Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  Ketulenan Wang Polimer RM5 yang dikatakan palsu
03/01/2007
 
 
  Laporan baru-baru ini yang mengatakan wang polimer palsu RM5 berada dalam edaran adalah mengelirukan. Penyiasatan oleh Bank Negara Malaysia telah membuktikan bahawa wang polimer tersebut adalah tulen. Cetakan yang luntur adalah disebabkan oleh tindak balas kimia.

Orang ramai dinasihatkan untuk memerhatikan ciri-ciri keselamatan yang banyak terdapat pada wang polimer RM5. Ini termasuklah:
  • tingkap pandang telus dengan imej tanda bayang Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya;
  • cetakan timbul angka "5" yang akan kelihatan pada tingkap dikedua-dua belah wang tersebut;
  • cetakan indigo dengan beberapa lapisan dakwat khas pada potret Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong; dan
  • tanda pandang telus yang memaparkan elemen bunga raya pada bahagian hadapan akan kelihatan selari dengan elemen bunga raya pada bahagian belakang wang polimer.
Ciri-ciri keselamatan ini mengurangkan kemungkinan berlakunya pemalsuan. Oleh itu, orang ramai harus terus menggunakan wang polimer RM5 dengan penuh yakin.

Makluman lanjut tentang wang polimer RM5 boleh didapati di www.bnm.gov.my/polymer/index.htm

 

Bank Negara Malaysia
3 Januari 2007

© Bank Negara Malaysia, 2007. All rights reserved.