Tujuan mempunyai insurans hayat adalah untuk memastikan orang yang anda sayangi dilindungi dari segi kewangan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap diri anda. Oleh itu, anda seharusnya memastikan mereka yang tersayang memperolehi dana tersebut dengan cepat. Sekiranya ada penamaan, wang polisi boleh diagih dengan cepat tanpa perlu mendapatkan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian.

Sekiranya anda tidak membuat penamaan di dalam polisi insurans anda, syarikat insurans anda berhak untuk tidak membayar wang polisi kepada orang yang disayangi sehinggalah mereka mengemukakan dokumen yang dinyatakan di atas, yang mungkin mengambil masa yang lama.
 
Maklumat Berkaitan

Penipuan insurans

Berurusan dengan pengantara
 
Saya Mahu...

Soalan lazim mengenai membuat penamaan

Muat turun buku panduan membuat penamaan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas, anda bebas untuk menamakan sesiapa yang anda kehendaki. Penamaan biasanya dilakukan semasa membuat permohonan polisi insurans hayat atau pada bila-bila masa dirasakan perlu. Anda hanya perlu mengisi borang penamaan yang disediakan oleh syarikat insurans yang lazimnya memerlukan butiran penama seperti:
Nama
Tarikh lahir
Nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran; dan
Alamat
Borang penamaan mestilah ditandatangani oleh seorang saksi yang berumur 18 tahun ke atas, sempurna akal dan bukan penama anda. Pastikan syarikat insurans anda mengesahkan penamaan tersebut, sama ada pada dokumen polisi atau borang penamaan. Walau bagaimanapun, anda harus tahu tidak semua penama akan menerima wang polisi secara benefisial atau untuk kegunaan mereka sendiri.
 
  Beragama Islam  
 

Bagi pemegang polisi beragama Islam, penama, tidak kiralah apapun pertaliannya, penama hanya boleh menerima wang polisi sebagai wasi
   

Wang polisi tersebut mestilah diagihkan mengikut undang-undang Islam.
 
     
 
  Bukan Seorang Islam  
 

Tertakluk kepada pertalian di antara pemegang polisi dengan penama
   

Seseorang penama boleh menerima bahagian wang polisinya sama ada secara benefisial atau sebagai pemegang amanah atau wasi.
 
     
 
 
Syarikat insurans akan hanya membayar wang polisi kepada pemohon yang mempunyai Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian. Walau bagaimanapun, syarikat insurans boleh, mengikut budi bicaranya, mengagihkan wang polisi kepada penuntut tanpa dokumen tersebut jika:
 
Pihak menuntut adalah suami atau isteri, anak atau ibu bapa pemegang polisi.

Syarikat insurans berpuas hati yang orang tersebut berhak dan berkemungkinan diberikan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian berdasarkan penilaian syarikat insurans. Ini juga digunapakai sekiranya pemegang polisi tiada suami atau isteri, anak atau ibu bapa yang masih hidup.
 
Jika tiada penamaan telah dibuat, orang yang menerima wang polisi hanya menerima wang itu sebagai wasi dan ia hendaklah mengagihkannya mengikut wasiat si mati, atau jika tiada wasiat, mengagihkannya mengikut undang-undang pembahagian yang berkaitan.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat terperinci tentang bagaimana untuk menukar penama, peranan benefisiari, pemegang amanah dan lain-lain, sila muat turun buku panduan kami tentang kepentingan membuat penamaan atau hubungi syarikat atau egen takaful atau insurans anda.