Kecurian kenderaan merupakan antara pengalaman buruk yang mungkin dihadapi seorang pemilik kenderaan. Walau bagaimanapun, anda boleh mencegah daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah ini. Di antara langkah-langkah utama yang boleh diambil adalah:
 
Maklumat Berkaitan
Insurans motor
Takaful motor
Penipuan insurans
Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Muat turun panduan kecurian kenderaan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
 

Kunci kenderaan anda.
   
Jangan tinggalkan kunci dalam kenderaan anda.
   

Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja. Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan ringkas atau hanya untuk membuka pintu pagar rumah.
   
Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat.
   

Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi, jika terpaksa, letakkan barang-barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang berharga di dalam but kenderaan anda.
   
 
 

Letakkan kenderaan anda di tempat yang terang – kecurian kenderaan biasanya berlaku pada waktu malam di kawasan yang gelap.
   

Letakkan kenderaan anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan – pencuri kenderaan tidak sukakan saksi dan lebih menyukai tempat letak kereta yang tidak berjaga.
   

Letakkan kenderaan anda di dalam kawasan rumah bukannya di luar. Kunci pintu kenderaan dan pagar rumah bagi meningkatkan keselamatan kenderaan anda.
   
   
 
 

Pencuri professional boleh mencuri mana-mana kenderaan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyukarkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Kenderaan yang mempunyai tahap keselamatan yang lebih akan menyulitkannya dari dicuri.
   

Keupayaan kewangan dan pemilihan peribadi anda akan menentukan tahap ciri keselamatan dan jenis alat-alat pencegah kecurian yang terbaik untuk anda.
   
  Alat pencegah kecurian yang boleh didapati adalah:
   
 
Penghalang gerak enjin berelektronik
   
Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik
   
Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan
   

Radio/pemain cakera padat yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan
   
Penandaan nombor kenderaan pada cermin
   
Alat amaran penggera
   
Kunci stering/gear brek
   
Alat pengesan berelektronik
   
   
 
 
  Muat turun
di sini
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan insurans motor atau takaful motor yang menawarkan perlindungan untuk kecurian. Ketahui maklumat lanjut tentang insurans motor atau hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful untuk maklumat tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan. Muat turun panduan kemalangan jalan raya dan bagaimana untuk mengelakkan kenderaan daripada di curi.