Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Caruman anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.  
 
 
Takaful berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri unik seperti berikut:
 
Anda diberi kelonggaran memilih paras perlindungan dan pelaburan.

Anda boleh mengubah jumlah caruman mengikut perubahan kedudukan kewangan anda.

Anda boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.
Anda boleh menebus sebahagian daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.

Anda boleh memilih untuk melabur dalam pelbagai jenis dana pelaburan (ekuiti, bon atau instrumen kewangan lain).
 
 
Saya Patut Tahu...

Tentang konsep takaful di dalam takaful berkaitan pelaburan

Pertimbangan penting untuk memilih pelan yang betul

Perkara yang perlu diingat

Perkara yang perlu dan jangan dilakukan
Bagaimana membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim mengenai takaful berkaitan pelaburan

Muat turun buku panduan takaful berkaitan pelaburan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
Jika anda berminat untuk mendapatkan takaful berkaitan pelaburan, pastikan anda:
 
Menentukan peruntukan sumbangan anda untuk perlindungan dan pelaburan.

grey bullet
Mempertimbangkan jumlah yang anda ingin laburkan, sama ada melalui pelan caruman sekali atau pelan caruman berkala.
grey bullet Mempertimbangkan jenis pelaburan lain dan tahap risiko yang selesa untuk anda.
grey bullet Menilai pilihan anda dengan bijak dalam mencari pelan yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Mengetahui jenis-jenis dan jumlah caj dan fi yang dikenakan, seperi fi pengurusan dan lain-lain yang mungkin dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan.
Mengetahui fleksibiliti pertukaran dana anda.
 
  Pelan Caruman Tunggal  
 

Dalam pelan ini, bayaran premium di bayar sekali secara sekali gus.

Jumlah perlindungan biasanya adalah peratusan daripada caruman tunggal. Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.

Pelan ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai sejumlah wang yang sedia untuk dilaburkan.
   
 
 
  Pelan Caruman Berkala  
 

Dalam pelan ini, bayaran premium dibuat secara berkala, sama ada secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan.

Jumlah perlindungan biasanya ialah gandaan caruman tahunan.

Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.
   
 
 
Sebelum anda melaburkan wang dalam takaful berkaitan pelaburan, fikirkan tentang risiko yang sanggup anda ambil dan pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan bersedia membiarkan wang anda terikat untuk tempoh tertentu.
 
 
  Muat turun
di sini
Anda boleh mendapatkan nasihat profesional daripada pengendali takaful atau ejen anda mengenai risiko dan manfaat sesuatu pelan takaful berkaitan pelaburan, atau, untuk maklumat lebih lanjut, sila muat turun buku panduan takaful berkaitan pelaburan kami.