Takaful Kemalangan Diri (KD) adalah pelan takaful tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Anda boleh menyertai takaful KD untuk diri anda sendiri atau pelan kumpulan untuk keluarga anda. Takaful KD juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti jika anda melancung ke luar negara, untuk melindungi anda sekiranya kemalangan berlaku sewaktu anda berada di luar negara.

Walaupun perlindungan takaful KD merangkumi kemalangan yang berlaku di mana-mana tempat di dunia, 24 jam sehari, pelan asas KD masih mempunyai pengecualian. Walau bagaimanapun, dengan caruman tambahan, pemegang pelan boleh menambah perlindungan yang sebelum ini dikecualikan. Hubungi pengendali atau ejen takaful anda tentang perlindungan tambahan yang boleh anda nikmati melalui pembelian takaful KD.
 
Saya Patut Tahu...

Konsep takaful dalam takaful KD

Perlindungan dan pengecualian

Perkara yang perlu buat dan jangan buat

Bagaimana untuk membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful KD  

Muat turun buku panduan takaful KD

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan Takaful KD, sentiasalah:
 

Memeriksa skop perlindungan yang ditawarkan pengendali takaful. Pengendali takaful yang berbeza mungkin mempunyai skop perlindungan, pengecualian dan manfaat yang berbeza.
Dedah semua maklumat berkenaan risiko yang ingin dilindungi
Pertimbangkan keperluan anda dan pilih pelan yang paling sesuai dengan anda
 
 
   
  Skala manfaat  
  Skala manfaat merujuk kepada amaun pampasan yang boleh dibayar oleh pengendali takaful apabila berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan. Anda dinasihatkan supaya memberikan perhatian pada skala manfaat dalam pelan anda kerana ianya berbeza-beza antara pengendali takaful.  
     
  Perlindungan berganda  
  Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu takaful atau insurans KD dan apabila anda meninggal dunia atau hilang upaya, anda atau benefisiari anda berhak mendapat pampasan di bawah setiap pelan/polisi. Walau bagaimanapun, bagi kerugian tertentu seperti belanja perubatan yang pampasannya berdasarkan pembayaran gantian, anda akan dibayar pampasan sekali sahaja berdasarkan kerugian sebenar yang dialami.  
     
  Benefisiari  
  Anda dinasihatkan supaya menamakan benefisiari anda dan pastikan benefisiari anda mengetahui mengenai takaful KD yang anda sertai.  
 
  Muat turun
di sini
Untuk memahami pelan ini dengan lebih mendalam, muat turun buku panduan kami tentang Takaful Kemalangan Diri atau baca soalan lazim berkenaan Takaful Kemalangan Diri. Anda juga boleh menghubungi pengendali takaful untuk maklumat lanjut.