Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  Perilaku Tidak Beretika Oleh Ejen Insurans
14/04/2011
 
 
 

Pencurian identiti, polisi ditamatkan dan tidak dibenarkan untuk perbaharui

  • Pada 15 Januari 2008, Encik Sim Kok Quan, seorang eksekutif sumber manusia dari Klang, membeli insurans motor daripada ejen syarikat insurans antarabangsa. Pada tarikh 15 April pada tahun yang sama, dia mengemukakan tuntutan lebih dari sepuluh ribu ringgit akibat kemalangan kepada syarikat insurans, dan pegawai bersetuju untuk memproses tuntutan beliau.
  • Namun, ejen insurans menghubunginya pada 30 Mei untuk bertanya alasan polisi ditamatkan, kerana pada 28 April dia telah menyerahkan borang pembatalan dan dokumen polisi kepada syarikat. Dalam kenyataannya, Encik Sim tidak pernah menyerahkan dokumen atau meminta sesiapa untuk menamatkan polisi; dia kemudian diminta untuk memperbaharui polisi tetapi dia diminta untuk membeli polisi motor tambahan dimana bayaran dikenakan lebih dari RM3000.
  • Selepas penyiasatan lanjut, didapati ejen insurans memalsukan tanda tangan Encik Sim pada tarikh 28 April untuk menamatkan polisi dan tidak menjelaskan alasan apabila memaksa dia untuk membeli polis insurans lain.
  • Tidak berpuas hati, Encik Sim menghantar email kepada ibu pejabat syarikat insurans, membuat laporan polis, pertanyaan dengan Pendaftar Syarikat dan Pejabat Pengangkutan Jalan dan juga membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa ejen insurans tersebut telah ditutup selama bertahun-tahun.

Kod Etika Ejen Insurans Harus Dimiliki

Kes di atas boleh menjadi satu iktibar bagi mangsa yang tidak bersalah. Ramai orang cenderung untuk mendaftar polisi insurans tanpa memahami terlebih dahulu butiran dan isi kandungan perlindungan polisi sehingga menyebabkan ejen tak bermoral mengambil keuntungan daripada mereka. Terdapat banyak kes pemegang polisi ditipu, pandangan orang awam terhadap integriti industri insurans berkurangan dan meningkatkan kebimbangan terhadap ejen insurans. Jika syarikat insurans tidak mengambil langkah-langkah untuk menyingkirkan ejen tidak bermoral, ini akan memberi imej buruk kepada ejen insurans.

Seorang ejen insurans profesional perlu mendidik pelanggan, memberi pemahaman kepada mereka tentang butiran perlindungan insurans dan tidak membabi buta menjual produk kepada pelanggan. Peter, seorang ejen insurans selama 15 tahun mengamati
banyak warga Malaysia, selepas mendaftar insurans, mereka mengabaikan kontrak dan tidak memahami butiran penting dalam dokumen perlindungan polisi yang mereka beli .

Kebanyakan ejen insurans akan mendekati rakan atau saudara mara dan ramai membeli polisi atas dasar persahabatan atau berfikiran mereka tidak ditipu kerana mengenali ejen dengan baik. Namun, manusia tidak boleh diramal. Walaupun kita kenal
dengan ejen tersebut, tidak bermakna kita akan mendapat perlindungan dari polisi insurans.

 

Sumber: Sin Chew Daily (4 April 2011)
Diterjemahkan oleh insuranceinfo