Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Takaful motor
 
    Bolehkah saya menyertai perlindungan pihak ketiga sekiranya kenderaan saya masih lagi di dalam pembiayaan?
    •  
      Tidak. Dalam amalan semasa, bank yang menyediakan pembiayaan kenderaan menghendaki pemilik menyertai perlindungan komprehensif.
       

    Adakah saya layak untuk mendapatkan NCD di bawah pelan takaful motor? Sekiranya ya, bagaimanakah saya boleh memindahkan kelayakan NCD daripada syarikat insurans yang terdahulu sekiranya saya hendak menyertai pelan takaful motor?
    •  
      Ya, anda layak untuk mendapatkan NCD sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan sepanjang tempoh pelindungan yang lalu. Untuk memindahkan kelayakan NCD, anda perlu menghantar surat pengesahan NCD atau notis pembaharuan daripada syarikat insurans terdahulu.
       
    Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada sesebuah bengkel itu adalah bengkel yang dibenarkan oleh pengendali takaful?
    •  
      Sila berhubung dengan pengendali takaful anda untuk mengesahkan sama ada sesebuah bengkel itu termasuk di dalam senarai bengkel yang dibenarkan oleh pengendali takaful.
       
    Apakah perbezaan di antara bebanan ('loading') dan ekses?
    •  
      Bebanan ialah caruman tambahan yang dibuat yang setara dengan risiko yang anda dan/atau kenderaan anda alami. Ekses pula ialah perbelanjaan yang perlu anda tanggung apabila membuat sebarang tuntutan.
       
    Apakah akan terjadi sekiranya perlindungan takaful untuk kenderaan saya lebih rendah daripada nilai pasaran?
    •  
      Sekiranya perlindungan kenderaan anda di bawah nilai pasaran, anda berada dalam keadaan perlindungan terkurang. Semasa membuat tuntutan, anda perlu menanggung perbezaan kerugian tersebut di bawah prinsip syarat purata.
       

    Di dalam perlanggaran berantai, bagaimanakah pengendali takaful menyelesaikan tuntutan-tuntutan kenderaan yang terlibat?
    •  
      Sukar untuk mengenal pasti kenderaan yang bersalah atau bertanggungjawab di dalam perlanggaran berantai. Untuk mengurangkan kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan, pengendali takaful telah bersetuju bahawa tanpa mengambil kira kenderaan mana yang bersalah, kenderaan yang di belakang yang paling hampir dengan kenderaan di hadapannya akan bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakan.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Takaful motor
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini