Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.
 
Saya Patut Tahu...

Terma yang digunakan di dalam IPK

Perlindungan dan pengecualian polisi IPK

Memperbaharui polisi IPK

Membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang IPK

Muat turun buku panduan IPK

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
 
 
Syarikat insurans menawarkan polisi IPK kepada anda sama ada secara berasingan ataupun bergabung. Apabila memilih polisi, sentiasalah:
 
Buat pilihan bijak sebelum membeli. Buat perbandingan ke atas polisi yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang lain terlebih dahulu sebelum membeli.
   
Beli polisi yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda.
   
Tentukan terlebih dahulu sama ada anda mampu membayar premium. Jangan beli lebih daripada apa yang anda mampu.
   
Ambil masa untuk berbincang dengan syarikat atau ejen insurans anda. Dapatkan kad perniagaan ejen insurans yang mempunyai nama ejen, syarikat, alamat dan nombor telefon. Maklumat ini penting sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan, memperbaharui atau membuat tuntutan kelak.
   
Fahami terma dan syarat polisi serta skop perlindungan yang ditawarkan.
   
Baca kontrak polisi dengan teliti.
 
 
Majikan anda mungkin telah mengambil pelan berkumpulan di mana premium akan dibayar sama ada oleh anda sendiri atau majikan anda. Anda patut mendapatkan maklumat tentang terma polisi tersebut dan skop perlindungannya. Walaupun anda mempunyai pelan berkumpulan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan individu yang mungkin lebih bersesuaian dengan keperluan anda serta untuk menjamin perlindungan insurans sekiranya anda bertukar kerjaya.
 
 
Setiap polisi menawarkan manfaat yang berbeza dan syarikat insurans yang berlainan menawarkan skop perlindungan yang berbeza. Sesetengah syarikat insurans juga menawarkan polisi menyeluruh yang memberikan perlindungan melebihi perlindungan insurans asas.
 
 
  Muat turun
di sini
Sila hubungi syarikat insurans untuk maklumat lanjut tentang produk dan khidmat mereka, atau muat turun buku panduan kami tentang insurans perubatan dan kesihatan.