Pelan pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.

Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya.
 
Saya Patut Tahu

Cara bijak dalam memilih tahap perlindungan

Tip-tip membeli pelan pendidikan anak

Bagaimana untuk membuat aduan
 
Saya Mahu…

Baca soalan lazim pelan pendidikan anak

Muat turun buku panduan pelan pendidikan anak

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak kerana lagi lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda berlipat ganda. Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka.
 
 
Di dalam memilih pelan pendidikan anak, sentiasalah:
 
Tentukan jumlah wang yang anda mahu ketepikan untuk pendidikan anak anda.
Pastikan anda mampu membayar premium.
Pilih pelan yang memberikan anda kelonggaran agar anda boleh menambah simpanan di masa depan.
Pastikan anda memilih rider manfaat pembayar.
 
Untuk tip-tip memilih pelan pendidikan anak yang sesuai, lihat laman 'apa yang anda perlu tahu'.
 
 
  Polisi endowmen  
 

Polisi endowmen menggabungkan komponen simpanan dengan perlindungan.

Polisi endowmen mungkin berbentuk sertaan atau tanpa sertaan.

Sesuai dengan namanya, polisi tanpa sertaan tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi semua manfaat insurans dijamin sepenuhnya.

Sebaliknya bagi polisi sertaan , sebahagian daripada manfaat insurans dijamin. Walau bagaimanapun, amaun manfaat yang akhirnya diperoleh pada masa polisi matang tidak dijamin kerana ia tertakluk kepada prestasi kumpulan wang insurans hayat sertaan syarikat insurans berkenaan.
 
 
  Polisi berkaitan pelaburan  
 

Polisi berkaitan pelaburan menggabungkan unsur pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku empunya polisi.

Ia menawarkan kefleksibelan kerana anda boleh menambah caruman premium bulanan atau menambah simpanan anda apabila pendapatan anda meningkat. Sekiranya anda ingin lebih agresif dengan instrumen pelaburan, polisi berkaitan pelaburan juga membolehkan anda memilih jenis dana yang anda ingin laburkan.

Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pelaburan lain yang seumpamanya, ia melibatkan risiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminan pulangan pelaburan yang mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan.
 
 
Untuk maklumat lanjut tentang pelan pendidikan anak, lawati laman 'apa yang anda perlu tahu' tentang pelan pendidikan anak serta laman soalan lazim sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan mengenai pelan ini. Anda juga boleh menghubungi syarikat insurans pilihan anda untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai pelan pendidikan anak.