Takaful motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan; dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.
 
Saya Patut Tahu...

Konsep takaful dalam takaful motor

Perlindungan dan pengecualian

Terma dan syarat utama

Perkara yang perlu buat dan jangan buat

Bagaimana membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful motor

Muat turun buku panduan takaful motor

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Seperti polisi insurans motor biasa, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:
 
Pihak ketiga

Memberikan anda perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
 
Komprehensif

Memberikan perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga; serta kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan.
 
Apabila anda menyertai takaful motor, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan memeterai perjanjian (aqad). Anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan.
 
Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawah sijil takaful motor menggambarkan nilai pasaran kenderaan anda.

Anda boleh menyemak nilai pasaran kenderaan anda untuk menentukan jumlah yang perlu diinsuranskan di bawah insurans motor/ takaful di www.carprices.com.my
 
Secara amnya, sebelum membuat sebarang tuntutan, anda haruslah memerhatikan dan mencatatkan butiran kemalangan anda, butiran seperti nama dan alamat pemandu-pemandu yang terlibat di samping para saksi serta nombor pendaftaran, jenis dan model kenderaan yang terlibat. Sebagai pemegang pelan takaful, anda boleh membuat tuntutan jika mana-mana yang berikut berlaku terhadap anda:
 
Jika anda terlibat di dalam kemalangan kenderaan
Jika terdapat kerosakan kepada kenderaan anda
Jika ada pihak ketiga yang terlibat
 
Pelan takaful motor juga menawarkan pemegang pelan dengan diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount (NCD)). Tawaran ini membolehkan pemegang pelan memperbaharui perlindungan mereka pada harga diskaun sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat pada tempoh terdahulu perlindungan tersebut. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk benar-benar memahami pelan takaful anda, terutamanya dari aspek pengecualian dan perlindungan tambahan pelan takaful anda.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang pelan takaful motor, muat turun buku panduan kami tentang Takaful Motor atau baca soalan lazim tentang Takaful Motor. Anda juga boleh menghubungi pengendali takaful pilihan anda untuk penerangan lebih lanjut.