Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Insurans kemalangan diri
 
    Sekiranya terdapat perubahan tentang profil diri saya, mestikah saya memaklumkan kepada syarikat insurans saya?
    •  
      Ya, anda dikehendaki memaklumkan syarikat insurans anda sekiranya berlaku perubahan alamat, pekerjaan dan kegiatan peribadi anda yang boleh memberi kesan terhadap profil risiko anda.
       
    Mestikah saya memaklumkan syarikat insurans saya tentang polisi insurans lain yang saya ambil?
    •  
      Ya, anda mesti memaklumkan syarikat insurans anda tentang polisi-polisi insurans anda yang lain yang melindungi kemalangan atau ketidakupayaan, kecuali polisi insurans motor.
       

    Kawan saya telah dilindungi di bawah polisi KD. Dia meninggal dunia akibat kemalangan semasa menunggang motorsikal tetapi syarikat insurans telah menolak tuntutan ke atas kematiannya. Mengapa?
    •  
      Kawan anda mungkin telah mengambil polisi KD yang standard yang mengecualikan perlindungan terhadap kematian atau kecederaan ketika mengendalikan atau menunggang kenderaan bermotor beroda dua. Walau bagaimanapun, dengan membayar premium tambahan, pemegang polisi boleh memperluaskan perlindungan polisi untuk memasukkan pengecualian dalam polisi.
       

    Tuntutan telah dibuat terhadap hilang upaya kekal dan menyeluruh (HKM) tetapi telah ditolak oleh syarikat insurans atas alasan pihak menuntut masih boleh bekerja. Apakah definisi hilang upaya kekal dan menyeluruh?
    •  
      Polisi KD memberikan definisi hilang upaya kekal dan menyeluruh sebagai hilang upaya yang mengakibatkan pihak diinsuranskan tidak dapat melakukan sebarang kerja, pekerjaan atau profesyen. Syarikat insurans mungkin telah menolak tuntutan oleh kerana tidak terdapat bukti bahawa hilang upaya tersebut telah mengakibatkan pihak diinsuranskan tidak dapat langsung melakukan sebarang jenis kerja.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Insurans kemalangan diri
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini