Insurans perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Walau bagaimanapun, ada syarikat insurans yang menawarkan pelbagai gabungan perlindungan yang dapat memenuhi keperluan-keperluan pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk mereka yang sering melancong.
 
Maklumat Berkaitan

Insurans kemalangan diri

Lindungi diri anda daripada penipuan insurans

Adakah saya dilindungi?

Berurusan dengan pengantara
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang insurans perjalanan

Muat turun buku panduan insurans perjalanan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
 
Barang-barang kepunyaan peribadi
 
Semaklah dengan syarikat insurans anda tentang barang-barang kepunyaan peribadi yang boleh dilindungi di bawah insurans perjalanan kerana perlindungan yang diberikan adalah berbeza di kalangan syarikat insurans.
 
 
Benefisari
 
Anda adalah dinasihatkan supaya melantik benefisari dan pastikan benefisari anda itu mengetahui tentang polisi insurans perjalanan yang anda beli.
 
Bantuan perubatan dan kecemasan
 
Adalah mustahak bagi anda mengetahui sama ada syarikat insurans anda menyediakan perkhidmatan talian kecemasan ‘hotline’ 24 jam.
 
Insurans berganda
 
Sekiranya anda telah membeli lebih daripada satu polisi perjalanan dan kemudiannya anda meninggal dunia atau hilang upaya, anda atau benefisari anda, mengikut mana yang berkenaan, akan dibayar pampasan di bawah setiap polisi. Walau bagaimanapun, bagi kerugian tertentu seperti belanja perubatan yang pampasannya adalah berdasarkan pembayaran gantian, anda akan dibayar pampasan sekali sahaja bagi kerugian sebenar yang dialami.
 
Rangkaian gabungan asing
 
Pastikan syarikat insurans anda mempunyai rangkaian gabungan asing yang baik yang boleh memberikan bantuan yang sewajarnya apabila diperlukan.
 
 
 
     
 
     
  Syarikat insurans menawarkan pelbagai manfaat untuk polisi insurans perjalanan mereka. Ada juga yang menawarkan manfaat yang tidak tersenarai di sini.  
     
  Senarai ini ialah rujukan am bagi memudahkan anda memahami terma yang digunakan.  
     
 
 
Kemalangan diri
Anda biasanya dilindungi terhadap kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh 365 hari selepas tarikh kemalangan berlaku. Pampasan akan dibayar mengikut skala manfaat dan mungkin berbeza di kalangan syarikat insurans.
 
Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan pemergian
Anda akan diberi pembayaran gantian bagi perbelanjaan yang telah ditanggung terhadap kerugian belanja perjalanan atau tempat penginapan akibat pembatalan atau pemendekan pemergian.
 
Kehilangan pasport
 
Anda akan diberi pembayaran gantian bagi belanja tambahan untuk hotel, perjalanan dan lain-lain belanja di negara yang anda lawati, sementara menunggu pasport yang hilang diganti. Kehilangan pasport hendaklah dilaporkan kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam.
 
Kelewatan bagasi
Sekiranya bagasi anda hilang atau tersilap letak untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 jam dari waktu anda sampai di destinasi anda, anda akan diberi pembayaran gantian untuk belanja yang anda keluarkan untuk membeli pakaian atau barang peribadi yang penting.
 
Rampasan kenderaan
Syarikat insurans boleh membuat bayaran harian sehingga kepada bilangan hari yang maksimum sekiranya perjalanan anda terganggu lebih dari 12 jam disebabkan oleh kejadian rampasan.
 
Belanja perubatan dan yang berkaitan
Perlindungan untuk masuk hospital, belanja hospital atau pembedahan, belanja perubatan pesakit luar, serta elaun harian sehingga bilangan hari maksimum, jika anda dimasukkan ke dalam hospital untuk tempoh melebihi 24 jam.
 
Kehilangan bagasi, barang-barang kepunyaan peribadi dan wang
 
ini memberikan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan ke atas bagasi, pakaian, barang-barang kepunyaan peribadi, dan wang anda yang disebabkan oleh kenderaan pengangkut.
 
Liabiliti diri
Jika anda menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada pihak ketiga atau menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga, syarikat insurans akan melindungi anda untuk liabiliti di sisi undang-undang.
 
Kelewatan perjalanan
Anda akan dibayar sejumlah wang, mengikut suatu jadual, sekiranya penerbangan atau pelayaran ditunda lebih dari 12 jam atas sebab yang di luar kawalan anda.
 
Penghantaran pulang jenazah
sekiranya berlaku kemalangan maut terhadap pihak diinsuranskan, syarikat insurans akan memberi pembayaran gantian kepada wakil sah pihak diinsuranskan bagi kos membawa pulang jenazah atau abu mayat pihak diinsuranskan.
 
 
     
 
     
  Anda boleh mengambil polisi perjalanan untuk diri anda sendiri dan/ atau ahli keluarga anda. Jumlah pampasan yang boleh dibayar adalah berdasarkan bahagian yang ditetapkan bagi setiap ahli keluarga dan jumlah keseluruhannya tidak boleh melebihi jumlah nilai diinsuranskan.

Skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza di kalangan syarikat insurans dan anda hendaklah memilih terlebih dahulu untuk memastikan anda membeli polisi terbaik yang memenuhi keperluan anda.
 
     
     
     
  Kerugian yang disebabkan oleh peristiwa-peristiwa berikut selalunya dikecualikan daripada perlindungan insurans perjalanan:  
     
 
Risiko peperangan
Bunuh diri dan ketidaksiuman
AIDS
Pembunuhan atau serangan yang dirangsang
Melahirkan anak atau keguguran
Sukan berbahaya
 
     
  Selain daripada itu, terdapat juga pengecualian yang melibatkan peristiwa seperti kelewatan bagasi dan kehilangan bagasi dan barang-barang kepunyaan peribadi disebabkan oleh rampasan dan pemusnahan di bawah peraturan-peraturan kuarantin dan kastam.

Anda adalah dinasihatkan supaya sentiasa membaca dengan teliti dan memahami pengecualian yang dikenakan ke atas polisi anda.
 
     
 
     
  Anda hendaklah mengemukakan borang tuntutan secepat mungkin kepada syarikat insurans anda dengan menyertakan semua dokumen sokongan seperti polisi asal, laporan perubatan, laporan polis dan apa-apa dokumen yang relevan untuk menyokong tuntutan. Anda hendaklah merujuk kepada tempoh pemberitahuan tuntutan seperti yang ditetapkan di dalam polisi anda.  
     
Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan
     
 
1.Hubungi talian bantuan perubatan dan kecemasan
Jika polisi perjalanan anda memberikan perkhidmatan talian kecemasan ‘hotline’, hubungilah talian tersebut untuk mendapat bantuan mengenai keperluan perubatan dan perkara-perkara berkaitan perjalanan seperti kehilangan pasport dan bagasi.
2.Memberitahu pihak berkuasa
Sekiranya barang-barang kepunyaan anda yang diinsuranskan hilang atau rosak, anda hendaklah mengambil tindakan yang munasabah untuk melindungi, menyelamat dan memperolehinya semula, dan mestilah segera memberitahu pihak polis tempatan, hotel, syarikat pengangkutan yang berkaitan dan pihak berkuasa terminal pengangkutan yang berkaitan.
3.Memberitahu syarikat insurans anda secepat mungkin
  Apabila berlaku kerugian, anda hendaklah memberitahu syarikat insurans anda dengan serta-merta atau secepat yang mungkin.  
 
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah memuat turun buku panduan kami tentang insurans perjalanan atau menghubungi mana-mana syarikat insurans pilihan anda untuk butiran yang lebih terperinci.