Sebagai bank pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan monetari dan kewangan negara di samping memastikan pembangunan ekonomi secara menyeluruh untuk negara.
 
Lawati Bank Negara Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Bank Negara Malaysia.
   
Bank Negara Malaysia LINK merupakan pusat perhubungan untuk memudahkan maklum balas yang cepat dan cekap kepada orang ramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung dengan perkara-perkara berkaitan dengan sektor kewangan.
 
Lawati Bank Negara Malaysia LINK untuk maklumat lanjut
   
Diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, Biro Kredit berperanan untuk mengumpulkan maklumat kredit para peminjam daripada institusi kewangan dan menawarkan kembali maklumat terkumpul ini kepada pihak peminjam. Anda boleh memohon untuk mendapatkan sejarah pinjaman anda dengan institusi perbankan daripada laman mereka.
 
Lawati Biro Kredit untuk mengetahui peranan dan tanggungjawabnya.
   
FMB ialah biro yang ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan pertelingkahan di antara anda dan pemberi khidmat kewangan anda. Pertelingkahan ini mungkin berkenaan kewangan, insurans ataupun takaful.
 
Lawati FMB untuk maklumat lanjut tentang biro ini.
   
AKPK ialah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kaunseling kredit, khidmat nasihat pengurusan kewangan dan pendidikan kewangan penggguna serta program pengurusan kredit.
 
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan AKPK.
   
Penubuhan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) adalah bertujuan untuk menggalakkan pemahaman yang lebih lanjut mengenai insurans hayat serta meningkatkan tahap professionalisme di  kalangan penggiat industri menerusi pengawalan sendiri dan latihan untuk kakitangan dan agen.
 
Layari laman web LIAM untuk maklumat lanjut mengenai persatuan ini.
   
Ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan struktur insurans yang kukuh, PIAM menyediakan khidmat nasihat dan bantuan kepada para ahlinya dan pengguna mengenai hal ehwal berkaitan insurans di Malaysia.
 
Layari laman web PIAM untuk maklumat lanjut mengenai persatuan ini.
   
Info Perbankan menyediakan pelbagai maklumat berkaitan isu kewangan seperti pengurusan wang, rancangan kewangan dan pelbagai produk perbankan demi menggalakkan pemahaman yang lebih baik di kalangan  para pengguna.
 
Untuk maklumat lanjut, layari info perbankan.
 
Maklumat Berkaitan

Bank Negara Malaysia

Matawang Malaysia

Biro Kredit
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini