Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka panjang kepada anda. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.
 
Maklumat Berkaitan

Jenis takaful

Adakah saya dilindungi?

Berurusan dengan pengantara takaful

Insurans hayat

Membuat penamaan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful keluarga

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
  Takaful keluarga berfungsi secara kepentingan bersama, di mana para peserta menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana sebagai caruman penyertaan (tabarru’). Dengan itu, sebahagian daripada sumbangan anda boleh digunakan untuk peserta lain yang menghadapi musibah, seperti kematian atau kecacatan kekal. Dana ini dikenali sebagai Akaun Khas Peserta (AKP) yang akan digunakan untuk saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah.

Takaful keluarga juga merangkumi sebuah lagi dana, khas untuk simpanan dan pelaburan. Dana ini dikenali sebagai Akaun Peserta (AP). Caruman anda untuk simpanan dan pelaburan di dalam dana ini akan dilaburkan oleh pengendali takaful dan keuntungan akan dikongsi di antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Pada tarikh matang pelan anda, anda layak berkongsi lebihan dana itu, jika ada. Contoh perkiraan di bawah menunjukkan secara ringkas bagaimana konsep takaful boleh membawa manfaat kepada anda.

Contoh: Pengendali pelan takaful anda mempunyai jumlah lebihan (L) RM 4 juta dan jumlah caruman am (CA) sebanyak RM 10 juta. Caruman anda (C) pada tahun itu ialah RM500 dan lebihan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah perkongsian yang dipersetujui (NP) iaitu 50:50. Jumlah perkongsian lebihan yang akan anda terima:
 
     
   
 
     
  Takaful keluarga melindungi anda dalam keadaan seperti kematian atau hilang upaya. Jika anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:
 
     
  Daripada AP anda  
  Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.
 
     
  Daripada AKP anda  
  Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:  
     
 
Daripada AP anda : Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.
   
Daripada AKP anda: Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.
 
     
     
  Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:  
     
 

Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasa anda siuman atau tidak.
Jika anda melanggar undang-undang.
Jika anda memprovokasi serangan.
Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
Jika anda menghidap AIDS atau HIV.
Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.
 
     
 
     
  Sebahagian daripada terma-terma penting yang digunapakai di dalam takaful keluarga ialah:  
     
  Caruman  
  Ini ialah ansuran caruman takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan ataupun tahunan.  
     
  Tempoh tangguh  
  Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.  
     
  Tempoh matang  
  Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluan anda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.  
     
     
 
Anda harus memahami terma-terma yang digunakan di dalam takaful keluarga. Sekiranya ada terma atau perkara yang masih tidak difahami, ajukan pertanyaan anda kepada ejen atau pengendali takaful anda. Oleh kerana sijil pelan takaful anda merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa membuat tuntutan.
 
     
 
     
  Apabila memohon takaful keluarga :  
     
 
Anda perlu isytihar semua fakta penting mengenai risiko yang akan dilindungi.
Anda perlu baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan.
Anda perlu jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat.
Anda perlu lengkapkan dan tandatangan borang anda sendiri.
 
     
 
Jangan biarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.

Jangan gunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan lengkap.

Jangan merahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai fakta penting yang diperlukan. Sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tuntutan boleh ditolak.

Jangan menandatangani borang kosong.
 
     
  Bagi memastikan pelan takaful anda kekal sah :  
     
 
Anda perlu mematuhi semua terma, syarat dan pengesahan sijil tersebut
Jangan lupa untuk membayar caruman seperti terma yang dibenarkan oleh pengendali takaful
 
 
     
  Pengendali takafulakan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil pelan takaful keluarga anda. Jika anda perlu membuat tuntutan, maklumkan pengendali takaful anda dengan segera. Ikuti prosedur-prosedur berikut untuk mempercepat dan mempermudah pemprosesan tuntutan anda oleh pengendali takaful anda.  
     
  Untuk tuntutan matang  
  Sediakan salinan sijil takaful keluarga.  
     
  Untuk tuntutan kecacatan  
  Sediakan salinan asal sijil takaful keluarga dan laporan doktor.  
     
  Untuk tuntutan kematian  
  Penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:  
     
Salinan sijil kematian yang disahkan;
Salinan kad pengenalan simati;
Sijil takaful asal;
Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan
Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.
   
  Di dalam perkara ini, adalah penting untuk mempunyai seorang penama kerana ia memudahkan tuntutan dibuat oleh waris anda. Ketahui bagaimana untuk membuat penamaan untuk pelan takaful dan polisi insurans anda di sini.
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan Pelan Takaful Keluarga kami atau hubungi mana-mana pengendali takaful untuk sebarang bantuan.