| Anuiti |
 |
| Suatu kontrak yang memperuntukkan pendapatan berkala bagi sesuatu tempoh, bergantung kepada jangka hayat seseorang.
|
 |
| Bayaran bersama |
 |
| Suatu peruntukan dalam polisi perubatan dan kesihatan yang memerlukan pemegang polisi menanggung perbezaan kos bilik tersebut serta sebahagian (biasanya 10%-20%) daripada manfaat lain yang dinyatakan di dalam kontrak polisi sekiranya kadar yang dikenakan oleh pihak hospital lebih tinggi daripada kelayakannya.
|
 |
| Bonus |
 |
| Faedah tambahan yang diperuntukkan kepada pemegang polisi sertaan akibat pulangan yang baik bagi dana insurans hayat.
|
 |
| Broker insurans |
 |
| Seseorang yang mewakili pelanggan dalam urusan, rundingan atau pengambilan sesuatu kontrak insurans. Ia juga mungkin memberi pekhidmatan tambahan yang berkaitan semasa menjalankan tugasnya.
|
 |
| Caruman |
 |
| Ansuran caruman takaful yang dibayar sekali atau secara berkala kepada pengendali takaful bagi penyertaanya dalam satu skim takaful.
|
 |
| Deduktibel |
 |
| Sebahagian kerugian yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi sebelum layak membuat tuntutan dari syarikat insurans. Juga dikenali sebagai ekses.
|
 |
| Diskaun tanpa tuntutan |
 |
| Skim ganjaran kepada pemegang polisi sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kadar yang berlainan dikenakan bagi kelas kenderaan yang berlainan. Bagi kenderaan persendirian, skala diskaun tanpa tuntutan adalah di antara 25% sehingga 55% seperti yang dinyatakan di dalam polisi insurans kenderaan.
|
 |
| Dividen |
 |
| Wang yang diberi kepada pemegang polisi berdasarkan penghasilan dan lebihan kewangan syarikat insurans.
|
 |
| Ejen |
 |
Seseorang yang mengurus niaga, merunding atau memasuki kontrak insurans bagi pihak syarikat insurans.
|
 |
| Ekses |
 |
| Sila rujuk makna deduktibel.
|
 |
| Fasal boleh tanding |
 |
| Fasal dalam polisi insurans hayat yang memberi peruntukan setelah polisi tersebut telah berkuat kuasa untuk sesuatu tempoh masa (biasanya satu atau dua tahun), syarikat insurans tidak boleh mempertikai lagi kenyataan yang terdapat dalam borang permohonan insurans kecuali jika ia membuktikan penipuan telah berlaku.
|
 |
| Harta hak milik strata |
 |
| Hartanah seperti pangsapuri, kondominium atau rumah pangsa.
|
 |
| Hilang upaya |
 |
| Suatu keadaan yang menjejas sedikit sebanyak keupayaan seseorang untuk menjalankan urusan harian. Hilang upaya boleh merupakan separa atau keseluruhan dan sementara atau tetap.
|
 |
| Indemniti |
 |
| Meletakkan si penuntut kepada kedudukan kewangan yang sama sejurus sebelum kerugian berlaku melalui bayaran, pembaikan atau penggantian.
|
 |
| Insurans berganda |
 |
| Mempunyai perlindungan daripada dua atau lebih polisi perlindungan bertindih bagi beberapa risiko yang sama.
|
 |
| Insurans berkaitan pelaburan |
 |
| Insurans hayat yang nilai polisi berubah-ubah mengikut nilai aset dasar pada waktu berkenaan.
|
 |
| Insurans bertempoh |
 |
| Insurans yang membayar sejumlah wang hanya sewaktu kematian berlaku dalam tempoh yang ditetapkan.
|
 |
| Insurans bertempoh gadai janji berkurangan |
 |
| Polisi insurans yang melindungi bayaran balik pinjaman tertunggak dengan institusi perbankan apabila peminjam meninggal dunia lebih awal, hilang upaya atau sakit kritikal.
|
 |
| Insurans endowmen |
 |
| Insurans yang membayar sejumlah wang apabila berlaku kematian atau sewaktu mencapai tarikh cukup tempoh sebagaimana dinyatakan dalam polisi.
|
 |
| Insurans hayat |
 |
| Sesuatu perjanjian yang menjamin pembayaran sesuatu manfaat kewangan orang yang diinsuranskan kerana kematian atau di bawah keadaan yang ditetapkan dalam kontrak.
|
 |
| Insurans hayat kumpulan |
 |
| Insurans yang melindungi sekumpulan orang di bawah satu polisi induk. Polisi ini umumnya dikeluarkan tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan ke atas tempoh hayat orang yang diinsuranskan. Ia biasanya ditawarkan kepada majikan bagi manfaat para pekerjanya atau kepada ahli sesebuah persatuan.
|
 |
| Insurans hayat seumur hidup |
 |
| Insurans yang membayar sejumlah wang pada bila-bila masa apabila berlaku kematian menurut syarat polisi insurans tersebut.
|
 |
| Insurans perubatan dan kesihatan |
 |
| Insurans yang memperuntukkan pembayaran faedah khusus untuk membiayai perbelanjaan perubatan yang dikenakan atau risiko seseorang menjadi hilang upaya sama ada separa atau sepenuhnya atau dimasukkan ke hospital berikutan penyakit yang dihadapi atau keuzuran.
|
 |
| Kadar pro-rata |
 |
| Kadar yang dikenakan kurang daripada tempoh tertentu. Contohnya, sekiranya seseorang yang diinsuranskan perlu perlindungan bagi suku tahun, maka premium yang dikenakan ke atas beliau adalah suku daripada premium tahunan.
|
 |
| Kadar tarif |
 |
| Suatu kadar yang telah ditetapkan oleh organisasi penarafan yang dihasilkan melalui jadual dan peraturan tarif. Bagi produk yang berkadar tarif, semua pemegang polisi akan membayar premium standard, sekiranya tiada premium tambahan dikenakan.
|
 |
| Kepentingan boleh diinsurans |
 |
| Merupakan salah satu asas prinsip insurans yang memerlukan pembeli insurans berkepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan, di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan, akan mengakibatkan kerugian kewangan kepada pembeli tersebut.
|
 |
| Kerugian menyeluruh |
 |
Kerugian yang cukup besar sehingga boleh dianggap langsung tidak mempunyai nilai.
|
 |
| Kewajipan membuat pendedahan |
 |
| Contohnya “kewajipan pendedahan untuk semua fakta penting”, ini merujuk kepada kewajipan mendedahkan maklumat dalam borang permohonan insurans yang dikemukakan kepada syarikat insurans. Kegagalan tindakan sedemikian akan menyebabkan polisi insurans anda tidak sah.
|
 |
| Klausa purata |
 |
| Klausa ini memperihalkan syarikat insurans hanya bertanggungjawab untuk kadar sebahagian kerugian yang bergantung pada jumlah nilai diinsuranskan kepada jumlah risiko.
|
 |
| Komisen |
 |
| Merupakan ganjaran yang dibayar kepada ejen oleh syarikat insurans bagi perkhidmatan yang diberikan.
|
 |
| Liabiliti kecederaan tubuh badan |
 |
| Liabiliti bersabit dengan kecederaan fizikal atau kematian seseorang.
|
 |
| Luput |
 |
Penamatan sesuatu polisi insurans hayat di akhir tempoh perlindungan insurans tersebut.
|
 |
| Manfaat akibat kematian |
 |
| Amaun yang akan dibayar dan dinyatakan dalam kontrak polisi akibat kematian seseorang yang diinsuranskan.
|
 |
| Manfaat hilang upaya |
 |
| Manfaat yang dibayar kepada orang yang diinsuranskan akibat hilang upaya di bawah peruntukan polisi pendapatan atau peruntukan yang termaktub dalam polisi insurans lain seperti insurans hayat.
|
 |
| Manfaat untuk pembayar |
 |
| Sesuatu rider atau peruntukan yang kebiasaannya termaktub dalam polisi insurans juvenil di mana, premium adalah dikecualikan apabila salah seorang yang membayar premium, iaitu ibu atau bapa menjadi hilang upaya atau mati semasa anak itu masih kecil.
|
 |
| Nilai matang |
 |
| Jumlah yang dibayar pada akhir tempoh endowmen kepada orang yang diinsuranskan yang masih hidup atau kepada empunya polisi insurans hayat seumur hidup yang telah hidup melebihi umur tertentu.
|
 |
| Nilai serahan |
 |
Amaun tunai yang dibayar apabila seseorang menamatkan polisi secara sukarela sebelum polisi insurans tersebut menjadi boleh dibayar sewaktu kematian atau pada waktu matang. Juga dikenali sebagai nilai tunai.
|
 |
| Orang yang diinsuranskan |
 |
| Seseorang yang dilindungi di bawah suatu polisi insurans hayat atau kesihatan.
|
 |
| Pampasan |
 |
| Sejumlah wang yang diberi sebagai pembayaran atau pembaikan sepertimana ditentukan mengikut tuntutan yang dibuat pemegang polisi insurans yang berkaitan.
|
 |
| Pelaras kerugian |
 |
| Seseorang yang menjalankan urusniaga berkaitan dengan siasatan tentang sebab-sebab dan keadaan sesuatu kerugian di samping menentukan jumlah kerugian.
|
 |
| Pembelitan polisi (twisting) |
 |
| Tindakan atau percubaan untuk memujuk seorang pemegang polisi supaya menukar perlindungan sedia ada dengan mengambil polisi dengan perlindungan yang baru. Pemegang polisi ini kebiasaannya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk selepas penukaran polisi dilakukan.
|
 |
| Penama |
 |
| Orang yang dinamakan dalam polisi insurans hayat atau insurans kemalangan untuk menerima manfaat di bawah polisi berkenaan.
|
 |
| Penamaan |
 |
| Tindakan menamakan seseorang sebagai penama sesuatu polisi insurans hayat atau kemalangan.
|
 |
| Penamatan |
 |
| Penamatan suatu polisi insurans hayat pada tarikh akhir tempohnya.
|
 |
| Penambahbaikan |
 |
| Suatu keadaan di mana barang yang diinsuranskan menjadi lebih baik selepas pembaikan atau penggantian (akibat kemalangan).
|
 |
| Pengecualian |
 |
| Suatu peruntukan tidak memasukkan perlindungan bagi sesetengah kejadian, orang, harta benda atau lokasi.
|
 |
| Pengembalian semula polisi |
 |
| Menghidupkan semula sesuatu polisi insurans yang telah luput dalam tempoh masa tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
|
 |
| Pengendali takaful |
 |
| Sebuah syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984 untuk menjalankan perniagaan takaful.
|
 |
| Pengunduran tarikh |
 |
| Prosidur menjadikan tarikh kuat kuasa sesuatu polisi itu lebih awal daripada tarikh permohonan. Pengunduran tarikh sering digunakan untuk menjadikan umur semasa polisi insurans dikeluarkan lebih muda untuk pembayaran premium yang lebih rendah.
|
 |
| Penuh percaya mutlak |
 |
| Salah satu prinsip asas insurans yang memerlukan pemegang polisi mendedahkan semua fakta penting kepada syarikat insurans apabila membuat permohonan untuk membeli sesuatu polisi. Ini disebabkan syarikat insurans mengambil risiko berasaskan kepada maklumat yang diberi oleh pemegang polisi dalam borang cadangan.
|
 |
| Penyerahan hak |
 |
| Pemindahan hak milik kepunyaan dalam sesuatu polisi insurans hayat kepada satu pihak yang lain.
|
 |
| Perlindungan |
 |
| Skop perlindungan yang diberi di bawah suatu polisi insurans.
|
 |
| Pinjaman polisi |
 |
| Sesuatu pinjaman yang diberi oleh syarikat insurans kepada empunya polisi di mana keseluruhan atau sebahagian dari nilai tunai polisi diserahhak menjadi jaminan kepada pinjaman tersebut.
|
 |
| Pinjaman premium automatik |
 |
| Sesuatu pinjaman yang diberi oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi dengan menggunakan nilai tunai insurans hayat untuk membayar premium tertunggak pada akhir tempoh tangguh di bawah polisi yang sama. Pinjaman ini adalah automatik sebagaimana yang dibenarkan di bawah salah satu peruntukan polisi insurans hayat.
|
 |
| Polisi |
 |
Dokumen mengandungi maklumat berkaitan dengan skop perlindungan, terma dan syarat serta pengecualian berkaitan dengan insurans.
|
 |
| Polisi berbayar |
 |
| Polisi di mana bayaran premium tidak lagi diperlukan tetapi polisi ini masih belum ditamatkan atas sebab kematian atau cukup tempoh.
|
 |
| Polisi berbayar terkurang |
 |
| Apabila polisi anda telah mempunyai nilai tunai, anda boleh memilih untuk berhenti dari membayar premium. Namum, insurans anda masih laku (sah), cuma nilai diinsuranskan akan dikurangkan.
|
 |
| Polisi bukan sertaan |
 |
| Sejenis polisi insurans atau annuiti di mana si empunya polisi tidak layak menerima dividen atau bonus.
|
 |
| Polisi sertaan |
 |
| Suatu polisi di mana si empunya polisi berkongsi sebahagian daripada lebihan syarikat insurans hayat dalam bentuk bonus atau dividen.
|
 |
| Premium |
 |
| Jumlah wang yang dibayar sekali atau berkala oleh empunya polisi kepada syarikat insurans untuk perkhidmatan perlindungan insurans yang disediakan.
|
 |
| Rider |
 |
| Tambahan kepada sesuatu polisi insurans yang meminda syarat-syarat melalui perluasan faedah polisi insurans berkenaan.
|
 |
| Serahan |
 |
| Perbuatan menyerahbalik polisi. Syarikat insurans akan bertindak membayar nilai serahan yang telah terkumpul di bawah polisi yang diserahbalik, jika ada.
|
 |
| Skala manfaat |
 |
| Merujuk kepada amaun pampasan yang boleh dibayar oleh syarikat insurans/ pengendali takaful. Apabila berlaku kecederaan atau kehilangan anggota tubuh badan, penglihatan atau pendengaran, perkara-perkara ini akan menetapkan bahagian pampasan yang layak bergantung kepada nilai kerugian yang dialami.
|
 |
| Syarat-syarat pra-wujud |
 |
Suatu peruntukan polisi yang menetapkan bahawa keadaan atau penyakit yang seseorang alami sebelum membuat permohonan untuk polisi (biasanya polisi insurans perubatan dan kesihatan) akan dikecualikan daripada perlindungan insurans.
|
 |
| Syarikat insurans |
 |
| Syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 bagi menjalankan perniagaan insurans hayat atau am atau kedua-duanya sekali.
|
 |
| Takdir |
 |
| Suatu bencana alam yang terjadi bukan daripada perbuatan manusia atau tidak boleh dicegah. Contoh adalah seperti banjir, kilat dan gempa bumi.
|
 |
| Tarikh matang |
 |
| Tarikh di mana suatu insurans hayat telah cukup tempoh matang dan jumlah muka perlu dibayar, selalunya dengan syarat bahawa hayat orang yang diinsuranskan masih hidup sehingga tamat tempoh tersebut.
|
 |
| Tarikh penyertaan |
 |
| Istilah ini dikenali juga sebagai ’tarikh berkuat kuasa”, iaitu tarikh sesuatu polisi insurans diluluskan.
|
 |
| Tempoh kelayakan/menunggu |
 |
| Kebanyakkan polisi perubatan dan kesihatan mengandungi tempoh kelayakan, bererti kelayakan mendapat manfaat di bawah polisi akan hanya bermula 30 hari selepas tarikh berkuatkuasanya polisi.
|
 |
| Tempoh matang |
 |
| Tempoh di mana apabila suatu polisi atau anuiti mencapai tarikh matangnya.
|
 |
| Tempoh membuat keputusan (free look) |
 |
| Satu tempoh masa, biasanya 15 hari di mana pemegang polisi boleh memeriksa polisi insurans hayat keluarga atau insurans kesihatan yang baru dikeluarkan dan memulangkannya kepada syarikat insurans untuk mendapatkan bayaran balik premium sepenuhnya. Ini dilaksanakan selepas ditolak perbelanjaan pentadbiran yang ditanggung bagi menjalankan pemeriksaan perubatan orang yang diinsuranskan apabila ia tidak berpuas hati dengan polisi /pelan berkenaan.
|
 |
| Tempoh penangguhan |
 |
| Satu tempoh tertentu, biasanya 30 hari dari tarikh pembayaran premium sewaktu kontrak insurans masih hidup meskipun premium insurans belum dibayar. Apabila premium masih belum dibayar dalam tempoh penangguhan, polisi insurans berkenaan akan luput atau akan tertakluk kepada polisi berbayar terkurang atau pinjaman premium automatik.
|
 |
| Terkurang insurans |
 |
| Suatu keadaan di mana pemegang polisi membeli perlindungan insurans kurang daripada nilai pasaran sebenar untuk melindungi nilai harta benda.
|
 |
| Terlebih insurans |
 |
| Suatu keadaan dimana seseorang pemegang polisi membeli perlindungan insurans melebihi nilai tunai sebenar atau kos penggantian sesuatu objek yang diinsuranskan.
|
 |
| Tidak boleh tanding |
 |
| Syarikat insurans/pengendali takaful tidak boleh mempertikai kesahihan polisi yang telah berkuat kuasa selama dua tahun. Sekiranya syarikat insurans/pengendali takaful enggan membayar tuntutan, ia mestilah membuktikan bahawa polisi berkenaan telah diperolehi melalui penipuan.
|
 |
| Tuntutan |
 |
| Pemberitahuan kepada syarikat insurans bahawa pembayaran sejumlah wang seharusnya dibuat menurut terma polisi insurans.
|
 |