Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan.

Ianya merupakan polisi yang berbeza daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan. Anda boleh membeli insurans KD usama untuk diri sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda, untuk menjamin perlindungan insurans 24 jam di seluruh dunia.
 
Maklumat Berkaitan

Takaful kemalangan diri

Membuat penamaan

Berurusan dengan pengantara

Lindungi diri anda daripada penipuan insurans
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang insurans KD

Muat turun buku panduan insurans KD

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
  Sekiranya anda ingin membeli polisi insurans kemalangan diri (KD), terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, seperti skop perlindungan, pengecualian, kos premium dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perkara di bawah juga harus diberi perhatian secukupnya:  
     
 
Skala Manfaat
 
Skala manfaat menunjukkan amaun pampasan yang boleh dibayar oleh syarikat insurans apabila berlaku kecederaan atau kehilangan anggota tubuh badan, penglihatan atau pendengaran. Ia menetapkan bahagian pampasan ke atas kerugian yang dialami. Sebagai contoh, pampasan bagi kehilangan jari telunjuk ditetapkan sebanyak 10% daripada nilai diinsuranskan, tertakluk kepada kontrak polisi.

Anda adalah dinasihatkan supaya mengambil perhatian tentang skala manfaat bagi kematian dan hilang upaya di dalam polisi anda kerana ianya berbeza-beza di kalangan syarikat insurans.
 
Benefisiari
 
Anda adalah dinasihatkan supaya melantik benefisiari anda dan pastikan benefisiari anda mengetahui tentang polisi KD yang anda beli. Ketahui bagaimana untuk melantik benefisiari dengan panduan ringkas kami.
   
 
Insurans berganda
 
Sekiranya anda telah membeli lebih daripada satu polisi KD dan kemudiannya anda meninggal dunia atau hilang upaya, anda atau benefisiari anda, mengikut mana yang berkenaan, akan dibayar pampasan di bawah setiap polisi.

Walau bagaimanapun, bagi kerugian tertentu seperti belanja perubatan yang pampasannya adalah berdasarkan pembayaran gantian, anda akan dibayar pampasan sekali sahaja bagi kerugian sebenar yang dialami.
 
     
 
     
  Kadangkala majikan mengambil polisi KD untuk pekerja-pekerja mereka dan dalam kes ini bayaran pampasan untuk pekerja adalah atas budi bicara majikan.
 
     
  Anda mungkin tidak boleh mendapat perlindungan KD sekiranya anda terlibat di dalam pekerjaan tertentu yang dianggap merbahaya.  
     
  Selain daripada itu, polisi KD yang biasa juga tidak memberikan perlindungan kepada mereka yang bekerja di dalam profesion berikut:  
     
 
   
 
Polis/tentera dan pegawai penguat kuasa undang-undang
Penyelam
Juruterbang dan anak kapal
Juruuji pesawat
Pemandu kereta lumba
Pelaut dan nelayan laut
Ahli sukan profesional
   
 
     
  Sesetengah polisi KD juga menyatakan had umur yang boleh dilindungi. Anda boleh mengambil polisi KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda.  
     
     
  Terdapat juga pengecualian perlindungan bagi insurans KD. Sebarang kematian atau kecederaan akibat dari peristiwa-peristiwa berikut selalunya dikecualikan daripada perlindungan:  
     
 
Risiko peperangan
Bunuh diri dan ketidaksiuman
Kecederaan yang disengajakan sendiri
AIDS
Pembunuhan atau serangan yang dirangsang
Melahirkan anak atau keguguran
Sukan berbahaya

Mengendali atau menunggang kenderaan bermotor beroda dua
 
     
  Terdapat juga syarikat insurans yang mungkin boleh melindungi pengecualian tersebut dengan menambah bayaran premium. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut tentang polisi anda dan bagaimana untuk menambah perlindungan anda.  
     
 
     
  Sekiranya berlaku kematian, kecederaan atau hilang upaya, anda atau penama anda boleh membuat tuntutan terhadap insurans kemalangan diri. Untuk mempercepatkan proses tuntutan, oleh syarikat insurans anda boleh mengikut prosedur-prosedur berikut.  
     
 
Tuntutan kematian
Penama anda haruslah:
   
  Membuat laporan polis
   
  Memaklumkan kepada syarikat insurans secepat mungkin.
   
 
   
Borang tuntutan hendaklah dikemukakan dengan disertai semua dokumen sokongan seperti sijil kematian dan permit pengebumian.
   
  Jika tiada benefisiari yang telah dilantik, orang tanggungan si mati atau pentadbir harta pusaka si mati hendaklah mengemukakan bukti tanggungan atau surat kuasa mentadbir.
Tuntutan kecederaan
Sekiranya berlaku kecederaan, anda mestilah
 
 
Memberikan notis bertulis kepada syarikat insurans anda dalam jangka masa yang ditetapkan di dalam polisi.
 
Mengemukakan tuntutan disertai dengan semua dokumen sokongan seperti laporan perubatan dan resit bayaran belanja hospital kepada syarikat insurans anda.
 
Anda akan dibayar pampasan untuk manfaat di bawah polisi anda jika rawatan diterima atau diagnosis dibuat dalam tempoh yang ditetapkan selepas tarikh kemalangan.
 
 
     
  Tuntutan Polisi Berkumpulan  
     
  Sekiranya anda mempunyai polisi KD berkumpulan di tempat kerja, majikan anda bertanggungjawab untuk membuat tuntutan terhadap syarikat insurans. Tuntutan akan dibayar kepada majikan anda dan bahagian yang akan diterima anda dan keluarga adalah berdasarkan budi bicara majikan anda, Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membeli perlindungan KD berasingan untuk melindungi kepentingan anda.  
 
 
  Muat turun
di sini
Muat turun buku panduan insurans kemalangan diri kami untuk mengetahui apakah pengecualian tersebut dan lain-lain maklumat penting berkenaan polisi ini. Anda juga boleh menghubungi syarikat insurans untuk maklumat lanjut tentang insurans kemalangan diri yang mereka tawarkan.