Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Pelan takaful pendidikan anak
 
    Mengapakah saya perlu menyertai Pelan Takaful Pendidikan Anak?
    •  
      Dengan menyertai pelan ini, anak anda akan diberikan manfaat perlindungan dan manfaat kewangan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan mereka pada masa hadapan.
       
    Apabila saya semakin tua, perlukah saya menambah caruman saya?
    •  
      Individu yang berumur antara 18 hingga 50 tahun layak memohon pelan ini, tidak kira apa pun kepercayaan agamanya.
       
    Bolehkah pelan ini diserah hak di kalangan anak-anak saya?
    •  
      Takaful pendidikan anak tidak boleh dipindhkan di kalangan anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sama kerana lain peserta akan memerlukan lain pelan.
       
    Saya tidak mempunyai anak, tetapi ingin membeli pelan untuk anak saudara saya. Bolehkah saya berbuat demikian?
    •  
      Ini adalah amalan yang baik. Walau bagaimanapun, hanya bapa atau penjaga yang sah boleh membeli pelan takaful pendidikan untuk anak-anak. Anda masih boleh mengatur untuk membeli dan membayar pelan dengan kerjasama ibu bapa. Dalam kes seperti ini, anda perlu melepaskan semua kawalan kepada pemegang sijil, iaitu ibu bapa.
       
    Bagaimanakah caranya saya membuat tuntutan?
    •  
      Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda, anak anda atau penama anda bergantung kepada terma dan syarat sijil anda. Semasa membuat tuntutan:
       
       
      Maklumkan pengendali takaful anda dengan segera
        Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful pendidikan anak.
        Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:
           
          - Salinan sijil kematian yang disahkan.
          - Salinan fotostat kad pengenalan simati.;
          - Sijil takaful pendidikan anak yang asal.
          - Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dengan simati.
          - Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Pelan takaful pendidikan anak
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini