Takaful isi rumah memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kandungan rumah kediaman anda, dan perlindungan kepada anda sebagai peserta terhadap kecederaan maut. Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali untuk perlindungan yang menyeluruh.
 
Maklumat Berkaitan

Berurusan dengan pengantara

Insurans empunya/isi rumah

Membuat aduan

Insurans untuk harta berhakmilik strata
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful empunya/isi rumah

Muat turun buku panduan takaful empunya/isi rumah

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
  Apabila anda menyertai takaful rumah, anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta menanggung kerugian terhadap kediaman atau kandungan kediaman beliau. Caruman penyertaan (tabarru’)di dalam dana takaful am akan digunakan jika hal itu berlaku.

Pada tempoh matang, anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan. Lebihan ini akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful di bawah konsep perkongsian lebihan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Berikut ialah contoh ringkas bagaimana perkongsian lebihan dana dikira.

Pengendali takaful mempunyai jumlah lebihan (L) bernilai RM4 juta dan jumlah caruman am (CA) bernilai RM10 juta. Caruman anda (C), untuk tahun tersebut ialah RM1,000. Nisbah perkongsian (NP) yang dipersetujui ialah 50:50. Bahagian anda daripada lebihan ini adalah:
 
     
   
     
 
     
  Skop perlindungan mengikut pelan takaful yang berbeza adalah seperti berikut:  
     
 
JENIS PERLINDUNGAN
Empunya
Rumah
Isi Rumah Empunya Rumah & Isi Rumah
  Seksyen 1: Bangunan
  Seksyen ini memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada bangunan akibat bencana berikut:
Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah, letupan, kerosakan disebabkan
oleh pesawat, kerosakan akibat impak
oleh kenderaan jalan raya atau haiwan.
Ya Tidak Ya
Pecahan dan limpahan tangki air,
peralatan atau paip**
Ya Tidak Ya
Kecurian yang melibatkan kemasukan
atau keluar secara kekerasan atau ganas.
Ya Tidak Ya
Hurikan, siklon, taufan, ribut angin,
gempa bumi atau ledakan gunung berapi,
banjir ***
Ya Tidak Ya
  Seksyen 2 : Kandungan ****
  Seksyen ini secara umum memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kandungan rumah akibat bencana-bencana yang dinyatakan di dalam Seksyen 1, termasuk barangan isi rumah dan barangan persendirian milik anda, ahli keluarga anda atau pembantu rumah.
Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah, letupan, kerosakan disebabkan
oleh pesawat, kerosakan akibat impak
oleh kenderaan jalan raya atau haiwan.
Tidak Ya Ya
Pecahan dan limpahan tangki air,
peralatan atau paip**
Tidak Ya Ya
Kecurian yang melibatkan kemasukan
atau keluar secara kekerasan atau ganas.
Tidak Ya Ya
Hurikan, siklon, taufan, ribut angin,
gempa bumi atau ledakan gunung berapi,
banjir ***
Tidak Ya Ya
  Seksyen 3: Luar jangkaan lain
Kehilangan sewa
Ya Ya Ya
Perbelanjaan tambahan akibat kerosakan kepada bangunan
Ya Ya Ya
Liabiliti pihak ketiga untuk kemalangan di rumah anda
Ya Ya Ya
Tanah runtuh atau mendap
Tidak Tidak Tidak
Rusuhan, mogok atau kerosakan
dengan niat jahat
Tidak Tidak Tidak
 
     
 
* Pengecualian ini boleh dilindungi di bawah pelan takaful anda dengan bayaran premium tambahan.
** Pengendali takaful tidak akan membayar ganti rugi bagi jumlah RM50 yang pertama.
*** Pengendali takaful tidak akan membayar ganti rugi bagi 1% yang pertama daripada jumlah perlindungan atau RM200, mana yang lebih rendah
**** Seksyen ini juga membayar pampasan terhadap kematian anda akibat kecederaan maut disebabkan oleh pencuri atau kebakaran, tertakluk kepada jumlah maksimum RM10,000 atau separuh daripada jumlah perlindungan, mengikut mana lebih rendah.
     
  Anda dinasihatkan untuk memeriksa butiran perlindungan, pengecualian dan tambahan dengan ejen atau pengendali takaful sebelum membeli mana-mana pelan takaful.  
 
     
 
Apabila anda mengambil pembiayaan untuk membeli rumah kediaman, institusi kewangan yang membiayai pembelian tersebut lazimnya akan meminta anda untuk menyertai takaful empunya rumah serta takaful gadai janji. Takaful gadai janji ialah pelan takaful keluarga yang akan menyelesaikan baki pembiayaan perumahan anda sekiranya anda meninggal dunia atau anda mengalami hilang upaya kekal.

Anda hanya perlu mencarum sekali sahaja bagi takaful gadai janji. Kadar caruman bergantung kepada umur anda, jumlah pembiayaan, kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan tersebut.

Sekiranya anda menjual rumah tersebut atau membuat penebusan awal pembiayaan perumahan anda, anda layak mendapat bayaran balik caruman takaful secara pro rata ke atas tempoh takaful yang belum lupus.
 
 
 
     
  Apabila memohon takaful rumah  
     
 
Isytihar semua fakta penting mengenai risiko yang akan dilindungi.
Baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan.
Jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat.
Lengkapkan dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri.
 
     
 
Membiarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.

Menggunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan lengkap.

Merahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai fakta penting yang diperlukan. Sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tuntutan boleh ditolak.

Mengambil perlindungan terkurang kerana anda akan didenda melalui 'syarat purata' jika membuat tuntutan.

Menandatangani borang kosong.
 
     
  Selepas kerugian atau kerosakan :  
     
 
Memaklumkan kepada pengendali takaful dengan segera.
Melaporkan kepada polis semua kes yang melibatkan kecurian.

Menghantar semua writ atau tuntutan pihak ketiga dengan segera kepada pengendali takaful.
Memberi kerjasama dengan pengendali takaful dan pelaras kerugian.
Menghubungi pengendali takaful secara bertulis.

Mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kerugian atau kerosakan yang lebih teruk.
 
     
 

Membuat sebarang pengakuan liabiliti, membayar atau berunding dengan pihak ketiga terhadap tuntutan.

Menaikkan jumlah tuntutan dengan beranggapan pengendali takaful akan mengurangkan jumlah tuntutan. Ini mungkin menyebabkan tuntutan anda ditolak.

Mendedahkan bahagian bangunan yang rosak kepada kerugian yang lebih teruk tanpa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan bangunan tersebut.
 
 
     
  Jika rumah anda mengalami kerosakan dan anda perlu membuat tuntutan terhadap pelan takaful rumah anda, sila ikuti prosedur berikut. Panduan kami dapat memudahkan pemprosesan tuntutan anda.  
     
     
 
Maklumkan kepada pengendali takaful anda menerusi telefon dengan segera.
Lengkapkan Borang Pemberitahuan Kerugian dan menghantarkannya kepada pengendali takaful.
Anda perlu bersedia memberi maklumat-maklumat berikut:
 
- Tarikh, masa dan tempat kejadian;
- Keterangan ringkas bagaimana kerugian atau kemalangan berlaku atau bila kerugian tersebut disedari
(sertakan laporan polis, jika ada);
- Maklumat mengenai penglibatan pihak ketiga (jika ada) dan tahap kecederaan atau kerugian yang dialami oleh pihak ketiga; dan
- Keterangan ringkas mengenai kerugian dan/atau kerosakan.

Buat laporan polis dengan segera, terutama jika anda mengesyaki kecurian atau kerosakan dengan niat jahat.
Ambil langkah sewajarnya untuk melindungi rumah anda daripada mengalami kerosakan yang lebih teruk.
Simpan barangan yang rosak untuk diperiksa oleh pengendali takaful.
 
     
     
 
Hantar tuntutan tersebut dengan segera kepada pengendali takaful.

Anda dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang pengakuan atau menafikan liabiliti terhadap tuntutan tersebut, berunding atau menyelesaikan tuntutan tersebut melainkan diberitahu secara bertulis oleh pengendali takaful.

Pengendali takaful akan memutuskan untuk berunding, membela atau menyelesaikan sebarang tuntutan terhadap anda oleh pihak ketiga.
 
     
     
  Jumlah pampasan yang anda terima bergantung kepada asas perlindungan:  
     
  Asas indemniti (lama diganti dengan yang lama)  
  Anda akan dibayar kos membaik pulih bangunan yang rosak ditolak dengan kegunaan biasa atau susut nilai; atau  
     
  Asas nilai pengembalian semula (lama diganti dengan yang baru)  
  Pembayaran penuh akan dibuat ke atas kos membaik pulih bangunan yang rosak tanpa ditolak kegunaan biasa atau susut nilai, tertakluk kepada jumlah yang dilindungi mencukupi untuk menampung kos pengembalian semula bangunan tersebut.  
     
  Pengendali takaful mempunyai pilihan untuk menyelesaikan tuntutan bagi kerugian separa (kerosakan yang boleh dibaik pulih) atas dasar berikut:  
 
   
  - Bayaran kos baik pulih;
  - Bayaran tunai terhadap kerugian atau kerosakan; atau
  - Pengembalian semula atau penggantian harta yang rugi atau rosak.
 
     
  Jika berlaku kerugian menyeluruh (kerosakan yang teruk sehingga menjadikan kediaman berkenaan tidak ekonomi untuk dibaik pulih), pengendali takaful akan membayar sama ada:  
 
   
  - Kos pembinaan semula; atau
  - Jumlah perlindungan, mengikut mana yang lebih rendah.
 
     
  Melainkan jika dinyatakan sebaliknya di dalam sijil, perlindungan biasanya adalah berdasarkan asas indemniti. Jika anda inginkan perlindungan pengembalian semula, sijil anda perlu mengandungi fasal yang relevan.  
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk memahami pelan ini dengan lebih mendalam, muat turun buku panduan kami tentang takaful empunya rumah/isi rumah atau baca soalan lazim berkenaan takaful rumah. Anda juga boleh menghubungi pengendali takaful untuk maklumat lanjut.
 
 
Loading....

Loading....