Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Insurans motor melindungi kenderaan anda, sama ada motorsikal, kereta atau lori, daripada risiko seperti kemalangan dan kecurian. Terdapat tiga jenis insurans motor, ia itu, pihak ketiga, pihak ketiga kebakaran dan kecurian; dan perlindungan komprehensif. Tahap perlindungan anda menandakan jumlah yang boleh anda tuntut sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau kerugian.
 
Maklumat Berkaitan

Takaful Motor

Kemalangan - Apa yang perlu dilakukan?

Bagaimana mengelakkan kenderaan daripada dicuri

Fahami sewa beli kenderaan

Bagaimana untuk membuat aduan

Lindungi diri anda daripada penipuan insurans
 
Saya Mahu...

Gunakan kalkulator premium

Baca soalan lazim tentang insurans motor

Muat turun buku panduan insurans motor

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
 
PERLINDUNGAN UNTUK JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
  Pihak ketiga Pihak ketiga, kebakaran & kecurian Komprehensif
       
  Liabiliti pihak ketiga untuk:  
 
   
Kecederaan
   
Kematian
   
Kerugian/kerosakan harta benda
 
Ya Ya
Ya
       
  Kerugian/kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran tidak sengaja atau kecurian  
Tidak Ya Ya
       
  Kerugian/kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan  
Tidak Tidak Ya
       
  Liabiliti kepada pemandu dan penumpang kenderaan sendiri (kecederaan diri, harta benda, kematian)  
Tidak Tidak Tidak
       
 
     
     
  Insurans motor yang standard tidak melindungi risiko seperti:  
     
 
Kematian atau kecederaan diri anda sendiri
Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda

Kecurian aksesori kenderaan yang tidak dipasang di kilang (stereo kereta, kerusi kulit, rim dsb) melainkan telah diisytiharkan
Kerugian lanjutan, susutnilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal atau eletrik atau pemecahan
Kerugian atau kerosakan akibat kejadian semulajadi seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.
 
     
  Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk melindungi pengecualian tertentu di atas seperti banjir, liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda. Perlindungan bagi kaca cermin depan dan aksesori lain juga boleh diambilkira untuk mengekalkan Diskaun-Tiada-Tuntutan (No-Claim-Discount [NCD]) sekiranya berlaku kerosakan/kerugian. Adalah mustahak untuk menyemak polisi anda tentang pengecualian yang dikenakan.  
     
 
     
  Terdapat banyak aspek yang perlu diambilkira di dalam pembelian kenderaan.Insurans merupakan salah satu daripadanya. Beri perhatian terhadap perkara yang disenaraikan di bawah apabila anda ingin membeli insurans motor:  
     
 
Nilai diinsuranskan/jumlah diinsuranskan
 
Sekiranya anda membeli polisi untuk melindungi kerugian/ kerosakan kepada kenderaan anda, anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda telah diinsuranskan secukupnya kerana ini akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut sekiranya berlaku kerugian/ kerosakan. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli manakala bagi kenderaan lain, nilai diinsuranskan adalah nilai pasaran kenderaan tersebut semasa anda memohon polisi insurans.
 
Apabila anda mendapatkan perlindungan insurans, pastikan anda tidak:
 
Terkurang insurans – Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada nilai yang lebih rendah daripada nilai pasaran, anda akan dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan nilai tersebut, iaitu, jika berlaku kerugian/ kerosakan, anda akan hanya dibayar sebahagian ganti rugi (setakat bahagian yang diinsuranskan) oleh syarikat insurans anda.
 
Terlebih insurans – Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada jumlah yang lebih tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum yang akan anda terima adalah nilai pasaran kenderaan tersebut kerana pemegang polisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada tuntutan insurans motor.
 
 
     
  Kewajipan pendedahan  
     
 
Anda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting, termasuk tentang kemalangan sebelumnya (jika ada), pengubahsuaian kepada enjin dan lain-lain. Sekiranya anda ragu-ragu sama ada sesuatu fakta itu relevan atau tidak, adalah lebih baik bertanya kepada syarikat insurans anda.   Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insurans anda berhak menolak tuntutan anda dan sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri adalah bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.  
 
  Harga  
     
 
Harga yang anda bayar untuk insurans motor bergantung kepada jenis polisi yang dipilih. Premium insurans yang dikenakan oleh syarikat insurans anda adalah kadar minimum yang standard menurut Tarif Motor. Anda boleh mengira premium yang dikenakan dengan kalkulator premium kami.

Sebagai tambahan kepada kadar minimum yang standard, syarikat insurans anda mungkin mengenakan premium tambahan yang dipanggil bebanan premium kepada premium yang perlu dibayar. Ini disebabkan faktor risiko yang terlibat adalah lebih tinggi seperti usia kenderaan dan pengalaman tuntutan. Bebanan premium dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat insurans tidak boleh mengenakan bebanan premium yang lebih tinggi daripada kadar yang dibenarkan oleh BNM.
 
Skim ganjaran seperti diskaun-tanpa-tuntutan [‘no-claim-discount’ (NCD)] dapat menjimatkan wang dengan mengurangkan premium anda. Kadar NCD yang berlainan adalah dikenakan bagi kelas kenderaan yang berlainan. Bagi kereta persendirian, skala NCD adalah di antara 25% hingga 55% seperti yang dinyatakan di dalam polisi.
 
 
 
     
 
     
  Berikut ialah di antara terma-terma yang sering digunakan di dalam insurans motor. Sekiranya ada terma-terma yang masih tidak difahami, minta ejen atau syarikat insurans anda untuk memberi penerangan yang lebih terperinci.  
     
Diskaun tiada tuntutan
     
 
  Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan sekiranya anda mempunyai kelayakan diskaun tiada tuntutan [‘no-claim-discount’ (NCD)].  
  NCD adalah satu skim ‘hadiah’ kepada anda sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu.  
 
     
  Ekses  
     
 
 
Juga dikenali sebagai ‘deduktibel’.
 
Jumlah kerugian ini perlu anda tanggung sebelum syarikat insurans anda membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda.
 
Jenis-jenis ekses adalah seperti berikut:
 
Ekses wajib sebanyak RM400
Ekses lain
sekiranya kenderaan anda dipandu oleh seseorang yang bukan dinamakan di dalam polisi atau seseorang yang dinamakan di dalam polisi tetapi di bawah umur 21 tahun, pemegang lesen memandu sementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun.
dikenakan mengikut budi bicara syarikat insurans anda dan dalam sesetengah kes, tiada sebarang ekses yang dikenakan. Anda boleh berunding dengan syarikat insurans anda berhubung dengan ekses ini.
 
     
  Nota perlindungan/polisi insurans  
     
 
 
Apabila anda membeli polisi motor, pada kebiasaannya anda akan menerima slip pengesahan yang mengandungi butir-butir terperinci tentang insurans motor anda sebagai pengesahan pembelian perlindungan tersebut.
Dalam tempoh sebulan dari tarikh pengeluaran nota perlindungan, anda sepatutnya menerima:
 
Jadual
yang menunjukkan
Sijil
insurans yang menunjukkan
nama dan alamat anda
nama anda
butir-butir kenderaan
model kenderaan
jumlah diinsuranskan (bagi polisi komprehensif serta polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian)
nombor pendaftaran dan kapasiti enjin
tempoh insurans
tempoh insurans
nombor polisi
pemandu-pemandu yang dinamakan
kelayakan NCD
had penggunaan
pengiraan premium
ekses dan
pemandu-pemandu yang dinamakan
 
  Dalam sesetengah kes, sijil insurans mungkin dikeluarkan semasa pembelian polisi insurans;
 
  Polisi motor yang menunjukkan terma dan syarat perlindungan yang dikenakan oleh syarikat insurans. Sekiranya anda tidak menerima polisi dalam masa sebulan, anda perlu memeriksa dengan syarikat insurans anda.  
 
     
  Bebanan ('Loading')  
     
  Faktor-faktor bebanan yang sering diguna pakai ialah umur pemandu, ciri-ciri kehemahan pemandu, kapasiti enjin, tuntutan lepas yang tertentu bagi sesuatu kenderaan dan kenderaan yang dipulih semula.  
     
  Indemniti  
     
  Perlindungan insurans akan membayar kerugian anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum anda mengalami kerugian. Anda tidak boleh 'mendapat keuntungan' daripada tuntutan insurans motor. Oleh yang demikian, sekiranya kenderaan anda melebihi usia lima tahun, 'betterment' akan dikenakan.  
     
  Penambahbaikan  
     
  'Penambahbaikan' terjadi jika semasa membaiki kerosakan kenderaan akibat kemalangan, alat lama diganti dengan alat francais baru. Selaras dengan prinsip indemniti, anda akan menanggung perbezaan kos terbabit kerana dengan alat francais baru tersebut, anda kini berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan. Walau bagaimanapun, pengenaan 'betterment' adalah atas budi bicara syarikat insurans anda. Sekiranya syarikat insurans anda mengenakan 'betterment', ia hendaklah menurut skala standard 'betterment' yang diguna pakai oleh industri.  
     
 
     
  Sistem nota lindung elektronik di bawah JPJ eINSURANS ialah sebahagian daripada inisiatif e-kerajaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan untuk pembaharuan cukai jalan. Berkuat kuasa dari 2 Januari 2005, syarikat insurans dan pengendali takaful akan menghantar maklumat insurans/takaful secara elektronik kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pemegang polisi/pelan akan menerima slip pengesahan daripada syarikat, pengendali atau ejen insurans/takaful sebagai bukti pembelian insurans/takaful. Setelah disahkan oleh syarikat, pengendali atau ejen insurans/takaful berkenaan, pemegang polisi/takaful boleh terus ke JPJ atau Pos Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan.  
     
     
 
Sebagai pemilik kenderaan, anda harus memastikan anda:
 

Mengemukakan satu salinan kad pendaftaran kenderaan kepada syarikat insurans, pengendali takaful atau ejennya di tempat membeli pelan/polisi takaful/insurans;
   

Menerima pengesahan daripada syarikat insurans, pengendali takaful atau ejennya tentang kejayaan penghantaran maklumat nota lindung yang dihantar ke JPJ sebelum pembaharuan cukai jalan; dan
   

Menghubungi syarikat insurans, pengendali takaful atau ejennya untuk mendapatkan bantuan ketika menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan.
 
 
     
  Apabila anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga:  
     
  Tuntutan kerosakan sendiri  
  Merujuk kepada membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan NCD.  
     
 
  Semasa memberitahu syarikat insurans anda tentang sesuatu kemalangan, bertanyalah tentang bengkel mana yang anda perlu menghantar kenderaan anda untuk diperbaiki.  
  Bengkel akan memulakan kerja-kerja membaiki kenderaan apabila diluluskan oleh syarikat insurans anda.  
 
  Kemukakan Borang Laporan Kemalangan Motor yang telah lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan secepat mungkin kepada syarikat insurans anda.  
  Setelah selesai kerja-kerja membaiki, anda akan diberitahu oleh bengkel supaya datang mengambil kenderaan anda.  
 
     
  Tuntutan pihak ketiga  
     
  Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.  
     
 
  Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.  
  Tuntutan terhadap syarikat insurans pihak yang bersalah atau,  
  Sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif, tuntutan terhadap syarikat insurans anda. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.  
  Melantik pelaras kerugian berlesen untuk menilai kerugian anda. Bengkel atau syarikat insurans pihak ketiga boleh menasihati anda berhubung dengan perkara ini.  
 
  Sebagai pihak ketiga yang membuat tuntutan, anda dikehendaki mengurangkan kerugian iaitu anda hendaklah berusaha meminimumkan kerugian anda.  
  Kemukakan laporan pelaras kerugian dan Borang Laporan Kemalangan Motor bersama-sama dengan semua dokumen sokongan secepat mungkin.  
 
     
 
  Anda layak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga bagi `pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ (PMPD) dan ganti rugi untuk ekses. Bagi pampasan untuk masa pembaikan sebenar ke atas kenderaan anda yang sedang dibaiki, ini adalah berdasarkan kepada jumlah hari untuk membaiki kereta anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian. Syarikat insurans, mengikut budi bicaranya boleh memberikan tambahan tempoh selama tujuh hari bekerja bagi sebarang kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Skala standard bagi PMPD harian telah ditetapkan oleh PIAM seperti berikut:-  
  Kenderaan Kegunaan Sendirian Pampasan untuk ‘masa pembaikan sebenar’ / hari
 
Sehingga 1500cc
Melebihi 1500cc – 2000cc
Melebihi 2000cc
RM 30
RM 40
RM 50
  Kenderaan Komersil  
 
Sehingga 1 ton
Melebihi 1 ton – 2 ton
Melebihi 2 tons
Lori (treler)
Bas (persendirian)
Lain-lain bas (ekspres/berhenti-henti)
Teksi/Kereta sewa dan pandu
 
RM 40
RM 60
RM 90
RM 120
RM 90
RM 180
RM 40
  Motorsikal  
 
Sehingga 250cc
Melebihi 250cc
 
RM 10
RM 15
 
     
  Sebagai alternatif, anda boleh membuat tuntutan kos menyewa kenderaan gantian yang sama jenis dan kapasiti untuk tempoh bilangan hari yang ditentukan bagi masa pembaikan sebenar yang dibuktikan dengan resit daripada syarikat kereta sewa berlesen.  
     
  Tuntutan Kecurian  
     
  Jika kenderaan anda dicuri, ikuti prosedur berikut:  
     
 
  Kemukakan laporan terperinci mengenai kenderaan yang dicuri, termasuklah laporan polis.  
 
  Selepas mengemukakan borang tuntutan, anda mesti bekerjasama sepenuhnya dengan syarikat insurans anda atau wakilnya semasa penyiasatan tuntutan kecurian tersebut.  
 
     
  Memandangkan polis dan syarikat insurans anda memerlukan masa untuk menyiasat tuntutan anda, anda akan menerima tawaran pembayaran daripada syarikat insurans anda dalam tempoh enam bulan dari tempoh kecurian tersebut dimaklumkan atau selepas selesainya siasatan polis, mengikut mana yang lebih awal.  
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk memahami insurans motor dengan lebih jelas, muat turun buku panduan kami atau lawati laman soalan lazim tentang insurans motor kami. Anda juga boleh menghubungi mana-mana syarikat insurans pilihan anda untuk maklumat yang lebih terperinci.
 
 
 
Loading....

Loading....