Penipuan insurans adalah termasuk segala tipudaya/ketidakjujuran yang dibuat dengan sengaja terhadap atau oleh syarikat insurans atau pengendali takaful, ejen insurans atau ejen takaful, atau pengguna untuk mendapatkan keuntungan kewangan yang tidak wajar.

Terdapat banyak contoh penipuan insurans, termasuklah:
 
Maklumat berkaitan

Berurusan dengan pengantara

Tip-tip insurans

Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim penipuan insurans

Muat turun buku panduan penipuan insurans

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Mewujudkan tuntutan palsu
 
 
     
 

Kemalangan disengajakan – bengkel kereta sengaja menyebabkan kemalangan kecil dengan tujuan untuk mendapatkan kebenaran bagi kenderaan diperbaiki.
Tuntutan palsu terhadap kemalangan atau kecederaan yang tidak pernah berlaku.

Membuat tuntutan terhadap polisi insurans kemalangan diri bagi kecederaan yang disengajakan.

Kemalangan akibat terjatuh atau tergelincir yang disengajakan dan menuntut insurans kemalangan diri.

Menipu tentang berlakunya kematian untuk mendapatkan bayaran manfaat insurans hayat atau mengemukakan tuntutan kematian palsu.
Pecah masuk, kecurian atau vandalisme yang disengajakan.
Arson (iaitu menyebabkan kebakaran dengan sengaja).
 
 
 
Mengemukakan amaun kerugian yang terlalu tinggi
 
 
     
 

Meninggikan atau ‘menokok-tambah’ nilai tuntutan di mana tahap kerosakan atau kecederaan yang dialami dalam kemalangan sebenar telah diperbesarkan.
Meninggikan nilai barang yang dicuri semasa berlaku pecah masuk/kecurian.
Pembekal perkhidmatan perubatan meninggikan bil perubatan.
 
 
 
Menyatakan fakta salah untuk mendapatkan bayaran:
 
 
     
 

Membuat tuntutan berganda dengan mempunyai perlindungan insurans berganda dengan syarikat insurans atau pengendali takaful yang berlainan untuk satu kenderaan dan untuk sesuatu kemalangan tertentu.
Membuat tuntutan bagi kerosakan yang tidak berkaitan dengan kemalangan.

Mendapat bayaran hilang upaya walhal bekerja di tempat lain dan menjalankan tugas kerja yang sama atau serupa.
Mengenakan bayaran ke atas pemeriksaan perubatan yang tidak diberikan.
 
 
 
Ejen palsu:
 
 
     
 

Penjualan insurans oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang tidak berlesen atau seseorang yang menyamar sebagai ejen syarikat insurans atau ejen pengendali takaful.
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat terperinci, sila muat turun buku panduan penipuan insurans atau hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful untuk bantuan. Di dalam buku panduan ini, terdapat maklumat lanjut tentang melindungi diri anda daripada penipuan insurans, contoh-contoh penipuan insurans serta nasihat untuk membuat aduan.