Sebagai bank pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak berkuasa monetari yang mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi negara. Ditubuhkan pada 26 Januari 1959, di antara objektif penubuhannya adalah:
 
Menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh
Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan
Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata
  wang tersebut
Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini
 
Maklumat Berkaitan

Program pendidikan pengguna Bank Negara Malaysia

Bagaimana untuk membuat aduan perbankan
 
Saya Mahu...

Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Bank Negara Malaysia diketuai sembilan ahli Lembaga Pengarah. Ahli ex-officio Lembaga ini termasuk Gabenor, Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Gabenor merupakan pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah ini dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Peranan dan tanggungjawab Bank Negara Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Kini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada 3 tunggak peranan utama bank pusat ini, iaitu kestabilan monetari, kestabilan kewangan dan sistem pembayaran. Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga memainkan peranan yang penting dari segi pembangunan pengurusan ekonomi, pembinaan institusi dan sistem kewangan.

Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab menganjurkan pelbagai program pendidikan pengguna, terutamanya dalam bidang perbankan dan insurans bagi meningkatkan keupayaan kewangan masyarakat umum. Terdapat juga program pendidikan yang direka khas untuk golongan remaja, wanita, dan syarikat ditawarkan.
 
 
  Muat turun
di sini
Bagi maklumat lanjut tentang peranan, tanggungjawab dan aktiviti lain yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh muat turun buku panduan kami.