Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Takaful kemalangan diri
 
    Adakah takaful KD khas untuk orang Islam sahaja?
    •  
      Tidak, sesiapa sahaja boleh menyertai takaful KD, tidak kira apa fahaman agamanya. Tiada terma dan syarat tambahan yang dikenakan ke atas peserta bukan Islam.
       

    Mestikah saya memaklumkan pengendali takaful saya mengenai pelan takaful atau polisi insurans lain yang saya ada?
    •  
      Ya, anda mesti memaklumkan pengendali takaful anda mengenai pelan takaful atau polisi insurans anda yang lain yang memberi perlindungan daripada kemalangan atau ketidakupayaan, kecuali pelan takaful motor. Ini kerana bagi kerugian tertentu seperti belanja perubatan yang pampasannya adalah berdasarkan pembayaran gantian, anda akan dibayar pampasan oleh hanya salah satu pengendali takaful atau syarikat insurans berdasarkan kerugian sebenar yang dialami.
       
    Jika berlaku perubahan pada profil hidup saya, mestikah saya memaklumkan kepada pengendali takaful saya?
    •  
      Ya, anda mesti memaklumkan kepada pengendali takaful anda jika berlaku perubahan alamat, pekerjaan dan kegiatan peribadi anda yang boleh memberi kesan pada profil risiko anda.
       

    Kawan saya telah dilindungi di bawah takaful KD. Dia meninggal dunia akibat kemalangan semasa menunggang motosikal tetapi pengendali takaful telah menolak tuntutan ke atas kematiannya. Mengapa?
    •  
      Kawan anda mungkin telah mengambil takaful KD standard yang mengecualikan perlindungan daripada kematian atau kecederaan ketika mengendalikan atau menunggang kenderaan bermotor beroda dua. Walau bagaimanapun, pemegang sijil boleh membayar caruman tambahan bagi memperluas perlindungan pelan yang merangkumi pengecualian dalam sijil.
       

    Tuntutan telah dibuat terhadap hilang upaya kekal dan menyeluruh (HKM) tetapi telah ditolak oleh pengendali takaful atas alasan pihak menuntut masih boleh bekerja. Apakah definisi HKM?
    •  
      Di bawah takaful KD, HKM didefinisikan sebagai hilang upaya yang mengakibatkan peserta tidak dapat melakukan sebarang kerja, pekerjaan atau profesion. Pengendali takaful mungkin telah menolak tuntutan oleh sebab tidak terdapat bukti hilang upaya itu mengakibatkan peserta tidak dapat langsung melakukan sebarang jenis kerja.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Takaful kemalangan diri
 
Saya Mahu…

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini