Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.
Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
Soalan Lazim Insurans Perjalanan
 
    Apakah yang harus saya lakukan sekiranya barang-barang kepunyaan saya yang diinsuranskan hilang atau rosak semasa dalam perjalanan?
    •  
      Anda mestilah segera memberitahu pihak polis tempatan dan hotel anda, syarikat pengangkutan dan pihak berkuasa terminal pengangkutan, yang mana berkenaan. Anda juga hendaklah mengambil semua tindakan yang munasabah untuk melindungi, menyelamat dan memperolehi kembali barang-barang kepunyaan anda.
       
    Berapa cepatkah tuntutan akan dibayar?
    •  
      Tuntutan kerosakan akan dibayar serta-merta apabila bukti kerosakan dikemukakan kepada syarikat insurans anda. Bagi barang-barang kepunyaan yang hilang, tuntutan akan dibayar selepas berakhirnya tempoh yang munasabah (biasanya 30 hari) dari hari kehilangan berlaku. Tuntutan kerosakan biasanya dibayar terus kepada anda sementara tuntutan kematian biasanya akan dibayar kepada benefisari atau estet anda.
       
    Apakah kadar pertukaran wang yang akan diguna pakai?
    •  
      Sekiranya anda dimasukkan ke hospital di luar Malaysia, apa-apa bil yang dibayar dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia akan dibayar berdasarkan kadar pertukaran yang disebut yang berkuat kuasa pada tarikh anda dibenarkan keluar daripada hospital.
       
 
 
Maklumat Berkaitan
 

Insurans perjalanan
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini