Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Takaful rumah
 

    Seorang rakan datang ke rumah saya dan terjatuh di dapur mengakibatkan tangan beliau patah. Bolehkah rakan saya diberi pampasan akibat kemalangan tersebut?
    •  
      Ya, sekiranya anda disahkan bertanggungjawab mengakibatkan kejadian tersebut. Pengendali takaful akan membayar segala perbelanjaan rakan anda dalam membuat tuntutan serta perbelanjaan lain yang dipersetujui oleh pengendali takaful seperti yang dinyatakan di dalam sijil tersebut. Amaun maksimum yang boleh dituntut di bawah manfaat ini bagi setiap tuntutan atau tuntutan-tuntutan akibat daripada kemalangan yang sama ialah RM50,000.
       
    Bolehkah saya menyertai takaful isi rumah tanpa menyertai takaful empunya rumah?
    •  
      Mengikut amalan semasa, pengendali takaful hanya akan menawarkan penyertaan takaful isi rumah sekiranya anda menyertai takaful empunya rumah daripada pengendali takaful yang sama.
       
    Adakah saya dikehendaki menyenaraikan semua isi kandungan rumah kepada pengendali takaful?
    •  
      Anda dikehendaki menyenaraikan semua barangan yang bernilai melebihi 5% daripada jumlah perlindungan isi kandungan rumah. Walau bagaimanapun, setiap barang kemas hendaklah disenaraikan tanpa mengira nilainya berserta dokumen-dokumen sokongan.
       

    Terdapat banyak barangan yang dilindungi di bawah takaful empunya rumah. Bagaimana caranya untuk saya menyokong tuntutan saya sekiranya berlaku kerugian?
    •  
      Anda perlu menyertakan invois, bil atau baucar bayaran bagi setiap barang tersebut untuk menyokong tuntutan anda.
       

    Adakah saya dikehendaki menyertai dua pelan takaful empunya rumah, satu untuk pembiaya dan satu lagi untuk perbadanan pengurusan, bagi pangsapuri saya?
    •  
      Berkuat kuasa Mei 1996, institusi-institusi kewangan di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia telah bersetuju bahawa pelanggan tidak dikehendaki menyertai pelan takaful empunya rumah bagi pembiayaan pembelian unit pangsapuri atau kondominium. Institusi kewangan akan menerima perlindungan yang diperoleh oleh perbadanan pengurusan di bawah Akta Hak Milik Strata, sebagai bukti perlindungan takaful atau insurans.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Takaful rumah
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini