 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
| |
Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Insurans motor melindungi kenderaan anda, sama ada motorsikal, kereta atau lori, daripada risiko seperti kemalangan atau kecurian. |
|
| |
|
|
|
|
| |
| Umumnya, terdapat tiga jenis insurans motor, iaitu, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian; dan perlindungan komprehensif. Tahap perlindungan yang anda ada menentukan apa boleh anda tuntut sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau kerugian. |
|
|
| Saya Patut Tahu... |
 |
|
| |
| Saya Mahu… |
 |
|
|
|
|
 |
| Apabila memilih insurans motor, sentiasalah: |
| |
 |
Menyemak terlebih dahulu harga pasaran kenderaan anda. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli kenderaan tersebut. |
| |
|
 |
Memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan secukupnya kerana ia akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut. |
| |
|
 |
Mendedahkan semua fakta penting termasuk tentang kemalangan yang lepas (jika ada), pengubahsuaian enjin dan lain-lain. |
|
| |
| Jika ada sebarang keraguan, hubungi syarikat insurans anda untuk penerangan lebih lanjut. |
 |
|
| |
Pastikan jumlah yang diinsuranskan merupakan nilai pasaran kenderaan anda dan bukan nilai lain untuk mengelakkan terlebih atau terkurang insurans.
Anda boleh menyemak nilai pasaran kenderaan anda untuk menentukan jumlah yang perlu diinsuranskan di bawah insurans motor / takaful di www.carprices.com.my
|
 |
|
| |
| Sekiranya anda terlibat di dalam kemalangan kenderaan dan mempunyai perlindungan komprehensif, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Kedua-dua tuntutan melibatkan prosedur berbeza. Hubungi syarikat insurans anda dengan kadar segera dan mengambil tindakan sebagaimana dinasihatkan syarikat insurans. Anda mungkin diminta hantarkan kenderaan anda ke bengkel yang diluluskan syarikat insurans. Pastikan anda menghantar semua dokumen berkenaan untuk menyokong tuntutan anda kepada syarikat insurans secepat mungkin. |
 |
|
| |
 |

 |
Anda boleh membatalkan polisi insurans anda pada bila-bila masa dengan memberitahu syarikat insurans anda secara bertulis dengan menyatakan tarikh anda mahu polisi tersebut dibatalkan/dihentikan. |
| |
|

 |
Anda dinasihatkan agar mendapatkan polisi baru sebelum membatalkan polisi anda supaya anda mempunyai perlindungan yang berterusan. |
| |
|

 |
Syarikat insurans secara amnya menawarkan bayaran balik premium berdasarkan usia polisi semasa anda. Jika polisi itu masih baru, bayaran balik yang diterima akan menjadi lebih tinggi. |
|
|
| |
 |
| |
|
| |
| |
| |