Insurans hayat merupakan satu aspek penting dalam perancangan kewangan jangka masa panjang anda. Insurans hayat dapat mengurangkan bebanan keluarga daripada segi kewangan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas anda, terutamanya jika seorang sahaja yang bekerja.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan insurans hayat untuk memenuhi keperluan persaraan anda.
Anuiti persaraan dapat menyediakan pendapatan yang berterusan sepanjang hayat anda. Walaupun anda telah bersara, anda akan terus mempunyai sumber pendapatan yang tetap.

Ketahui lebih lanjut tentang anuiti untuk perancangan persaraan anda.
Insurans berkaitan pelaburan membolehkan anda menggabungkan insurans dan pelaburan dalam satu pelan. Anda boleh menetapkan jumlah pelaburan dan insurans bersesuaian dengan anda.

Untuk membuat keputusan yang tepat, ketahui dengan lebih lanjut tentang pelan insurans berkaitan pelaburan.

Perancangan awal tentang pendidikan anak anda merupakan satu langkah yang bijak. Belajar tentang pelbagai pelan pendidikan yang ditawarkan dalam pasaran. Pilihlah polisi yang bersesuaian dengan rancangan anda dan anak anda.

Ketahuilah tentang perancangan pendidikan anak dan mulakan pencarian polisi pendidikan anak yang sesuai.