Lazimnya seorang pesara memerlukan 60% daripada gaji terakhir beliau untuk terus hidup dengan selesa seperti sebelum bersara. Sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga merupakan sumber pendapatan setelah bersara yang pentung tetapi satu kajian berkenaan KWSP menunjukkan bahawa kebanyakan pencarum menghabiskan simpanan mereka dalam masa tiga tahun selepas bersara. Anuiti persaraan memastikan masa depan anda terjamin.
 
Maklumat Berkaitan

Adakah saya dilindungi?

Jenis-jenis polisi insurans

Berurusan dengan pengantara

Takaful keluarga

Bagaimana untuk membuat aduan?
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang anuiti persaraan

Muat turun buku panduan anuiti persaraan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
 
Pada umumnya, individu yang telah bersara memerlukan lebih kurang 60% daripada gaji terakhirnya untuk mengekalkan taraf hidupnya pada masa persaraannya. Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menjadi sumber pendapatan persaraan yang penting tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan keperluan persaraan.

Kaji selidik oleh KWSP menunjukkan bahawa kebanyakan pencarum menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara.

Oleh itu, anda mungkin perlu mendapatkan simpanan sampingan selain KWSP anda. Satu daripada caranya ialah dengan menggunakan anuiti untuk menyediakan pendapatan berterusan sepanjang persaraan anda.
 
 
     
 
     
  Untuk membeli anuiti persaraan, anda mungkin perlu mempunyai pengaturan simpanan bagi membolehkan anda membeli anuiti serta-merta menjelang persaraan anda. Sebagai alternatif, jika anda ingin membayar premium yang lebih rendah, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk membeli anuiti tertunda yang mana premium yang anda bayar semasa awal hayat anda akan dilaburkan oleh syarikat insurans bagi mengumpul suatu amaun yang diperlukan bagi menyediakan pendapatan persaraan anda.

Ada baiknya memulakan simpanan seawal mungkin sepanjang tempoh anda bekerja supaya dana yang cukup dapat dikumpul bagi membolehkan penyediaan pendapatan yang setimpal apabila anda bersara. Sebagai contoh:
 
 
 

Anda simpan:
RM102.12 sebulan
x 12 bulan
x 20 tahun
+ 6% kadar faedah setahun
= RM46,531

Pendapatan persaraan anda:
RM186.12 sebulan

Anda simpan:
RM102.12 sebulan
x 12 bulan
x 30 tahun
+ 6% kadar faedah setahun
= RM100,000.00

Pendapatan persaraan anda:
RM400.00 sebulan

 
     
  [Nota: Angka-angka tersebut di atas digunakan semata-mata untuk tujuan ilustrasi. Kadar premium sebenar bagi bayaran anuiti (iaitu aliran pendapatan) adalah tertakluk kepada perubahan].  
     
 
     
 
Jenis anuiti yang anda pilih dan manfaatnya akan menentukan amaun pendapatan yang anda akan terima semasa persaraan. Adalah penting untuk meneliti semua opsyen yang ditawarkan oleh berbagai syarikat insurans sebelum anda membeli pelan anuiti yang paling sesuai dengan keperluan anda.  

 
     
  Amaun bayaran pendapatan yang anda akan terima bergantung kepada:  
     
 
 
amaun yang anda bayar untuk membeli anuiti;

umur anda ketika membeli anuiti dan jantina anda; dan

opsyen manfaat yang anda pilih (lihat di bawah).
 
 
     
  Lazimnya, anda boleh memilih kekerapan pembayaran pendapatan anda sama ada setiap bulan, setiap tiga bulan, setiap enam bulan atau setahun sekali.  
 
     
 
Bergantung kepada opsyen yang anda pilih untuk anuiti persaraan anda dan kekerapan bayaran berjadual anda, pendapatan anuiti persaraaan tersebut boleh anda perolehi di dalam tempoh 12 bulan pertama selepas bersara.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana benefisiari anda boleh membuat tuntutan terhadap pelan annuiti, hubungi ejen atau syarikat insurans anda. Mereka akan membantu anda memahami proses yang perlu dilalui di samping memberi nasihat terhadap pilihan-pilihan yang ada.
 
 
 
 
 
  Muat Turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun buku panduan anuiti persaraan kami atau hubungi syarikat insurans untuk sebarang bantuan.