Pelan insurans berkaitan pelaburan ialah pelan insurans hayat yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan insurans hayat tetapi sebahagian daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.
 
Saya Patut Tahu...

Memilih pelan insurans berkaitan pelaburan yang terbaik

Fi dan caj

Bagaimana untuk membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim soalan lazim insurans berkaitan pelaburan

Muat turun buku panduan insurans berkaitan pelaburan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Anda diberi fleksibiliti memilih sendiri tahap perlindungan dan pelaburan anda

Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah bayaran premium atau perlindungan mengikut
perubahan kedudukan kewangan anda

Anda boleh memilih daripada berbagai dana untuk melabur bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk anda
Anda menghendaki pelan simpanan untuk masa depan yang dapat mengekalkan taraf hidup anda
 
 
Apabila memilih pelan, sentiasalah:
 

Menimbangkan jumlah yang anda mahu atau sanggup laburkan ke dalam pelan tersebut, sama ada pelan premium tungal atau berkala

Anda juga perlu menimbangkan untuk memilih jenis dana dan tahap perlindungan yang anda perlukan
Menilai pilihan anda dengan teliti untuk mencari pelan yang benar-benar memenuhi keperluan anda
 
 
  Pelan premium tunggal  
 
 

Untuk pelan premium tunggal, anda perlu membayar premium tunggal secara sekaligus. Anda tidak perlu risau tentang bayaran secara berkala atau polisi luput.
   

Pelan ini juga menawarkan perlindungan terhadap kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh di dalam lingkungan 125% daripada premium yang dibayar.
   

Bayaran manfaat pula ialah jumlah yang diinsuranskan atau nilai unit pelaburan semasa membuat tuntutan, nilai mana yang lebih tinggi.
   

Pelan ini juga membolehkan anda melabur lebih wang untuk menghasilkan pulangan.
 
     
 
  Pelan premium berkala  
 
 

Pelan ini lebih sesuai untuk anda jika anda tidak mahu melaburkan sejumlah besar wang di permulaan pelan.
   

Pelan ini memberikan anda ruang untuk menambah premium dan perlindungan apabila kedudukan kewangan anda bertambah baik pada masa hadapan. Premium dibuat secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
   

Perlindungan insurans asas bagi kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh biasanya berlipat kali ganda daripada bayaran premium tahunan
   

Bayaran manfaat adalah jumlah diinsuranskan dicampur nilai unit pelaburan.
 
     
 
 
Pelan insurans berkaitan pelaburan, seperti pelaburan-pelaburan lain, terdedah kepada pelbagai risiko pelaburan. Harga seunit dana pelaburan (yang diuruskan syarikat pelaburan ) berkait rapat dengan nilai keseluruhan pelan, yang berubah-ubah mengikut pergerakan harga unit. Anda mungkin mendapat keuntungan apabila menjual unit-unit anda, anda juga berkemungkinan mengalami kerugian daripada penjualan itu, kadangkala dengan jumlah yang lebih sedikit daripada yang anda laburkan. Rekod prestasi dana pelaburan yang lepas boleh dijadikan panduan untuk prestasi akan datang.
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan kami tentang pelan insurans berkaitan pelaburan atau hubungi syarikat insurans berlesen untuk sebarang bantuan. Buku panduan kami menyediakan maklumat berkenaan jenis-jenis pelaburan berkaitan insurans yang terdapat di Malaysia serta panduan untuk membuat aduan.