Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  Peringatan Pengguna 2 - Insurans Motor (Polisi Kereta Persendirian)
09/09/2011
 
 
 

Kereta anda mungkin merupakan aset kedua yang sangat berharga selepas rumah anda. Berikut ialah
beberapa perkara yang 
perlu anda ketahui semasa membeli polisi insurans motor untuk kenderaan anda.

Jenis Insurans Kereta
Siapa dan apa yang dilindungi akan bergantung pada jenis insurans kereta yang anda beli.
Pihak yang terlibat ialah anda sebagai pihak pertama, syarikat insurans sebagai pihak kedua dan orang lain
yang terlibat dalam kemalangan sebagai pihak ketiga.

z
 

Kematian atau kecederaan pihak
ketiga
yang terlibat dalam kemalangan
Kerosakan pada kereta atau harta orang lain Kerosakan pada kereta anda disebabkan oleh kebakaran atau kecurian Kerosakan pada kereta anda disebabkan oleh kemalangan
z z zz z

PengecualianPolisi insurans kereta komprehensif anda yang standard TIDAK melindungi :-

  • Kematian atau kecederaan diri anda sendiri;
  • Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda
  • Kecurian aksesori kenderaan yang tidak dipasang di kilang (pemain cakera padat, kerusi kulit, rim sport
    dan sebagainya) kecuali aksesori tersebut telah dinyatakan dalam Jadual;
  • Kerugian turutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan elektrik atau kegagalan mekanikal atau pecah; dan
  • Kerugian/kerosakan akibat bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh.

 

Sila rujuk kontrak polisi anda untuk senarai penuh
pengecualian.

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk melindungi sebahagian daripada
pengecualian di atas seperti banjir dan tanah runtuh atau liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan
anda (penumpang yang merupakan ahli keluarga anda tidak akan dilindungi).

Kajian kes: Tuntutan kecederaan Ahmad dan kakaknya tidak dibayar

Ahmad membeli polisi insurans kereta komprehensif dan membayar premium tambahan untuk liabiliti undang-undang bagi perlindungan penumpang. Beberapa bulan kemudian, semasa Ahmad memandu bersama-sama kakaknya Aida pergi ke bandar, kereta tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok. Ahmad dan Aida telah mengalami kecederaan.

Polisi insurans tersebut hanya melindungi kos membaiki kenderaan Ahmad. Tuntutan kecederaan pada diri Ahmad tidak dibayar kerana polisi tersebut tidak melindungi kematian atau kecederaan individu yang membeli polisi insurans ini. Walaupun Ahmad mempunyai liabiliti undang-undang bagi perlindungan penumpang, tuntutan kecederaan pada diri Aida ditolak kerana dia merupakan salah seorang ahli keluarga Ahmad.
 

Apakah yang perlu anda tahu apabila membeli insurans kereta?

Tanggungjawab Penzahiran
Apabila menginsuranskan kereta anda, anda perlu menzahirkan semua fakta material (material facts) kepada
syarikat insurans seperti sebarang kemalangan yang dialami sebelum ini atau pengubahsuaian enjin. Sekiranya anda gagal berbuat
demikian, syarikat insurans mungkin akan menolak tuntutan anda atau sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga
terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.

Polisi Nilai Pasaran atau Nilai Disetujui
Insurans motor komprehensif boleh melindungi anda daripada kerugian kemalangan atau kerosakan kepada kereta
anda sehingga nilai-nilai seperti yang berikut:-
 

  • Nilai Pasaran – nilai kereta anda sejurus sebelum berlaku kerosakan; atau
  • Nilai Disetujui – nilai kereta yang dipersetujui oleh anda dan syarikat insurans anda pada permulaan
    kontrak dan pada setiap kali pembaharuan insurans.

Sekiranya polisi anda berdasarkan Nilai Pasaran:-

Anda perlu memastikan kereta anda diinsuranskan dengan sewajarnya kerana ia akan memberikan kesan pada jumlah yang boleh anda tuntut sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan. Bagi kereta baharu, jumlah yang diinsuranskan kebiasaannya mengikut harga belian. Bagi kereta lain, jumlah yang diinsuranskan perlu berdasarkan nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli.

  • Insurans terkurang: jika jumlah yang diinsuranskan adalah lebih rendah daripada nilai pasaran, perbezaan tersebut dianggap sebagai ditanggung oleh anda sendiri. Sekiranya berlaku kerugian, anda hanya akan mendapat sebahagian daripada pampasan. 
  • Insurans berlebihan: jika jumlah yang diinsuranskan adalah lebih tinggi daripada nilai pasaran, pampasan maksimum yang anda akan terima ialah nilai pasaran kenderaan tersebut. Anda tidak boleh mendapat keuntungan daripada tuntutan insurans (prinsip tanggung rugi) 

Oleh itu, kereta anda perlu diinsuranskan pada nilai pasaran yang wajar bagi mengelakkan daripada insurans terkurang atau insurans berlebihan. 

Mulai 1 Ogos 2011, syarikat insurans (dan juga pengendali takaful) atau ejen insurans dikehendaki menasihati anda mengenai nilai pasaran semasa kereta anda sebelum anda membeli atau memperbaharui perlindungan motor.
 

  • Nasihat mengenai nilai pasaran semasa hendaklah berdasarkan Sistem ISM Automobile Business Intelligence (sistem ISM-ABI) atau mana-mana pangkalan data penilaian kenderaan lain yang berwibawa. 
  • Nilai pasaran semasa kereta anda akan ditunjukkan dalam notis pembaharuan atau helaian penzahiran
    produk (product disclosure sheet) yang dikeluarkan kepada anda sebelum anda membeli polisi tersebut.
  • Nasihat akan diberikan tanpa sebarang bayaran tambahan.
  • Jika anda bersetuju untuk menginsuranskan pada nilai yang dicadangkan oleh syarikat insurans, anda tidak
    akan menerima jumlah pampasan yang lebih rendah berikutan tuntutan yang disebabkan oleh insurans terkurang.
  • Bagi memastikan nilai pasaran kereta anda pada ketika insurans diambil adalah selaras dengan nilai pasaran kereta tersebut ketika tuntutan dibuat kemudiannya, syarikat insurans anda seharusnya merujuk kepada pangkalan data yang sama untuk menentukan nilai pasaran kereta anda dalam kedua-dua perkara tersebut.

Sekiranya polisi anda berdasarkan Nilai Disetujui:
Anda dan syarikat insurans akan bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan pada setiap kali pembaharuan insurans. Jika kereta anda rosak sepenuhnya atau dicuri, syarikat insurans akan membayar penuh
jumlah yang diinsuranskan. Beberapa buah syarikat insurans ada menawarkan polisi nilai disetujui kepada pelanggan
mereka.
 

 

Sumber : insuranceinfo