Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Takaful perubatan & kesihatan
 

    Adakah saya perlu mendapatkan perlindungan secara individu sekiranya majikan saya telah menyediakan perlindungan secara kumpulan?
    •  
      Anda dinasihatkan supaya mengambil perlindungan secara individu kerana ketika persaraan, usia anda telah meningkat dan anda akan lebih mudah mendapat penyakit. Jika anda ingin menyertai pelan takaful pada masa itu, caruman takaful akan menjadi lebih tinggi atau pengendali takaful mungkin akan menolak permohonan anda menyertai pelan takaful atas alasan penyakit yang sedia ada.
       

    Jika saya mempunyai perlindungan yang berasingan daripada dua pengendali takaful atau syarikat insurans, bolehkah saya membuat tuntutan di bawah kedua-dua sijil atau polisi?
    •  
      Tidak. Walau bagaimanapun, pengendali takaful akan membayar amaun lebihan yang tidak dilindungi oleh pengendali takaful atau syarikat insurans yang lain.
       
    Apakah had umur untuk menyertai takaful perubatan dan kesihatan?
    •  
      Had umur yang biasanya dinyatakan di dalam sijil ialah antara 15 hari hingga 65 tahun.
       

    Adakah pengendali takaful akan mengeluarkan surat jaminan kepada pihak hospital sekiranya saya dimasukkan ke hospital?
    •  
      Anda dikehendaki membayar bil hospital dahulu dan membuat tuntutan kepada pengendali takaful.
       
    Apakah pengecualian yang terdapat di dalam sijil takaful?
    •  
      Pengecualian yang terdapat di dalam sijil takaful adalah penyakit yang sedia ada, kehamilan, gila dan penyakit yang dihidapi dalam tempoh 30 hari daripada tarikh sijil takaful berkuat kuasa.
       

    Adakah saya perlu mengunjungi hospital atau klinik yang diluluskan oleh pengendali takaful untuk mendapat rawatan atau dimasukkan ke hospital?
    •  
      Anda boleh pergi ke mana-mana hospital/klinik swasta yang bereputasi atau hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Takaful perubatan & kesihatan
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini