Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.
 
Maklumat Berkaitan

Adakah saya dilindungi?

Berurusan dengan pengantara

Insurans perubatan dan kesihatan

Insurans kemalangan diri

Takaful kemalangan diri

Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful perubatan dan kesihatan

Muat turun buku panduan takaful perubatan dan kesihatan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
 
Konsep takaful ialah saling membantu apabila ada peserta yang memerlukannya. Konsep yang sama juga digunapakai untuk takaful perubatan dan kesihatan. Sebagai peserta pelan takaful ini, anda perlu membuat caruman penyertaan (tabarru’) yang akan digunakan untuk membantu peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjelaskan kos rawatan perubatan swasta, seperti kos hospital atau didiagnos dengan penyakit.  
 
 
     
Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis pelan anda. Anda perlu merujuk kepada sijil takaful mengenai maklumat lanjut dan manfaat yang diberi, seperti apa sebenarnya yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi, bila dan bagaimana manfaat itu akan dibayar.
 
     
     
  Di antara manfaat yang dilindungi di bawah takaful perubatan dan kesihatan adalah:  
     
 
 
Kos masuk hospital
Unit rawatan rapi
Rawatan pesakit luar
Lawatan pemeriksaan oleh doktor
Lawatan sebelum masuk hospital
 
Pembedahan
Bius
Perkhidmatan Ambulans
Manfaat kematian
 
 
     
  Pelan penyakit kritikal melindungi 36 penyakit kritikal biasa seperti berikut:  
     
 
 
Serangan sakit jantung
Pembedahan pintasan arteri koronari
Kegagalan buah pinggang
Pemindahan organ utama
Sklerosis berganda
Buta
Pekak
Hilang suara
Kelecuran api yang teruk
Penyakit terminal
Jangkitan HIV daripada pemindahan darah

Jangkitan HIV yang diperoleh melalui pekerjaan
Anemia aplastik
Tumor otak benigna
Strok (Angin Ahmar)
Barah
Hepatitis fulminan
Kelumpuhan (paraplegia, tetraplegia)
Hipertensi arteri pulmonari utama
Pembedahan injap jantung
 
Pembedahan aorta
Penyakit Alzheimer
Koma
Penyakit neuron motor
Penyakit Parkinson
Kecederaan teruk kepala akibat kemalangan yang menyebabkan trauma
Distrofi otot
Kuman ensefalitis
Penyakit hati kronik
Meningitis bakterial akut
Sindrom apalik
Pembedahan otak
Poliomelitis
Penyakit-penyakit koronari lain yang serius
AIDS peringkat lewat
Penyakit paru-paru kronik
 
 
  Senarai ini mungkin berbeza di antara satu pengendali takaful dengan yang lain.  
     
  Manfaat penyakit kritikal akan dibayar sekiranya anda hidup sekurang-kurangnya 30 hari selepas didiagnos dengan penyakit kritikal terbabit.  
     
  Pengecualian  
  Takaful perubatan dan kesihatan pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:  
     
 
  Penyakit sedia ada semasa memohon menyertai takaful.

  Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang
melanggar atau menyalahi undang-undang.
  Kehamilan atau kelahiran.
  Penyakit venereal, jangkitan atau parasit.
  Pembunuhan atau serangan fizikal.

  Pembedahan plastik atau kosmetik.
 
     
 
     
  Sebahagian daripada terma-terma penting adalah:  
     
 
Keadaan sedia ada
 
Penyakit yang sedia ada sebelum tarikh pelan berkuat kuasa, yang mana anda sedang menerima rawatan atau telah menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tersebut. Jika anda telah berjumpa doktor bagi sebarang kesakitan atau ketidakselesaan, ia akan dianggap sebagai tanda-tanda hilang upaya.
 
Tempoh layak
 
Kelayakan terhadap manfaat di bawah pelan takaful hanya akan bermula selepas 30 hari dari tarikh sijil berkuat kuasa.
 
 
Masih keliru ?
 
Anda harus memahami terma-terma yang digunakan di dalam takaful peruabatan dan kesihatan. Sekiranya ada terma atau perkara yang masih tidak difahami, ajukan pertanyaan anda kepada ejen atau pengendali takaful anda. Oleh kerana sijil pelan takaful anda merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa membuat tuntutan.
   
Rawatan luar negeri
 
Anda boleh mendapat perlindungan terhadap rawatan yang diterima di luar negeri, tertakluk kepada pengecualian, had dan syarat yang dinyatakan di dalam sijil takaful.
 
 
Salah nyata umur
 
Umur anda merupakan faktor utama di dalam takaful perubatan dan kesihatan. Jika anda tersilap menyatakan umur anda dan mengakibatkan caruman yang lebih rendah, sebarang tuntutan di bawah sijil tersebut akan dipro rata, bergantung kepada caruman yang dibayar dengan caruman yang sepatutnya dibayar.
 
 
     
 
     
  Apabila memohon takaful perubatan dan kesihatan :  
     
 
Anda perlu isytihar semua fakta penting mengenai risiko yang akan dilindungi.
Anda perlu baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan.
Anda perlu jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat.
Anda perlu lengkapkan dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri.
 
     
 
Jangan biarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.
Jangan gunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan
  yang memerlukan jawapan lengkap.
Jangan rahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai butiran yang
  diperlukan. Jika tidak sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tuntutan boleh ditolak.

Jangan menandatangani borang kosong.
 
     
  Bagi memastikan pelan takaful anda kekal sah :  
     
 
Anda perlu mematuhi segala terma, syarat dan pengesahan sijil tersebut.
Jangan lupa untuk membayar caruman seperti terma yang dibenarkan oleh pengendali takaful.
 
 
     
  Jika anda hendak membuat sebarang tuntutan terhadap takaful perubatan dan kesihatan anda, anda dinasihatkan mengikut panduan berikut supaya tuntutan anda akan menjadi lebih mudah untuk diproses dan disahkan.  
     
  Apa yang perlu anda lakukan :  
     
 
   
 
     
 
     
  Menyediakan dokumen-dokumen berikut:  
 
Semua bil dan resit asal.
Laporan lengkap doktor mengenai diagnosis penyakit yang dirawat.
Pendapat doktor mengenai tarikh penyakit mula dihidapi.
Keterangan ringkas mengenai kos rawatan termasuk perubatan dan perkhidmatan
  yang diterima.
 
     
 
     
  Nota:  
  Penting bagi anda mematuhi nasihat perubatan kerana pengendali takaful tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda memerlukan rawatan atau perkhidmatan akibat kegagalan anda mematuhi nasihat tersebut.  
 
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, anda boleh memuat turun buku panduan Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kami atau hubungi mana-mana pengendali takaful untuk sebarang bantuan. Laman soalan lazim Takaful Perubatan dan Kesihatan kami juga dapat membantu anda untuk lebih memahami pelan takaful ini.