Ditubuhkan pada 1982 dan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, Biro Kredit berperanan untuk mengumpulkan maklumat kredit para peminjam daripada institusi kewangan dan menawarkan kembali maklumat terkumpul ini kepada pihak institusi kewangan. Maklumat yang didapati daripada Biro Kredit membantu institusi kewangan membuat keputusan berkenaan kelulusan pinjaman dengan lebih cepat.
 
 
 
Jika anda membuat pinjaman atau memegang kad kredit daripada sebarang institusi kewangan, Biro Kredit akan menyimpan maklumat anda seperti :
 
Maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat

Maklumat akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang-undang (jika ada)
 
Maklumat kredit ini akan disimpan di dalam sebuah sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai CCRIS. CCRIS akan mengumpul dan memproses maklumat tersebut kepada laporan kredit yang boleh anda minta atau dibekalkan kepada institusi kewangan yang memohon laporan itu.
 
Maklumat Berkaitan

Memohon pinjaman

Memohon kad kredit

Bagaimana saya boleh membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang Biro Kredit

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
 
Dapatkan laporan kredit anda dari Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) di Bank Negara Malaysia di alamat berikut:
   
  BNM LINK
Tingkat satu, Blok D,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480 Kuala Lumpur.
   
- Dokumen sokongan yang diperlukan adalah lesen memandu atau bil-bil utiliti.
   
 
- Hantar Borang Permintaan Laporan Kredit dan Borang Deklarasi Pinjaman yang boleh didapati dari:
   
 
Laman web Biro Kredit

Cawangan Bank Negara Malaysia di seluruh Malaysia
   
- Hantarkan borang yang lengkap berserta dokumen sokongan melalui pos/faks/emel ke:
   
  BNM TELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat,
Bank Negara Malaysia,
P.O.Box 10922,
50929 Kuala Lumpur.

Faks: 03-2174 1515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
 
Sekiranya informasi yang dinyatakan dalam laporan kredit anda tidak tepat, anda perlu melaporkan kepada BNM TELELINK dengan segera.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila rujuk soalan lazim untuk mendapatkan jawapan.