Insurans kediaman atau insurans empunya rumah/isi rumah merupakan salah satu polisi insurans terpenting yang anda boleh membeli. Rumah anda merupakan salah satu pelaburan terbesar anda jadi adalah penting untuk anda melindungi rumah anda. Terdapat 3 jenis polisi utama yang boleh melindungi rumah anda:
 
Saya Patut Tahu...

Prinsip asas polisi insurans rumah

Melindungi isi rumah

Perlindungan dan pengecualian

Bagaimana untuk membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim insurans rumah

Muat turun buku panduan insurans rumah

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Polisi ini memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan atas harta yang diinsuranskan (contohnya rumah, kedai dan kilang) akibat kebakaran, petir atau letupan
 
 
Polisi ini memberi perlindungan tambahan berbanding polisi kebakaran asas. Ia melindungi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-lain
 
 
Polisi ini melindungi barang-barang isi rumah anda serta melindungi kecederaan maut untuk anda sebagai pihak yang diinsuranskan. Polisi ini tidak memberi perlindungan kepada rumah anda.
 
Apabila membeli insurans untuk rumah anda, pastikan harta anda diinsuranskan secukupnya dengan mengambilkira pengubahsuaian dan penambahbaikan yang anda lakukan terhadap rumah anda. Jika anda memerlukan perlindungan menyeluruh yang melindungi rumah dan isi rumah anda, dapatkan polisi insurans empunya rumah serta polisi insurans isi rumah.
 
Jika anda mempunyai harta berhak milik strata seperti pangsapuri, syarikat yang menguruskan pangsapuri itu bertanggungjawab mengambil insurans di bawah polisi induk. Pastikan anda mendapat salinan sijil insurans individu untuk unit anda bagi menyemak perlindungan insurans di bawah polisi induk tersebut.
 
Jika sesuatu terjadi kepada rumah anda yang dilindungi polisi insurans rumah, hantar tuntutan anda berserta semua maklumat dan dokumen berkenaan kepada syarikat insurans anda. Anda harus memberi kerjasama sepenuhya dengan pelaras kerugian atau penyiasat yang dilantik syarikat insurans anda untuk mentaksir tuntutan anda.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang polisi insurans empunya rumah atau isi rumah, muat turun buku panduan kami atau lawati laman soalan lazim mengenai insurans rumah kami. Anda juga boleh menghubungi mana-mana syarikat insurans berlesen untuk keterangan lanjut.