Insurans empunya rumah/isi rumah bukan hanya melindungi rumah anda sahaja tetapi termasuk barang-barang isi rumah anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang boleh berlaku akibat perkara yang tidak diingini.

Ketahui bagaimana insurans empunya rumah/isi rumah dapat membantu anda pada saat anda benar-benar memerlukan bantuan.
 
 
 
  Malang tidak berbau. Oleh itu, anda perlu melindungi diri anda daripada pelbagai risiko seperti kemalangan, kebakaran atau kecurian kenderaan anda.

Melalui pembelian insurans motor, anda bukan sahaja melindungi diri anda tetapi termasuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami pihak ketiga. Fahami bagaimana polisi ini berfungsi melalui panduan kami.