Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  Risiko Urus Niaga Sambung Bayar Perjanjian Sewa Beli
18/01/2011
 
 
 

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dibebankan lagi dengan harga barang keperluan yang semakin melambung, sudah pastinya memeritkan orang ramai tambahan pula dengan bayaran ansuran kenderaan yang perlu dijelaskan setiap bulan mengikut perjanjian sewa beli yang termetrai dengan pihak institusi perbankan.

Tidak dinafikan, para pengguna kenderaan di negara ini mengalami beban yang tinggi dalam pengurusan kewangan mereka lebih-lebih lagi penduduk bandar yang mana memerlukan wang ringgit. 

Tatkala sibuk menguruskan keperluan harian ada di antara mereka yang terlupa atau menghadapi kesukaran melunaskan bayaran ansuran kenderaan mereka.

Lebih menyedihkan jika ansuran kenderaan mereka tertunggak. Maka ramai diantara pengguna memilih jalan mudan seperti menyerahkan kenderaan kepada pihak ketiga untuk tujuan sambung bayar.

Sebenarnya tindakan ini sangat berisiko ibarat menjerat diri sendiri. Tahukah anda bahawa walaupun ada pihak ketiga yang akan menyambung bayar hutang, anda masih bertanggungjawab penuh daripada segala sudut terhadap kenderaan itu seperti perjanjian sewa beli yang asal, sama pihak berkuasa, jenayah serta kemalangan. Untuk perkara ini, anda boleh diheret ke makamah walaupun dasarnya anda adalah mangsa keadaan.

Jika pihak ketiga gagal melangsaikan hutang anda ataupun kenderaan anda dibawa lari kerana gagal membuat pembayaran, pihak bank akan meletakkan tanggungjawab ke atas anda atas segala permasalahan yang timbul. Lebih teruk, ada yang perkara yang boleh menggagalkan tuntutan insuran kerana segala tindakan ini adalah bercanggah dengan akta sewa beli dan perjanjian.

Lebih memburukkan keadaan jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan maut ataupun kes langgar lari dimana sudah pasti anda yang akan diheret kemuka pengadilan kerana anda adalah tuan punya yang sah berdaftar pada kenderaan itu.

Jika kenderaan itu ditarik atau dituntut oleh pihak bank daripada penggunaan pihak ketiga disebabkan kegagalannya melangsaikan hutang, kenderaan ini akan dilelong. Baki daripasa hasil lelongan itu masih lagi ditanggung oleh tuan punya asal kenderaan dan pihak ketiga tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana pihak ketiga tiada apa-apa kaitan tiada apa-apa kaitan yang boleh disabitkan atas kesalahan perjanjian sewa beli yang asal. Maka, tiada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat walaupun kenderaan ditarik atas kecuaian pengabaian bayaran oleh pihak ketiga.

Langkah terbaik jika mengahadapi masalah kewangan dalam pembayaran sewa beli kenderaan adalah seperti berbincang semula dengan pihak bank. Untuk pengetahuan, sekarang banyak institusi perbankan menyediakan pakej pembayaran dalam penjadualan semula untuk membantu pengguna. Jika benar-benar tidak boleh meneruskan pembayaran, adalah lebih baik menyerahkan kenderaan kepada pihak perbankan sebelum tamatnya tempoh surat notis jadual ke empat. Sekurang-kurangnya pengguna tidak perlu menanggung kos penarikkan semula serta lain-lain kos yang pasti membebankan.

Pengguna mempunyai pilihan untuk membayar secara ansuran baki daripada hasil lelongan kenderaan ini dalam memilih tindakan yang lebih selamat dan tidak berisiko seperti ini. Jadilah pengguna yang bijak dalam membuat keputusan.

Sumber: Majalah Auto Touch, Mei 2010