Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful.  
Caruman anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.
 
Maklumat Berkaitan

Berurusan dengan pengantara takaful

Insurans berkaitan pelaburan

Membuat penamaan

Konsep pelaburan
Menguruskan wang anda
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful berkaitan pelaburan

Muat turun buku panduan takaful berkaitan pelaburan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
  Takaful berkaitan pelaburan akan mengagihkan caruman anda kepada dua bahagian. Satu bahagian adalah untuk caruman penyertaan (tabarru’) yang digunakan untuk membantu peserta yang memerlukannya, contohnya jika mereka dilanda musibah seperti kematian atau kecacatan.

Bahagian selebihnya digunakan untuk membeli unit-unit berkaitan pelaburan. Anda sendiri boleh memilih mana-mana dana pelaburan yang dibenarkan syariah untuk melaburkan bahagian anda. Unit-unit berkaitan pelaburan ini akan diuruskan oleh pengendali takaful, yang akan mengenakan fi (ujrah) untuk khidmat yang diberikan.

Sebahagian lagi digunakan untuk membeli unit-unit berkaitan pelaburan. Anda boleh memilih mana-mana dana pelaburan yang dibenarkan Syariah untuk dilaburkan. Unit-unit berkaitan pelaburan ini akan diuruskan oleh pengendali takaful, yang akan mengenakan fi (ujrah) untuk khidmat yang diberikan.

Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful, anda layak berkongsi lebihan dalam dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui oleh anda dan pengedali takaful. Bahagian lebihan anda akan digunakan untuk membeli unit-unit berkaitan pelaburan tambahan.

Berikut ialah contoh ringkas bagaimana perkongsian lebihan dana dikira.

Pengendali takaful mempunyai jumlah lebihan (L) bernilai RM4 juta dan jumlah caruman am (CA) bernilai RM 10 juta. Caruman anda (C), untuk tahun tersebut ialah RM500. Nisbah perkongsian yang dipersetujui (NP), adalah 50:50. Bahagian perkongsian lebihan anda adalah seperti berikut:
 
     
   
     
 
     
  Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih pelan takaful berkaitan pelaburan seperti yang kami terangkan berikut:  
     
  Perlindungan takaful  
  Caruman anda biasanya memberi perlindungan takaful daripada kematian dan hilang upaya. Walau bagaimanapun, dengan caruman tambahan, anda boleh meluaskan perlindungan asas bagi merangkumi kemalangan diri dan penyakit kritikal.  
     
  Pilihan dana pelaburan  
  Anda diberi pilihan melabur dalam pelbagai dana pelaburan. Harga unit berkaitan pelaburan berubah mengikut nilai semasa dana pelaburan. Oleh itu, anda haruslah memilih dana pelaburan yang sesuai dengan paras risiko yang mampu anda ambil, kerana anda akan menanggung sepenuhnya risiko pelaburan itu. Prestasi dana pelaburan bagi tahun-tahun sebelumnya mungkin tidak boleh dijadikan panduan yang boleh dipercayai bagi menjangka prestasi akan datang.  
 
 
Fi dan caj
     
  Pengendali takaful mungkin akan mengenakan fi dan caj bagi perkhidmatan yang diberikan seperti fi pengurusan dana, caj perkhidmatan dan penyerahan.  
     
 
   
  Fi pengurusan dana
  Fi pengurusan dana dikenakan secara tahunan dan dikira sebagai peratusan daripada nilai dana pelaburan. Anda haruslah mengetahui jenis-jenis serta cara-cara fi dan caj yang dikenakan.
 
     
     
  Alihan dana  
     
 

Sekiranya anda berasa anda telah tersalah membuat pilihan atau anda ingin menukar profil portfolio pelaburan anda, anda dibenarkan untuk menukarkan unit anda daripada satu dana pelaburan kepada dana yang lain.
   

Kebanyakan pengendali takaful membenarkan satu alihan setahun tanpa mengenakan sebarang fi. Bagi alihan tambahan, fi yang rendah mungkin dikenakan.
 
     
  Nilai tunai terkumpul  
     
  Caruman berkala takaful berkaitan pelaburan mungkin tidak mengumpul nilai tunai yang mencukupi pada peringkat awal sijil. Ini bermakna sekiranya sijil ditamatkan pada peringkat awal, anda mungkin tidak akan mendapat balik sebarang nilai pelaburan.  
     
  Harga bida dan harga tawaran  
     
 

Anda akan diberikan dua harga: harga tawaran untuk unit jualan dan harga bida untuk pembelian balik, sama seperti unit amanah. Perbezaan di antara harga tawaran dan harga bida dipanggil ‘spread’ bida/tawaran dan ia biasanya dinyatakan sebagai peratusan daripada harga tawaran, biasanya sekitar 5%.
 
     
  Tempoh bertenang  
     
 

Anda mempunyai 15 hari tempoh membuat keputusan bagi membolehkan anda memikirkan sama ada mahu meneruskan dengan pelan takaful berkaitan pelaburan berkaitan selepas anda menandatanganinya. Sekiranya anda bercadang membatalkan pelan anda dalam tempoh tersebut, pengendali takaful akan memulangkan unit pelaburan dan caruman tabarru’ selepas ditolak fi perubatan dan kos pengunderaitan dalam penaksiran risiko.
   

Nilai unit berkaitan pelaburan yang dipulangkan adalah berdasarkan harga seperti yang dinyatakan dalam sijil.
 
 
 
     
 
Sebelum anda melaburkan wang dalam takaful berkaitan pelaburan :
 
Fikirkan tentang risiko yang sanggup anda ambil
Pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat
Jangan membuat sebarang keputusan berdasarkan prestasi terdahulu dana
Bersedia membiarkan wang anda terikat untuk tempoh tertentu.
 
Jikalau anda memerlukan informasi lebih lanjut:
 

Anda boleh mendapatkan nasihat profesional daripada pengendali takaful atau ejen anda mengenai risiko dan manfaat sesuatu pelan takaful berkaitan pelaburan.
Baca dengan teliti semua maklumat yang disediakan.
 
 
     
 
     
  Apabila memohon takaful berkaitan pelaburan  
     
 
Anda perlu isytihar semua fakta penting mengenai risiko yang akan dilindungi.
Anda perlu baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan.
Anda perlu jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat.
Anda perlu lengkapkan dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri.
 
     
 
Jangan biarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.

Jangan gunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan lengkap.

Jangan rahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai fakta penting yang diperlukan. Sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah, bermakna tuntutan boleh ditolak.

Jangan menandatangani borang kosong.
 
     
  Bagi memastikan pelan takaful anda kekal sah:  
     
 
Anda perlu mematuhi semua terma, syarat dan pengesahan sijil tersebut.
Jangan lupa untuk membayar caruman seperti terma yang dibenarkan oleh pengendali takaful.
 
 
     
  Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil pelan takaful berkaitan pelaburan anda. Jika anda perlu membuat tuntutan, maklumkan pengendali takaful anda dengan segera. Ikuti prosedur-prosedur berikut untuk mempercepat dan memudahkan pemprosesan tuntutan anda oleh pengendali takaful anda.  
     
  Untuk tuntutan matang  
  Sediakan salinan sijil asal takaful berkaitan pelaburan. Anda akan menerima nilai unit-unit takaful berkaitan pelaburan mengikut sijil anda.  
     
  Untuk tuntutan kecacatan  
  Sediakan salinan asal sijil takaful keluarga dan laporan doktor.  
     
  Untuk tuntutan kematian  
  Penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:  
     
 
Salinan sijil kematian yang disahkan;
Salinan kad pengenalan si mati;
Sijil takaful berkaitan pelaburan asal;
Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan si mati; dan
Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.
 
     
  Membuat penamaan adalah penting untuk memudahkan tuntutan oleh waris anda. Ketahui bagaimana untuk membuat penamaan untuk pelan takaful dan polisi insurans anda di sini.  
     
  Penebusan unit berkaitan pelaburan  
  Anda mempunyai pilihan untuk menjual unit berkaitan pelaburan anda secara:  
     
 
Pengeluaran separa
  Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pengeluaran Separa menyatakan opsyen berikut:
  - Bilangan unit yang ingin anda jual; atau
  - Nilai tunai yang anda perlukan.
   
Penyerahan
 

Anda perlu mengisi Borang Penyerahan jika anda berhajat menjual semua unit berkaitan pelaburan anda. Nilai unit berkaitan pelaburan adalah berdasarkan harga seperti yang dinyatakan dalam sijil.

 
 
 
  Muat turun
di sini
Anda boleh mendapatkan nasihat profesional daripada pengendali takaful atau ejen anda mengenai risiko dan manfaat sesuatu pelan takaful berkaitan pelaburan, atau, untuk maklumat lebih lanjut, sila muat turun buku panduan takaful berkaitan pelaburan kami.