PTPA ialah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan disediakan dengan manfaat kewangan jika anda ditimpa tragedi yang dilindungi di bawah pelan berkenaan. Pada masa yang sama anak anda akan mempunyai simpanan jangka panjang (dana pendidikan) untuk pendidikan tinggi mereka.
 
Maklumat Berkaitan

Berurusan dengan pengantara takaful

Jenis pelan takaful

Polisi pendidikan anak

Membuat penamaan

Bagaimana untuk membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim mengenai PTPA

Muat turun buku panduan PTPA

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
  Secara umumnya, terdapat dua konsep utama yang digunakan di bawah PTPA.  
     
 
 

Di bawah konsep ini, anda akan mencarum (bagi pihak anak anda) ke dalam dua dana takaful yang berasingan.
   

Di bawah konsep ini, anda akan memeterai kontrak ( aqad ) bagi membolehkan sebahagian caruman anda dilaburkan oleh pengendali takaful dan dimasukkan ke dalam dana yang dipanggil Akaun Peserta (AP), manakala sebahagian lagi caruman adalah dalam bentuk caruman penyertaan ( tabarru' ).
   

Tabarru' ini akan dimasukkan ke dalam dana dipanggil Akaun Khas Peserta (AKP) yang akan digunakan bagi memenuhi obligasi anda untuk saling membantu sekiranya ada di kalangan peserta ditimpa nasib malang berikutan kematian atau hilang upaya kekal.
   

Keuntungan daripada AP akan dikongsi antara anak anda dan pengendali takaful mengikut nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahulu.
   
 

Berbeza dengan konsep 1, caruman anda (bagi pihak anak anda) akan dimasukkan ke dalam dana tunggal.
   

Di bawah konsep 2, semua caruman anda akan dilaburkan oleh pengendali takaful dan ditempatkan di dalam Akaun Khas Peserta (AKP).
   

Jika anak-anak anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan, mereka akan berhak mendapat sejumlah wang di bawah pelan (diberi di bawah konsep hibah menurut Syariah) ditambah dengan bahagian keuntungan bersih daripada dana, sekiranya ada.
 
 
     
 
     
  PTPA ialah pelan takaful yang memberikan anda kedua-dua perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan menerima manfaat kewangan sekiranya anda menghadapi musibah yang dilindungi pelan tersebut. Manfaat kewangan ini dibayar melalui cara-cara berikut:  
     
     
 

Manfaat yang boleh dibayar bagi semua produk PTPA ialah nilai perlindungan yang telah dipersetujui di bawah pelan (diberikan di bawah konsep hibah menurut Syariah) ditambah perkongsian lebihan yang terkumpul.
   

Jika PTPA anda disertai dengan ciri-ciri berkaitan pelaburan saham, anak anda akan menerima nilai pelaburan saham di samping nilai perlindungan yang telah dipersetujui di bawah pelan.
 
     
     
 

Caruman pelan itu akan dibayar oleh pengendali takaful bagi pihak anda sehinggalah tarikh matang pelan.
   

Pada tarikh matang, anak anda akan berhak menerima amaun yang terkumpul di dalam AP, lebihan daripada AKP dan bahagian keuntungan daripada pelaburan (sekiranya berkaitan).
   

Walau bagaimanapun, jika semua caruman dimasukkan ke dalam AKP, bergantung kepada skim takaful yang anda sertai, cara pembayaran tersebut di atas diguna pakai atau nilai perlindungan boleh dibayar terus kepada satu akaun di bawah nama anak anda dan diurus oleh pemegang amanah yang dilantik. Nilai yang dibayar adalah manfaat (berasaskan hibah ) berserta dengan bahagian lebihan yang terkumpul (sekiranya ada) apabila pelan matang.
 
     
     
  Bergantung kepada skim takaful yang disertai, anda selaku pemegang sijil akan:  
     
 

Menerima nilai yang dilindungi di bawah pelan (diberi di bawah hibah menurut Syariah) ditambah dengan bahagian lebihan yang terkumpul; atau
   

Anda mungkin perlu menyerahkan sijil untuk mendapatkan nilai serahan; atau
   

Anda boleh menamakan anak anda yang lain sebagai peserta.
 
     
     
  Lazimnya PTPA tidak melindungi perkara-perkara berikut :  
     
 

Mencuba membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman.
Jika anda melanggar undang-undang.
Jika anda menyebabkan serangan.
Jika anda di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
Jika anda dihidapi AIDS atau HIV.
Sebab-sebab lain yang ditegah oleh Syariah.
 
     
 
     
  Sebahagian daripada terma-terma yang penting di dalam pelan takaful pendidikan anak ialah:  
     
  Caruman  
  Ini ialah sejumlah wang yang anda bayar secara berkala kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan atau tahunan.  
     
  Tempoh tangguh  
  Anda dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan dtolak daripada manfaat takaful anda.  
     
  Tempoh matang  
  Lazimnya PTPA matang apabila anak anda mencapai umur 18 hingga 22 tahun.  
     
     
 
Sekiranya terdapat sebarang keraguan berkenaan terma atau perkara yang masih tidak difahami, ajukan pertanyaan anda kepada ejen atau pengendali takaful anda. Oleh kerana sijil pelan takaful anda merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa membuat tuntutan.
 
     
 
     
  Apabila memohon pelan takaful pendidikan anak  
     
 
Anda perlu isytihar semua butiran mengenai risiko yang akan dilindungi.
Anda perlu baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan.
Anda perlu jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat.
Anda perlu lengkapkan dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri.
 
     
 
Jangan biarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.

Jangan gunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan lengkap.

Jangan merahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai butiran yang diperlukan. Jika tidak, sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tuntutan boleh ditolak.

Jangan menandatangani borang kosong.
 
     
  Bagi memastikan pelan takaful anda kekal sah  
     
 
Anda harus mematuhi semua terma, syarat dan pengendorsan sijil.
Jangan lupa untuk membayar caruman mengikut terma yang ditetapkan oleh pengendali takaful.
 
 
     
  Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil pelan takaful pendidikan anak anda. Jika anda perlu membuat tuntutan, maklumkan pengendali takaful anda dengan segera.  
     
  Untuk tuntutan matang  
  Sediakan salinan sijil takaful keluarga.  
     
  Untuk tuntutan kematian  
  Penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:  
     
Salinan sijil kematian yang disahkan;
Salinan kad pengenalan si mati;
Sijil takaful asal;
Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan si mati; dan
Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan Pelan Takaful Pendidikan Anak kami atau hubungi pengendali takaful untuk sebarang bantuan.