Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Insurans Perubatan & Kesihatan
 
    Bagaimanakah saya membuat keputusan tentang pelan yang terbaik untuk saya?
    •  
      Pelan IPK yang terbaik untuk anda adalah pelan yang memberi fleksibiliti dan manfaat yang lebih dengan premium yang terendah. Walau bagaimanapun, tidak ada polisi IPK yang standard untuk dijadikan asas perbandingan. Sebagaimana yang anda lakukan apabila membuat pembelian penting, anda perlu mendapatkan sebanyak maklumat yang mungkin dari beberapa syarikat insurans dan juga beberapa sebut harga, sebelum membuat pilihan. Berikut adalah beberapa panduan sebelum membuat pilihan:
       
       
      Adakah terdapat keperluan pembayaran bersama, deduktibel, dan insurans bersama?
        Apakah manfaat yang dilindungi? Apakah yang tidak dilindungi?
        Adakah pelan perkhidmatan kesihatan memberi perlindungan yang anda perlukan?
        Mampukah anda membayar premiumnya?
        Adakah pelan tersebut melindungi hospital swasta yang anda gunakan?
        Adakah pelan menawarkan perlindungan kepada keluarga dan juga individu?
        Adakah pelan mengenakan syarat pra-wujud?
       
    Apakah panduan penting apabila membeli polisi IPK?
    •  
      Pertama, tanya tentang berbagai jenis polisi yang ada. Kemudian:
       
       
      fahami ciri produk, syarat, had, pengecualian dan manfaatnya;
       
      pastikan perlindungan yang diambil di bawah polisi itu sesuai dengan keperluan anda;
       
      pastikan anda mampu membayar premium di bawah polisi itu;
       
      pastikan anda telah mengisytiharkan semua fakta yang anda ketahui atau patut ketahui dengan sepenuhnya dan secara jujur. Jika tidak, polisi yang dikeluarkan mungkin tidak sah dan tuntutan anda tidak akan dilayan; dan
       
      beli hanya daripada ejen insurans yang berdaftar atau terus daripada syarikat insurans.
       

    Saya perhatikan bahawa beberapa polisi IPK mengandungi syarat 'jaminan pembaharuan'. Apakah maksudnya?
    •  
      'Jaminan pembaharuan' bermaksud syarikat insurans menjamin pembaharuan polisi, tertakluk kepada terma dan syarat yang terdapat di dalam polisi. Walau bagaimanapun, kadar premium untuk polisi yang dibaharui adalah tidak dijamin atau tetap. Adalah menjadi amalan syarikat insurans untuk membaharui sesuatu polisi kecuali jika telah berlaku sesuatu kejadian seperti:
       
       
      anda tidak membayar premium atau tidak membayar tepat pada masanya;
       
      anda telah salah nyata tentang sesuatu fakta penting, seperti umur atau keadaan kesihatan anda semasa membuat permohonan;
        anda telah membatalkan polisi;
       
      jumlah tuntutan ke atas polisi tersebut telah mencapai had maksimum yang ditetapkan; dan
        Anda telah melebihi had umur perlindungan.
       
    Bilakah polisi saya akan berkuat kuasa?
    •  
      Sebaik sahaja permohonan anda telah diterima dan disetuju terima oleh syarikat insurans dan premium telah dibayar.
       
    Dalam keadaan apakah perlindungan saya dibatalkan?
    •  
      Pada ulang tahun polisi atau apabila jumlah manfaat dibayar telah mencapai had maksimum polisi, atau apabila jumlah manfaat dibayar pada tahun tertentu telah mencapai keseluruhan had tahunan. Polisi mungkin dibatalkan jika terdapat salah nyata fakta penting seperti keadaan kesihatan semasa permohonan dibuat.
       
    Adakah terdapat apa-apa pengecualian?
    •  
      Ya, di antaranya termasuklah syarat pra-wujud, HIV yang menyebabkan AIDS, pembedahan pilihan sendiri selain daripada yang perlu dari segi kesihatan, gangguan psikiatri, penyakit kongenital, masuk hospital bagi tujuan penyiasatan dan pemeriksaan fizikal yang rutin.
       
    Adakah SARS dilindungi di bawah polisi IPK yang sedia ada?
    •  
      Sekiranya polisi anda adalah polisi insurans hospital dan pembedahan, anda boleh membuat tuntutan bagi kerugian yang disebabkan oleh SARS kerana SARS bukan salah satu penyakit yang dikecualikan di bawah polisi ini. Walau bagaimanapun, jika polisi anda adalah polisi penyakit kritikal, anda tidak dilindungi untuk SARS kerana SARS bukan salah satu penyakit kritikal yang dilindungi.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Perubatan & kesihatan
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini