Takaful Kemalangan Diri (KD) adalah pelan takaful tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.
 
Maklumat Berkenaan

Berurusan dengan pengantara takaful

Insurans kemalangan diri

Takaful keluarga

Takaful Perubatan dan Kesihatan

Penipuan insurans

Membuat penamaan

Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Muat turun buku panduan takaful KD

Baca soalan lazim
takaful KD

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
  Takaful Kemalangan Diri memastikan anda dilindungi 24 jam sehari, walau di mana sekalipun anda berada, bergantung kepada terma dan syarat pelan takaful tersebut.Anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’). Semua peserta bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian, hilang upaya atau kecederaan.

Pada tempoh matang, anda layak berkongsi lebihan dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan semasa tempoh penyertaan. Lebihan ini akan dikongsi di antara anda dan pengendali takaful di bawah konsep perkongsian lebihan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Berikut ialah contoh ringkas bagaimana perkongsian lebihan dana dikira.

Pengendali takaful mempunyai jumlah lebihan (L) bernilai RM 4 juta dan jumlah caruman am (CA) bernilai RM 10 juta. Caruman anda (C), untuk tahun tersebut ialah RM 500. Nisbah perkongsian (NP) yang dipersetujui ialan 50:50. Bahagian anda daripada lebihan ini adalah:
 
     
   
     
 
     
  Perlindungan asas takaful KD meliputi kematian dan hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan. Selain perlindungan asas, pengendali takaful juga menyediakan perlindungan yang mencakupi belanja perubatan, manfaat penghospitalan, pembedahan pembetulan dan belanja pengebumian. Skop perlindungan takaful KD adalah berbeza-beza antara pengendali takaful. Anda dinasihatkan supaya menyertai pelan yang memenuhi kehendak anda.  
     
     
  Takaful KD lazimnya tidak memberi perlindungan ke atas kemalangan yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut:  
     
 
Risiko peperangan
Bunuh diri dan ketidaksiuman
Kecederaan yang disengajakan
Di bawah pengaruh arak, dadah atau narkotik
AIDS/HIV atau sebarang penyakit kelamin
Pembunuhan atau serangan yang dirangcang
Melahirkan anak, mengandung atau keguguran
Terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang
Sukan berbahaya
Mengendali atau menunggang kenderaan bermotor beroda dua
 
 
  Selain itu, takaful KD kebiasaannya tidak memberikan perlindungan kepada mereka yang bekerja dalam profesion berikut:  
     
 
Polis/tentera dan pegawai penguatkuasa undang-undang
Penyelam
Juruterbang dan anak kapal
Penguji pesawat
Pemandu kereta lumba
Pelaut dan nelayan laut
Ahli sukan profesional
 
     
  Senarai pengecualian di atas mungkin berbeza-beza antara pengendali takaful.
Ada pengendali takaful yang mungkin menawarkan perlindungan untuk perkara-perkara di atas jika anda membayar caruman tambahan. Anda dinasihatkan berbincang dengan ejen atau pengendali takaful anda untuk mengetahui bagaimana untuk menambah perlindungan anda.
 
     
 
     
  Apabila memohon takaful kemalangan diri  
     
 
Isytihar semua fakta penting mengenai risiko yang akan dilindungi
Baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan
Jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat
Lengkapkan dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri
 
     
 
Membiarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.
Menggunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan lengkap.

Merahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai fakta penting yang diperlukan. Jika tidak, sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tuntutan
boleh ditolak.
Menandatangani borang kosong
 
     
  Bagi memastikan pelan takaful anda kekal sah  
     
 
Mematuhi semua terma, syarat dan pengesahan sijil tersebut
Lupa untuk membayar caruman seperti di dalam terma yang ditetapkan oleh pengendali takaful
 
 
     
  Pengendali takaful akan memberikan pampasan kepada anda atau benefisiari anda, tertakluk kepada terma dan syarat takaful keluarga anda.  
     
     
 
Apabila berlaku kematian:
 
Laporan polis hendaklah dibuat

Pengendali takaful mesti dimaklumkan dengan secepat mungkin.

Pihak menuntut akan diberi borang tuntutan yang harus diserahkan bersama
  - Semua dokumen sokongan yang dikehendaki oleh pengendali
  takaful
  - Sijil kematian
  - Permit pengebumian
 
     
Jika tiada benefisiari yang dilantik, tanggungan si mati atau pentadbir harta pusaka si mati hendaklah mengemukakan bukti tanggungan atau surat kuasa mentadbir.  
     
     
 
Apabila berlaku kecederaan:
 

Anda mestilah memberikan notis bertulis kepada pengendali takaful mengenai kecederaan anda dalam jangka masa yang ditetapkan dalam takaful KD.

Anda hendaklah mengemukakan borang tuntutan berserta dengan semua dokumen sokongan seperti
  - Laporan perubatan
  - Resit bayaran belanja hospital
 
     
  Anda akan dibayar pampasan untuk manfaat di bawah pelan jika rawatan diterima atau diagnosis dibuat dalam tempoh yang ditetapkan selepas tarikh kemalangan.  
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk memahami pelan ini dengan lebih mendalam, muat turun buku panduan kami tentang Takaful Kemalangan Diri atau baca soalan lazim berkenaan Takaful Kemalangan Diri. Anda juga boleh menghubungi pengendali takaful untuk maklumat lanjut.