 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
| |
|
|
| |
Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk membeli pelan insurans berkaitan pelaburan, anda perlu menimbangkan faktor-faktor seperti: |
|
| |
|
|
| |
 |
jumlah pelaburan, |
 |
pilihan sama ada pelan premium tunggal atau premium berkala, |
 |
pilihan dana yang sesuai; dan |
 |
paras perlindungan yang anda perlukan. |
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
| |
|
|
| |
Ada beberapa perkara yang anda harus pertimbangkan apabila membeli pelan insurans berkaitan pelaburan: |
|
| |
|
|
| |
| Perlindungan insurans |
 |
| Premium yang anda bayar menyediakan perlindungan untuk kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh. Dengan tambahan premium, anda boleh dilindungi untuk penyakit kritikal yang tertentu dan pilihan-pilihan lain. |
 |
 |
| |
| Fi dan caj |
 |
| Terdapat beberapa jenis fi dan caj yang akan mengurangkan nilai pelaburan. |
| |
 |
|
| Nilai tunai terkumpul |
 |
| Pelan berkaitan pelaburan premium berkala mungkin tidak mengumpul nilai tunai yang secukupnya pada tempoh awal polisi. Ini bermakna sekiranya polisi ditamatkan pada tempoh awal, anda mungkin tidak akan mendapat balik sebarang nilai pelaburan. |
|
|
| Dana yang sesuai untuk melabur |
 |
Anda diberi pilihan untuk melabur dalam berbagai dana. Dana yang sebahagian besarnya dilaburkan dalam ekuiti akan melibatkan risiko yang lebih tinggi daripada dana yang dilaburkan dalam sekuriti berpendapatan tetap atau bon.
Sebagai contoh, anda mungkin memilih dana pertumbuhan yang melabur dalam ekuiti, atau dana yang lebih selamat yang melabur dalam bon dan pelaburan faedah tetap yang lain, atau kombinasi kedua-duanya. Beberapa syarikat insurans menawarkan Dana Islam yang dilaburkan mengikut prinsip Syariah. |
|
| Alihan dana |
 |
Sekiranya anda berasa anda telah tersalah membuat pilihan atau anda ingin menukar profil portfolio pelaburan anda, anda dibenarkan untuk mengalih unit anda daripada satu dana pelaburan kepada dana yang lain.
Kebanyakan syarikat membenarkan satu alihan setahun tanpa sebarang fi. Untuk alihan tambahan, fi memproses sehingga RM100 mungkin dikenakan. |
 |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
 |
|
| |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
|
|
| |
| Anda akan diberikan dua harga: harga tawaran untuk unit jualan dan harga bida untuk pembelian balik, sama seperti unit amanah. Perbezaan di antara harga tawaran dan harga bida dipanggil spread bida/tawaran dan ia lazimnya dinyatakan sebagai peratus daripada harga tawaran, biasanya sekitar 5%. |
|
 |
|
|
| |
|
|
 |
|
 |
| |
|
|
| |
Seperti pembelian unit amanah atau syer, terdapat beberapa jenis fi yang dikenakan apabila anda membeli pelan insurans berkaitan pelaburan: |
|
| |
|
|
| |
| Caj permulaan |
 |
| Ini dibayar pada permulaan polisi untuk menampung kos pentadbiran seperti pengeluaran polisi dan pemasaran. |
| |
| Fi pengurusan dana |
 |
| Ini adalah fi yang dikenakan untuk menguruskan dana pelaburan dan dicaj terus kepada akaun dana berkaitan pelaburan. |
| |
| |
|
|
| Fi polisi |
 |
| Fi untuk menampung kos pentadbiran pelan premium berkala dan biasanya dikenakan dengan cara menolak daripada unit pelaburan. |
 |
 |
| |
| Caj-caj lain |
 |
|
Ini akan ditolak daripada unit akaun pelaburan anda, dan termasuk caj-caj bagi perlindungan asas insurans hayat dan manfaat-manfaat lain dari 'rider' yang ditambah. Jumlah caj yang dikenakan bergantung kepada paras atau jenis perlindungan insurans yang dipilih, termasuk juga faktor-faktor lain seperti umur, jantina dan status penghisap rokok. |
|
|
|
| |
|
|
 |
|
 |
| |
|
|
| |
Anda seharusnya menerima daripada syarikat insurans anda sekurang-kurangnya satu penyata tahunan tentang kedudukan pelan insurans berkaitan pelaburan anda, yang menunjukkan semua transaksi atau caj-caj dalam tempoh tersebut. |
|
|
 |
|
| |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
| |
|
|
| |
Insurans berkaitan pelaburan bukan sekadar memberi perlindungan insurans hayat. Selain daripada manfaat standard, anda juga boleh menikmati keuntungan daripada prestasi pelaburan dana insurans hayat anda. Membuat tuntutan polisi anda pada waktu yang sesuai boleh menjadikan keuntungan anda berlipat ganda, dan begitu juga sebaliknya.
Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana benefisiari anda boleh membuat tuntutan terhadap insurans berkaitan pelaburan, hubungi ejen atau syarikat insurans anda. Mereka akan membantu anda memahami proses yang perlu dilalui di samping memberi nasihat terhadap pilihan-pilihan yang ada. |
|
 |
|
|
|
 |
|
| |
|