Takaful motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan; dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.
 
Maklumat Berkaitan

Berurusan dengan pengantara

Insurans Motor

Kemalangan – Apa yang perlu dilakukan?

Bagaimana untuk mengelakkan kecurian kenderaan

Penipuan insurans

Mengambil pinjaman kenderaan

Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful motor

Muat turun buku panduan takaful motor

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
  Dengan takaful motor, bukan hanya kenderaan anda sahaja yang mendapat perlindungan daripada kerosakan dan kerugian seperti kemalangan, anda juga akan saling membantu antara peserta pelan tersebut. Ini adalah kerana sebagai peserta pelan ini, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru') yang akan digunakan jika salah seorang peserta menanggung kerugian akibat kemalangan yang membabitkan kenderaannya.

Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan, anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am. Lebihan ini akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful di bawah konsep perkongsian lebihan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Berikut ialah contoh ringkas bagaimana perkongsian lebihan dana dikira.
 
     
  Pengendali takaful mempunyai jumlah lebihan (L) bernilai RM4 juta dan jumlah caruman am (CA) bernilai RM10 juta. Caruman anda ( C ), untuk tahun tersebut ialah RM1,000. Nisbah perkongsian (NP) yang dipersetujui ialah 50:50. Bahagian anda daripada lebihan ini adalah:  
     
   
     
 
     
  Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawah sijil takaful motor menggambarkan nilai pasaran kenderaan anda, contohnya kos penggantian semula kenderaan yang serupa buatan, model dan keadaannya.

Sekiranya jumlah perlindungan kurang daripada nilai pasaran, syarat purata akan diguna pakai apabila tuntutan dibuat. Syarat purata merupakan penalti kerana perlindungan terkurang untuk kenderaan anda. Perlindungan terkurang bermakna jumlah perlindungan yang diambil kurang daripada nilai pasaran kenderaan semasa kejadian kerosakan.

Jumlah perlindungan ialah RM80,000 manakala nilai pasaran kenderaan ialah RM100,000 dan kerugian ialah RM5,000. Syarat purata akan dikira seperti berikut:
 
     
   
 
  Pengendali takaful akan hanya membayar sebanyak RM4,000 dan bukannya RM5,000 terhadap kerugian yang dialami. Anda perlu menanggung perbezaan sebanyak RM1,000.  
     
     
  Takaful motor tidak akan memberi perlindungan daripada:  
     
 
Kematian atau kecederaan tubuh badan sendiri akibat kemalangan;
Kerosakan kepada tayar kecuali pada masa yang sama kenderaan anda mengalami kerosakan;

Kerugian sampingan, susut nilai, kegunaan biasa, karat dan hakisan, kerosakan mekanikal atau elektronik, kegagalan atau pecahan, peralatan atau komputer yang gagal berfungsi;
Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku di luar kawasan geografi (Malaysia, Singapura dan Brunei);
Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penipuan atau jenayah pecah amanah;
Kerugian, kerosakan atau liabiliti akibat bencana alam seperti banjir, ribut atau tanah runtuh;

Sekiranya anda atau individu lain yang diberi kebenaran, tidak mempunyai lesen memandu untuk memandu kenderaan anda;

Sekiranya anda atau pemandu yang dibenarkan, memandu di bawah pengaruh dadah atau minuman keras;
Kerugian, kerosakan atau liabiliti kenderaan yang digunakan untuk tujuan jenayah;

Sekiranya kenderaan digunakan atau disediakan untuk apa-apa tujuan suka bermotor atau pertandingan (kecuali pertandingan mencari harta), atau perkara lain yang dinyatakan di dalam sijil.
 
     
     
  Dengan caruman tambahan, anda boleh melanjutkan pelan takaful motor biasa kepada perlindungan seperti berikut:  
     
 
Perlindungan liabiliti penumpang
Tuntutan daripada penumpang kenderaan anda terhadap anda akibat daripada kemalangan.
   
Konvulsi alam
Apa-apa kemalangan, kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau dikaitkan dengan banjir, taufan, ribut, ledakan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, tanah gelincir atau konvulsi alam yang lain yang secara am tidak termasuk dalam sijil takaful motor.
   
Liabiliti sah penumpang di atas perbuatan cuai
Perlakuan cuai oleh penumpang yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada pihak ketiga.
Contoh: Salah seorang penumpang anda membuka pintu kenderaan dan menyebabkan kecederaan kepada orang yang sedang lalu seperti pejalan kaki atau pemandu motosikal.
   
Pecah cermin tingkap atau cermin depan
Cermin depan atau tingkap berkecai selain daripada berpunca daripada kemalangan.
   
Mogok dan kekecohan awam
Sesuatu situasi yang huru-hara akibat mogok atau kekecohan awam yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan anda.
 
     
 
 
     
  Sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan sepanjang tempoh perlindungan takaful motor anda, anda berhak mendapat diskaun tanpa tuntutan (no claim discount (NCD)) sebagai insentif. Diskaun ini diberikan mengikut skala apabila anda memperbaharui sijil anda:  
     
 
   
Tempoh Takaful
Diskaun
 
 
Selepas satu tahun
25%
Selepas dua tahun
30 %

Selepas tiga tahun

38 1/3 %

Selepas empat tahun

45%

Selepas lima tahun dan ke atas

55%
   
   
  NCD ini boleh dipindahkan kepada pengendali takaful/syarikat insurans atau kenderaan milik anda yang lain.
   
 
     
  Apabila memohon takaful motor  
     
 
Isytihar semua fakta penting mengenai risiko yang akan dilindungi.
Baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan.
Jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat.
Lengkapkan dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri.
 
     
 
Membiarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.

Menggunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan lengkap.

Merahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai fakta penting yang diperlukan. Sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tuntutan boleh ditolak.

Mengambil perlindungan terkurang kerana anda akan didenda melalui 'syarat purata' jika membuat tuntutan.

Menandatangani borang kosong.
 
     
  Selepas kerugian atau kerosakan  
     
 
Memaklumkan kepada pengendali takaful dengan segera.
Membuat laporan polis.

Menghantar semua writ atau tuntutan pihak ketiga dengan segera kepada pengendali takaful.
Memberi kerjasama dengan pengendali takaful dan pelaras kerugian.
Menghubungi pengendali takaful secara bertulis.

Mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kerugian atau kerosakan yang lebih teruk.
 
     
 

Membuat sebarang pengakuan liabiliti, membayar atau berunding dengan pihak ketiga terhadap tuntutan.

Menaikkan jumlah tuntutan dengan beranggapan pengendali takaful akan mengurangkan jumlah tuntutan. Ini mungkin menyebabkan tuntutan anda ditolak.

Mendedahkan bahagian kenderaan yang rosak kepada kerugian yang lebih teruk tanpa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan bangunan tersebut.
 
     
 
     
  Terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor  
     
Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor, peraturan am yang perlu anda buat ialah:
     
 
Dapatkan maklumat terperinci berkaitan kemalangan seperti:
 
Nama dan alamat semua pemandu dan penumpang yang terlibat;
Nombor pendaftaran, buatan dan model setiap kenderaan yang terlibat;

Nombor lesen memandu pihak ketiga dan mengenal pasti takaful/insurans mereka; dan
Nama dan alamat saksi seramai mungkin.
   
Ambil langkah untuk tidak memburukkan lagi keadaan seperti memanggil polis/ bomba dan melindungi bahagian yang tidak rosak.
   
Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
   
Beritahu pengendali takaful anda secepat yang mungkin diikuti dengan pemberitahuan secara bertulis.
   
Hantar semua dokumen sokongan berserta dengan borang tuntutan yang lengkap dengan segera kepada pengendali takaful anda. Salinan-salinan berikut biasanya diperlukan:
   
 
Laporan polis.
Kad pengenalan pemandu.

Lesen pemandu.
Kad pendaftaran kenderaan.
Cukai jalan.
 
     
Anda juga boleh membaca panduan kami untuk maklumat apa yang perlu dilakukan jika anda terlibat dengan kemalangan jalan raya.
     
  Tuntutan yang melibatkan kerosakan kenderaan anda  
     
 

Anda boleh membuat tuntutan ke atas sijil takaful anda sendiri jika anda mempunyai perlindungan komprehensif.

Hantar kenderaan yang rosak ke bengkel yang dibenarkan oleh pengendali takaful anda dan maklumkan kepada pengendali takaful dengan segera. Semak dengan pengendali takaful anda senarai bengkel yang dibenarkan.

Hantar Borang Laporan Kemalangan Kenderaan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan dengan segera kepada pengendali takaful anda.

Beri kerjasama sepenuhnya dengan pelaras atau penyiasat tuntutan takaful.

Jangan beri arahan untuk memperbaiki kenderaan anda sehingga anda mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali takaful anda.
 
     
  Tuntutan yang melibatkan pihak ketiga  
     
 

Ikut arahan yang sama untuk tuntutan yang melibatkan kerosakan kenderaan anda.

Jangan buat sebarang pengakuan liabiliti kepada pihak ketiga dan/atau pihak lain.

Beritahu pengendali takaful anda tentang apa-apa tuntutan pihak ketiga atau yang mungkin dibuat oleh pihak ketiga. Rujuk semua pihak ketiga dan wakilnya kepada pengendali takaful anda untuk semua perkara.
 
     
  Tuntutan sebagai pihak ketiga  
     
 

Beritahu pengendali takaful anda dan pengendali takaful/syarikat insurans yang anda tuntut.

Ikut semua arahan yang diberikan oleh pengendali takaful anda dan/atau pengendali takaful/syarikat insurans yang anda tuntut, dan hantar semua dokumen sokongan untuk mempercepatkan proses tuntutan.
 
     
  Tuntutan melibatkan kecurian kenderaan anda  
     
 

Buat laporan polis dengan serta-merta.

Beritahu pengendali takaful anda menerusi telefon dalam masa 24 jam selepas anda menyedari tentang kecurian tersebut, disusuli dengan penghantaran borang secara bertulis. Ikut arahan-arahan yang diberikan oleh pengendali takaful anda dan beri kerjasama sepenuhnya semasa penyiasatan dijalankan terhadap tuntutan kecurian.

Ikut arahan-arahan yang diberikan oleh pengendali takaful anda dan beri kerjasama sepenuhnya semasa penyiasatan dijalankan terhadap tuntutan kecurian.
 
     
  Anda juga boleh membaca tip-tip kami bagi mengelakkan kereta anda dicuri.  
 
     
  Ekses  
Ekses ialah kerugian yang anda perlu tanggung sebelum pengendali takaful membayar baki tuntutan anda. Contoh: Sekiranya jumlah ekses ialah RM1,000 dan jumlah tuntutan ialah RM1,500, pengendali takaful hanya akan membayar sebanyak RM500 kepada anda.
     
  Bebanan (‘Loading’)  
Pengendali takaful boleh mengenakan nilai bebanan ke atas caruman bagi memastikan jumlah yang dikenakan setara dengan risiko yang anda hadapi. Faktor-faktor bebanan yang sering diguna pakai ialah umur pemandu, ciri-ciri kehemahan pemandu, kapasiti enjin, tuntutan lepas yang tertentu bagi sesuatu kenderaan dan kenderaan yang dipulih semula.
     
  Indemniti  
Perlindungan takaful yang diberikan akan menggantikan kerugian anda dengan meletakkan anda di kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlaku kerugian. Anda tidak boleh membuat keuntungan daripada tuntutan takaful motor.
     
  Pembaikan  
  Pembaikan berlaku apabila, semasa memperbaiki sesuatu kenderaan, alat ganti sesuatu kenderaan yang lama akan digantikan dengan alat ganti yang baru. Sebagai contoh, bampar yang lama akan digantikan dengan yang baru. Oleh itu, anda dikehendaki menanggung perbezaan harga antara bampar yang lama dengan yang baru, selaras dengan prinsip indemniti. Ini kerana caruman anda adalah berdasarkan jumlah perlindungan.  
     
  Pampasan bagi masa pembaikan sebenar  
  Sekiranya anda mengalami kemalangan dan anda membuat tuntutan pihak ketiga terhadap sijil seseorang individu lain yang menyebabkan kemalangan, anda boleh membuat tuntutan pampasan ini termasuk kos perjalanan alternatif atau menyewa kenderaan lain (yang sama jenis dan kapasiti enjin) bagi masa pembaikan sebenar kenderaan anda.  
     
  Tempoh masa pembaikan sebenar ini berdasarkan cadangan hari yang diperlukan untuk memperbaiki kenderaan anda yang dinilai oleh pelaras kerugian bebas. Pengendali takaful, atas budi bicara mereka, boleh menambah tempoh tangguh selama 7 hari bekerja bagi kelewatan yang tidak diduga atau yang tidak dapat dielakkan.  
     
 
     
  Sistem nota lindung elektronik di bawah JPJ eINSURANS ialah sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan untuk pembaharuan cukai jalan.  
     
     
  Berkuat kuasa dari 2 Januari 2005, syarikat insurans dan pengendali takaful akan menghantar maklumat insurans/takaful secara elektronik kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pemegang polisi/pelan akan menerima slip pengesahan daripada syarikat insurans, pengendali takaful atau ejennya sebagai bukti pembelian insurans/takaful. Setelah disahkan oleh syarikat, pengendali atau ejen insurans/takaful berkenaan, pemegang polisi/takaful boleh memperbaharui cukai jalan di JPJ atau Pos Malaysia.  
     
  Sebagai pemilik kenderaan, anda harus memastikan anda:  
     
 

mengemukakan satu salinan kad pendaftaran kenderaan anda kepada syarikat insurans, pengendali takaful atau ejennya di tempat membeli pelan/polisi takaful/insurans;

menerima pengesahan daripada syarikat insurans, pengendali takaful atau ejennya tentang kejayaan penghantaran maklumat nota lindung yang dihantar ke JPJ sebelum pembaharuan cukai jalan; dan

menghubungi syarikat insurans, pengendali takaful atau ejennya untuk mendapatkan bantuan ketika menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan.
 
 
 
  Muat Turun Di sini Untuk maklumat lanjut tentang pelan takaful motor, muat turun buku panduan kami tentang Takaful Motor atau baca soalan lazim tentang Takaful Motor. Anda juga boleh menghubungi pengendali takaful pilihan anda untuk penerangan lebih lanjut.