Kami ingin memaklumkan bahawa info insurans merupakan satu laman web yang menyediakan maklumat am berkenaan produk dan perkhidmatan insurans/takaful bertujuan untuk meningkatkan tahap celik kewangan pengguna. Kami tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan polisi insurans/pelan takaful pelanggan syarikat insurans/pengendali takaful.
Sekiranya pertanyaan yang ingin diajukan adalah berkenaan polisi/pelan peribadi tuan/puan dengan sesebuah syarikat insurans/pengendali takaful, kami mencadangkan agar tuan/puan terus menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful tuan/puan. Maklumat untuk menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful boleh didapati di sini.