasa kawasan tersebut dan syarikat insurans secepat yang mungkin.
 
 
Kebanyakan insurans perjalanan menawarkan manfaat yang sama, tetapi skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza bergantung kepada syarikat insurans.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah memuat turun buku panduan kami tentang insurans perjalanan atau menghubungi mana-mana syarikat insurans pilihan anda untuk butiran yang lebih terperinci.