Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Anuiti persaraan
 
    Bagaimanakah saya memilih pelan anuiti yang sesuai?
    •  

      Adalah mustahak anda meneliti semua opsyen yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans sebelum membeli anuiti yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda mungkin ingin berunding dengan syarikat insurans anda atau ejennya sebelum membuat sebarang keputusan.
      Anda mesti memilih pelan yang sesuai dengan profil hayat dan keperluan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai pasangan yang bergantung kepada pendapatan persaraan anda, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk membeli pelan anuiti hayat bersama. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin melindungi pendapatan anda daripada inflasi, anda mungkin perlu mempertimbangkan membeli pelan anuiti meningkat. Satu faktor lagi yang anda perlu pertimbangkan ialah kemampuan anda memiliki pelan tersebut.
       

    Apakah akan terjadi ke atas pelan anuiti saya sekiranya saya meninggal dunia sebelum pembayaran pendapatan bermula?
    •  
      Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pembayaran pendapatan bermula, syarikat insurans biasanya akan membayar nilai serahan kepada penama/benefisiari anda. Ia merupakan jumlah premium dibayar setelah ditolak semua caj tertanggung. Sesetengah pelan anuiti mungkin juga memperuntukkan manfaat kematian kepada orang yang anda sayangi sekiranya anda meninggal dunia sebelum pembayaran pendapatan bermula.
       
    Adakah pembayaran pendapatan pelan anuiti akan diteruskan selepas saya meninggal dunia?
    •  
      Bagi semua pelan anuiti, pembayaran pendapatan akan diteruskan selagi anda masih hidup. Walau bagaimanapun, untuk pelan tertentu seperti pelan anuiti terjamin, pembayaran pendapatan akan diteruskan kepada penama/benefisiari selepas anda meninggal dunia sehingga tamat tempoh terjamin bagi anuiti tersebut.
       
    Adakah terdapat apa-apa insentif cukai bagi pembelian pelan anuiti tertunda?
    •  
      Anda boleh membuat tuntutan pelepasan cukai ke atas premium yang anda bayar untuk pelan anuiti dengan jumlah maksimum sehingga RM6,000 setahun, termasuk caruman-caruman lain yang anda bayar kepada skim persaraan seperti KWSP atau skim-skim pencen lain.
       

    Apakah akan terjadi ke atas polisi anuiti tertunda saya sekiranya saya tidak mampu meneruskan pembayaran premium selepas beberapa tahun? Bolehkah saya menyerahkan polisi separuh jalan?
    •  
      Sekiranya anda tidak mampu meneruskan pembayaran premium, anda boleh memilih untuk menyerahkan polisi bagi mendapatkan nilai serahan tunainya. Nilai serahan tunai ini merupakan jumlah premium yang telah dibayar setelah ditolak semua caj tertanggung. Oleh itu, anda tidak akan menerima jumlah premium penuh seperti yang anda telah bayar. Sebagai alternatif dan tertakluk kepada amaun premium yang anda telah bayar, anda boleh juga memilih menjadikan polisi anda sebagai polisi berbayar. Ini bermakna anda berhenti membayar premium untuk masa akan datang. Walau bagaimanapun, bayaran pendapatan yang anda akan terima apabila anda bersara kelak adalah lebih rendah daripada amaun yang anda pilih pada mulanya.
       
 
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Anuiti persaraan
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini