Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Insurans berkaitan pelaburan
 
    Adakah pulangan ke atas dana berkaitan pelaburan dijamin?
    •  
      Tidak, pulangan ke atas dana berkaitan pelaburan tidak dijamin. Ini adalah kerana harga unit yang anda pegang mungkin naik atau turun bergantung kepada nilai pasaran pelaburan.
       
    Apakah harga bida dan harga tawaran?
    •  
      Harga tawaran adalah harga yang disebut oleh syarikat insurans apabila menjual unit dana berkaitan pelaburan kepada anda. Harga bida pula adalah harga yang disebut apabila syarikat membeli balik unit daripada anda. Perbezaan di antara harga bida dan harga tawaran ialah 'spread' bida/tawaran, yang biasanya dinyatakan dalam peratus. 'Spread' ini biasanya lebih kurang 5%.
       
    Adakah saya boleh mengetahui caj yang saya bayar di bawah pelan insurans berkaitan pelaburan saya?
    •  
      Pelan insurans berkaitan pelaburan biasanya lebih telus daripada pelan-pelan lain dalam mendedahkan caj yang dikenakan. Caj-caj ini termasuk caj insurans, kos pentadbiran dan fi dana pengurusan, didedahkan dalam penyata yang dihantar kepada semua pemegang polisi.
       

    Perlukah saya menyerahkan pelan insurans berkaitan pelaburan saya sekiranya saya membuat keputusan untuk menukar dana pelaburan?
    •  
      Tidak, ada baiknya anda tidak menyerahkan pelan insurans yang sedia ada sekiranya anda membuat keputusan untuk menukar dana pelaburan. Ini adalah kerana anda mungkin mendapat kurang daripada apa yang telah anda laburkan disebabkan fi dan caj yang telah dikenakan. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengalih dana dan kebanyakan syarikat insurans membenarkan satu alihan setahun tanpa apa-apa fi. Walau bagaimanapun, bagi alihan tambahan, anda mungkin dikenakan fi pemprosesan.
       
    Bolehkah saya menambah pelaburan?
    •  
      Ya, anda dibenarkan untuk meningkatkan pelan insurans berkaitan pelaburan anda yang sedia ada pada bila-bila masa. Peningkatan ini biasanya digunakan untuk menambah bahagian pelaburan kedua-dua pelan premium tunggal dan premium berkala tanpa apa-apa perubahan dalam perlindungan insurans. Anda juga boleh menambah perlindungan untuk kematian, penyakit kritikal, masuk hospital, kemalangan dan lain-lain.
       
    Berapa lamakah saya harus memegang pelan insurans berkaitan pelaburan saya?
    •  
      Tidak ada tempoh yang tetap untuk anda memegang pelan insurans berkaitan pelaburan anda. Ia adalah sama seperti akaun simpanan bank atau unit amanah yang mana anda boleh membuat keputusan sendiri tentang jangka masa pegangan pelan anda. Walau bagaimanapun, anda adalah dinasihatkan supaya tidak memegang pelan anda untuk jangka masa pendek memandangkan kos permulaan yang tinggi.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Insurans berkaitan pelaburan
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini