Insurans Kediaman atau Insurans Empunya Rumah/Isi Rumah merupakan salah satu polisi insurans terpenting yang anda sepatutnya miliki. Rumah anda merupakan salah satu pelaburan terbesar anda jadi sudah tentulah melindungi rumah anda adalah aspek yang amat penting.
 
Maklumat Berkaitan

Tentang insurans rumah

Tentang takaful rumah

Tentang pinjaman perumahan

Bagaimana untuk membuat aduan?

Berurusan dengan pengantara
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang insurans rumah

Muat turun buku panduan insurans rumah

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
  Nilai diinsuranskan  
 
Pastikan harta anda diinsuranskan dengan secukupnya setiap masa dengan mengambil kira kos pengubahsuaian dan penambahan terhadap harta anda.

Jumlah diinsuranskan hendaklah meliputi kos membina semula rumah anda sekiranya belaku kerugian/kerosakan
 
 
     
  Sekiranya harta anda masih di dalam pembiayaan, pastikan pembiaya anda mengambil perlindungan yang cukup. Lazimnya, perlindungan yang diambil oleh pembiaya adalah sama dengan jumlah pinjaman.

Anda mungkin ingin mengambil insurans berasingan untuk memperluas perlindungan yang diambil oleh pembiaya anda.
 
     
  Syarat Purata (Average Condition)  
  Sekiranya amaun yang diinsuranskan kurang daripada kos pembinaan semula (insurans terkurang), anda perlu melindungi sendiri perbezaan nilai tersebut. Syarat purata akan digunakan sekiranya tuntutan dibuat. Sebagai contoh, kos keseluruhan pembinaan semula rumah ialah RM100,000, jumlah diinsurankkan ialah RM80,00 dan kerugian ialah RM5,000. Syarat purata adalah seperti berikut:  
     
   
     
     
  Di dalam contoh tersebut, syarikat insurans hanya akan membayar RM4,000 dan bukan RM5,000 untuk kerugian yang dialami. Anda harus menanggung perbezaan sebanyak RM1,000.  
     
  Pembayaran Premium  
  Premium anda hendaklah dibayar dan diterima syarikat insurans anda dalam tempoh 60 hari dari tarikh bermulanya perlindungan anda. Jika tidak dijelaskan, perlindungan anda akan dibatalkan serta merta dan anda masih bertanggungjawab untuk membayar bahagian premium tersebut bagi tempoh 60 hari.

Anda dinasihatkan agar membayar premium tersebut secara terus kepada syarikat insurans anda, sama ada secara tunai, kad kredit atau cek. Sekiranya anda bercadang untuk menjelaskan premium anda melalui ejen anda, pastikan cek itu dibayar atas nama syarikat insurans anda sahaja.

Minta resit untuk premium yang dibayar daripada ejen atau syarikat insurans anda. Hubungi syarikat insurans sekiranya anda masih tidak menerima polisi tersebut selepas sebulan pembelian.
 
     
 
     
 
Asas pampasan
Anda hendaklah menentukan asas pampasan polisi insuran rumah anda, sama ada berasaskan nilai pengembalian semula atau nilai penggantian.

Di bawah asas pengembalian semula atau nilai penggambilan, anda akan dibayar pampasan berasaskan nilai barang baru tetapi di bawah penggantian, pampasan akan dibayar berasaskan nilai barang yang hilang selepas disusut nilai.
 
Pengisytiharan khusus setiap barang
Anda mestilah mengisytiharkan secara khusus setiap barang yang hendak diinsuranskan di bawah polisi bagi memastikan anda mendapat pampasan penuh sekiranya berlaku kerugian/kerosakan. Adalah dinasihatkan juga supaya resit barang-barang yang diinsuranskan disimpan, sekiranya ada.
 
Kewajipan pendedahan
Anda hendaklah mendedahkan semua fakta penting dalam borang cadangan. Apabila ragu-ragu sama ada sesuatu fakta itu relevan atau tidak, eloklah bertanya syarikat insurans atau ejen anda. Sekiranya anda gagal mendedahkan fakta penting, syarikat insurans boleh menolak tuntutan anda.
Harga
Harga yang anda bayar untuk insurans harta anda bergantung kepada jenis polisi yang dipilih, jenis bangunan dan bahan binaan yang digunakan. Premium yang dikenakan oleh syarikat insurans anda adalah berdasarkan kadar minimum yang standard dalam Tarif Kebakaran.
 
 
     
 
 
  Jadual di bawah menunjukkan risiko-risiko yang dilindungi serta pengecualian di bawah 3 polisi insurans rumah yang berbeza, polisi kebakaran asas, polisi empunya rumah dan polisi isi rumah.  
 
Perlindungan / Jenis
Kebakaran Empunya
Rumah
Isi Rumah
Kebakaran, kilat dan letupan gas kegunaan domestik
YA YA YA
Kerugian, kerosakan disebabkan pesawat terbang, letupan gas (selain gas yang digunakan untuk tujuan domestik), kenderaan jalan raya atau binatang, tangki air atau paip pecah atau melimpah, pemasangan elektronik,taufan, ribut kencang, gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir
TIDAK* YA YA
Kecurian dengan menggunakan kekerasan/paksaan untuk masuk atau keluar bangunan
TIDAK YA YA
Kerugian sewa
 TIDAK* YA YA
Liabiliti pihak ketiga untuk kemalangan di dalam kediaman anda
TIDAK YA YA
Pampasan kematian orang yang diinsuranskan
TIDAK TIDAK YA
Tanah mendap dan gelincir
 TIDAK* TIDAK*  TIDAK*
Rusuhan, mogok atau kerosakan akibat niat jahat
TIDAK* TIDAK*  TIDAK*
       
 
     
 
  *Sesetengah pengecualian ini boleh dilindungi dengan pembayaran premium tambahan. Sila ajukan pertanyaan anda kepada syarikat insurans anda untuk perlindungan tambahan ini.  
 
     
 
 
 
  Beritahu syarikat insurans anda secara bertulis dengan memberikan butir-butir lengkap secepat mungkin. Pemberitahuan awal adalah perlu untuk menghindarkan prasangka terhadap tuntutan anda.  
  Anda mestilah mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan agar kerosakan dan kerugian tidak bertambah teruk.  
  Sekiranya kerja membaiki secara sementara adalah diperlukan bagi menghalang kerosakan menjadi lebih teruk, anda hendaklah memastikan kerja-kerja itu dijalankan dengan segera dan bil-bilnya disimpan untuk menjadi sebahagian daripada tuntutan anda.  
  Sekiranya kerja membaiki yang diperlukan adalah bersifat kekal, anda hendaklah mendapatkan anggaran kerja pembaikan yang diperlukan dan menghantar anggaran itu kepada syarikat insurans anda untuk mendapatkan kelulusan sebelum memulakan kerja.  
     
 
     
 
 
  Anda mestilah mengemukakan kepada syarikat insurans anda tuntutan yang lengkap berserta maklumat dan dokumen sokongan.
 
  Anda hendaklah bekerjasama sepenuhnya dengan pelaras kerugian/penyiasat yang dilantik oleh syarikat insurans untuk menaksir tuntutan anda.  
 
     
     
  Jumlah pampasan yang anda terima bergantung kepada asas perlindungan:  
     
 

Asas indemniti
Membayar kos membaik pulih bangunan yang rosak ditolak nilai kesan lapuk atau susut nilai; atau

Asas nilai pengembalian semula
Akan membayar sepenuhnya kos membaik pulih bangunan yang rosak tanpa ditolak kegunaan biasa atau susut nilai, tertakluk kepada jumlah yang dilindungi mencukupi untuk menampung kos pengembalian semula bangunan tersebut.
 
     
  Jika tiada sebarang peruntukan khusus, perlindungan adalah berdasarkan asas indemniti. Jika anda inginkan perlindungan pengembalian semula, sijil anda perlu mengandungi klausa yang relevan tertera padanya.

Ekses, iaitu jumlah nilai kerugian yang perlu anda tanggung sebelum syarikat insurans anda membayar tuntutan anda, adalah digunapakai untuk sesetengah bahaya, seperti limpahan tangki air domestik, ribut, gempa bumi dan banjir.
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang polisi insurans empunya rumah atau isi rumah, muat turun buku panduan kami atau lawati laman soalan lazim mengenai insurans rumah kami. Anda juga boleh menghubungi mana-mana syarikat insurans berlesen untuk keterangan lanjut.