Pembelian polisi insurans hayat, sama ada untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang, menjanjikan jaminan kewangan sewaktu susah. Waris anda layak menerima sejumlah wang jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan untuk sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.
 
Maklumat Berkaitan

Insurans hayat

Berurusan dengan pengantara

Jangan menjadi mangsa penukaran polisi

Takaful keluarga

Bagaimana untuk membuat aduan?
 
Saya Mahu…

Baca soalan lazim tentang insurans hayat

Muat turun buku panduan insurans hayat

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
 
Premium
Ini ialah wang yang anda bayar kepada syarikat insurans hayat untuk perlindungan insurans.
 
 
Bonus
Wang tambahan yang dibayar bersama-sama manfaat akhir polisi sertaan. Walau bagaimanapun, pemberian bonus tidak dijamin dan bergantung kepada prestasi pelaburan dana insurans anda.
 
Pinjaman Polisi
Anda boleh mengambil pinjaman polisi sekiranya polisi anda mempunyai nilai tunai. Faedah akan dikenakan pada pinjaman polisi anda.
 
Berbayar Terkurang
Jika polisi anda mempunyai nilai tunai, anda boleh memilih untuk berhenti membayar premium. Polisi anda akan terus berkuatkuasa tetapi nilai yang diinsuranskan akan berkurangan.
 
Bunuh Diri
Tiada sebarang bayaran akan dibuat kepada penama sekiranya kematian berpunca daripada membunuh diri dalam tempoh setahun perlindungan, seperti yang dinyatakan di dalam polisi anda.
 
Tempoh Membuat Keputusan
Anda boleh membatalkan polisi insurans anda dengan memulangkan polisi anda kepada syarikat insurans terbabit di dalam masa 15 hari selepas anda menerima dokumen-dokumen polisi anda. Premium yang anda bayar ditolak fi pemeriksaan perubatan yang dikenakan akan dikembalikan kepada anda.
 
Penyerahan Hak
Anda boleh memindahkan polisi insurans hayat anda kepada orang atau organisasi lain dengan syarat anda memberi notis bertulis kepada syarikat insurans anda.
 
Kerahsiaan Maklumat
Semua maklumat peribadi anda, termasuklah maklumat perubatan adalah rahsia dan syarikat insurans hayat anda tidak boleh sama sekali mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga.
 
 
Pengecualian
Risiko yang tidak dilindungi polisi anda.
 
Nilai tunai/serahan
Apabila polisi anda telah berkuat kuasa selama minimum 3 tahun, ia memperolehi nilai tunai (atau nilai serahan). Ini ialah amaun tunai yang akan dibayar oleh syarikat insurans apabila anda membatalkan polisi anda. Walau bagaimanapun, anda akan rugi jika menyerahkan polisi sebelum ia matang.
 
Tempoh Tangguh
Jika anda lambat menjelaskan premium bulanan anda, tempoh tangguh selama 15 hari akan diberi untuk anda melunaskan bayaran anda. Untuk bayaran secara tahunan atau setengah tahunan, tempoh tangguh anda ialah 30 hari. Jika bayaran masih tidak dijelaskan di dalam tempoh tangguh, polisi anda mungkin luput atau tertakluk kepada polisi berbayar terkurang atau pinjaman premium automatik.
 
Pinjaman Premium Automatik
Sesetengah syarikat insurans akan secara automatik memberikan pinjaman pembayaran premium untuk anda jika anda tidak menjelaskan premium anda di dalam tempoh tangguh dengan syarat polisi anda mempunyai nilai tunai yang mencukupi. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan faedah ke atas amaun pinjaman premium yang tertunggak.
 
 
Tidak Boleh Tanding
Syarikat insurans tidak boleh mempertikai kesahihan polisi yang telah berkuat kuasa selama dua tahun. Sekiranya syarikat insurans anda enggan membayar tuntutan anda, syarikat insurans itu mestilah membuktikan anda memperoleh polisi tersebut melalui penipuan.
 
Pengembalian Semula
Polisi insurans yang telah luput boleh dihidupkan atau dikembalikan semula di dalam tempoh masa tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.
 
Terma dan Syarat
Perkara-perkara di bawah terma dan syarat ini merupakan hak dan tanggungjawab anda dan syarikat insurans anda.
 
 
 
   
Pastikan anda membeli insurans hayat daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.  
Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).  
   
Buat perbandingan kadar premium  
Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.  
   
  Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi  
  Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.
 
   
  Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu  
  Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.  
   
  Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda  
  Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.  
   
  Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa  
  Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.  
   
 
Isi borang permohonan anda dengan teliti
Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

 
 
   
  Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans  
  Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans anda dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.  
   
  Baca polisi anda apabila anda menerimanya  
  Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.  
 
 
  Tujuan anda membeli insurans hayat adalah untuk memastikan mereka yang tersayang dilindungi daripada segi kewangan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas anda. Dengan membuat penamaan, proses pengagihan wang polisi anda dapat dilakukan dengan lebih cepat.  
   
 
Bilakah saya perlu membuat penamaan?
 
 
     
  Jika anda berumur 18 tahun ke atas, anda boleh menamakan seorang individu atau beberapa individu untuk menerima wang polisi anda jika anda meninggal dunia. Penamaan anda boleh dibuat ketika anda memohon polisi tersebut.  
   
 
Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama?
 
 
   
  Anda bebas menamakan sesiapa yang anda kehendaki. Walau bagaimanapun, tidak semua penama akan menerima wang polisi secara benifisial atau untuk kegunaan sendiri. Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan kami.  
   
 
Bagaimana saya membuat penamaan?
 
 
   
 
1. Isi borang penamaan yang disediakan syarikat insurans anda. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat, seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran serta alamat.
   
2. Pastikan borang penamaan anda ditandatangani oleh seorang saksi berumur 18 tahun ke atas yang bukan merupakan penama anda.
   
3. Pastikan syarikat insurans anda mengesahkan penamaan anda, sama ada di dalam dokumen polisi atau borang penamaan.
 
   
 
Apa yang akan terjadi jika saya tidak membuat penamaan?
 
 
   
  Jika anda tidak membuat penamaan, syarikat insurans hanya akan membayar wang polisi kepada pemohon yang mengemukakan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian Walaubagaimanapun, atas budi bicaranya, syarikat insurans boleh membuat bayaran kepada pihak yang menuntut tanpa dokumen-dokumen tersebut. Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan kami.  
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun buku panduan insurans hayat kami atau hubungi mana-mana syarikat insurans berlesen. Buku panduan ini mengandungi maklumat mengenai jenis-jenis insurans hayat yang terdapat di Malaysia serta panduan untuk membuat aduan.
 
 
 
Loading....

Loading....