Maklumat Berkaitan

Berurusan dengan pengantara

Tip-tip insurans

Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim penipuan insurans

Muat turun buku panduan penipuan insurans

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Penipuan insurans bukanlah jenayah ‘tidak bermangsa’ atau ‘tersembunyi’, kerana pada hakikatnya penipuan insurans mendatangkan keburukan kepada semua. Penipuan insurans mengakibatkan:
 
  Premium yang lebih tinggi dan harga yang lebih tinggi bagi barangan dan perkhidmatan
    Kos yang perlu dibayar oleh syarikat insurans atau pengendali takaful untuk memerangi dan membayar tuntutan palsu akan akhirnya disalurkan kepada orang ramai yang membeli insurans dalam bentuk premium yang lebih tinggi. Selanjutnya peniaga akan menyalurkan kos yang lebih tinggi untuk menginsuranskan harta dan stok mereka kepada pengguna.
     
  Berkurangannya penawaran insurans
    Syarikat insurans atau pengendali takaful mungkin akan mengenakan keperluan pengunderaitan yang lebih ketat dan menghadkan skop perlindungan bagi meminimumkan kerugian disebabkan penipuan. Syarikat insurans atau pengendali takaful juga mungkin menarik balik perlindungan insurans bagi sektor yang banyak berlaku penipuan insurans.
     
  Kelewatan penyelesaian tuntutan tulen
    Syarikat insurans atau pengendali takaful akan lebih berwaspada terhadap penipuan dan akan menjalankan penyiasatan yang rapi jika mengesyaki ada penipuan. Prosedur penyelesaian tuntutan yang ketat yang dilaksanakan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful untuk mengelakkan penipuan akhirnya akan menyebabkan kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan yang tulen.
 

Berwaspada terhadap ejen insurans yang tidak berdaftar. Sebelum membeli insurans, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda atau Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)] atau Persatuan Takaful Malaysia [Malaysian Takaful Association (MTA)] untuk memastikan ejen berkenaan adalah ejen yang sah.

Elakkan daripada membayar premium menggunakan wang tunai. Bayar premium anda melalui cek atau kiriman wang. Buat bayaran itu kepada syarikat insurans atau pengendali takaful dan bukan kepada ejen.

Jangan sekali-kali menandatangani borang permohonan insurans atau takaful, atau borang tuntutan insurans atau takaful yang kosong.

Berasa syak wasangka sekiranya harga insurans atau takaful terlalu rendah daripada syarikat insurans atau pengendali takaful lain.

Bertegaslah untuk mendapatkan bil yang terperinci bagi pembaikan dan perkhidmatan perubatan yang diberikan dan semak ketepatannya.

Hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda, PIAM/LIAM/MTA atau pihak polis secara berhati-hati sekiranya anda telah ditipu atau telah/sedang dipujuk supaya menyertai suatu penipuan. Berikan maklumat sebanyak yang mungkin tentang kejadian itu - nama individu-individu, amaun, tarikh dan jenis penipuan yang terlibat.
 
Sebagai pengguna, anda mempunyai peranan dalam memerangi penipuan. Pastikan anda tidak melakukan penipuan secara sedar atau membantu orang lain melakukan penipuan. Syarikat insurans atau pengendali takaful berhak untuk menafikan liabiliti atau menolak tuntutan anda sekiranya terbukti ada unsur penipuan dalam tuntutan insurans atau takaful anda.
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat terperinci, sila muat turun buku panduan penipuan insurans atau hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful untuk bantuan. Di dalam buku panduan ini, maklumat lanjut tentang melindungi diri anda daripada penipuan insurans, contoh-contoh penipuan insurans serta nasihat untuk membuat aduan.