Carian dengan katakunci:  
  Kategori:  
 
Maklumat Berkaitan

Membuat aduan

Jenis insurans

Jenis takaful

Glosari insurans
 
Saya Mahu...

Email laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
  Membatalkan polisi anda
       
  Membeli polisi insurans hayat adalah satu komitmen jangka panjang. Sekiranya anda membatalkan polisi anda, anda tidak akan mendapat balik jumlah amaun premium terkini yang anda telah bayar kerana nilai serahan (nilai polisi anda apabila ditamatkan) biasanya kurang daripada apa yang anda telah bayar. Bincanglah perkara ini terlebih dahulu dengan syarikat insurans hayat anda yang  sekarang, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Adalah tidak menguntungkan sekiranya anda menggantikan sesuatu polisi kerana:
  • Berkemungkinan besar anda terpaksa membayar premium yang lebih tinggi memandangkan anda telah semakin berumur.
  • Nilai tunai anda akan meningkat secara perlahan kerana premium anda yang baru perlu membayar kos permulaan menanggung polisi insurans hayat kali kedua.
  • Tempoh tidak boleh tanding selama dua tahun bermula sekali lagi. Begitu juga dengan klausa bunuh diri di mana polisi perlu bermula dari awal sekali lagi.
  • Polisi yang sedia ada mungkin mempunyai peruntukan yang lebih baik daripada polisi baru, misalnya dalam bentuk opsyen penyelesaian tuntutan dan manfaat hilang upaya.
  • Syarikat insurans hayat anda yang sedia ada boleh membuat perubahan yang anda kehendaki pada kos yang lebih rendah.
       
  Kategori : Insurans Hayat
       
      Beri Komen Kembali ke senarai tip terkini  
 
  Komen Anda
 
 
  Bagaimanakah anda melindungi diri anda daripada penipuan insurans?
       
 
  • Berwaspada terhadap ejen insurans yang tidak berdaftar. Sebelum membeli insurans, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda atau Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)] atau Persatuan Takaful Malaysia [Malaysian Takaful Association (MTA)] untuk memastikan ejen berkenaan adalah ejen yang sah.
  • Elakkan daripada membayar premium menggunakan wang tunai. Bayar premium anda melalui cek atau kiriman wang. Buat bayaran itu kepada syarikat insurans atau pengendali takaful dan bukan kepada ejen.
  • Jangan sekali-kali menandatangani borang permohonan insurans atau takaful, atau borang tuntutan insurans atau takaful yang kosong.
  • Berasa syak wasangka sekiranya harga insurans atau takaful terlalu rendah daripada syarikat insurans atau pengendali takaful lain.
  • Bertegaslah untuk mendapatkan bil yang terperinci bagi pembaikan dan perkhidmatan perubatan yang diberikan dan semak ketepatannya.
  • Hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda, PIAM/LIAM/MTA atau pihak polis secara berhati-hati sekiranya anda telah ditipu atau telah/sedang dipujuk supaya menyertai suatu penipuan. Berikan maklumat sebanyak yang mungkin tentang kejadian itu - nama individu-individu, amaun, tarikh dan jenis penipuan yang terlibat.
       
  Kategori : Penipuan Insurans
       
      Beri Komen Kembali ke senarai tip terkini  
 
  Komen Anda
 
 
  Mengurus pelan insurans hayat anda
       
 
  • Buatlah catatan tentang tarikh premium perlu dibayar untuk mengelakkan keluputan polisi.
  • Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti bayaran
  • Pastikan umur anda yang tercatat di dalam borang permohonan adalah tepat. Sekiranya berlaku kematian dan umur anda telah tidak dinyatakan dengan betul, syarikat insurans hayat akan hanya membayar amaun yang berpatutan dengan jumlah premium yang telah dibayar untuk umur yang betul.
  • Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda untuk memastikan keperluan itu dilindungi secukupnya oleh polisi yang sedia ada.
  • Simpan dokumen polisi anda dengan selamat sehinggalah wang polisi insurans hayat diterima daripada syarikat insurans
  • Salinkan maklumat asas seperti nama syarikat insurans, jenis polisi, nombor polisi dan nama penama dan simpan maklumat itu di tempat lain.
  • Bertanyalah kepada syarikat insurans hayat anda sekiranya mempunyai kemusykilan tentang apa-apa perkara berkaitan polisi insurans hayat anda.
       
  Kategori : Insurans Hayat
       
      Beri Komen Kembali ke senarai tip terkini  
 
  Komen Anda
 
 
  Jangan menjadi mangsa kepada penukaran polisi
       
  Penukaran polisi berlaku apabila pemegang polisi yang memiliki polisi yang mempunyai nilai tunai, dipujuk untuk menukar perlindungan yang sedia ada kepada polisi lain melalui cara-cara yang berikut:

  • Menghentikan atau meluputkan polisi sedia ada dan menggunkan premium tersebut untuk membeil polisi baru.
  • Menukar polisi asal kepada polisi insurans berbayar yang mempunyai jumlah diinsuranskan yang lebih rendah.
  • Menukar polisi asal kepada insurans bertempoh yang dipanjangkan tempohnya.

Kerugian yang akan anda alami dengan menukar polisi anda:

  • Penglibatan kos yang lebih tinggi memandangkan kadar premium yang perlu dibayar apabila umur meningkat.
  • Polisi baru memerlukan tempoh menunggu yang baru dan akan memulakan tempoh boleh tanding selama dua tahun sekali lagi.
  • Kehilangan beberapa ciri tertentu dalam polisi baru anda disebabkan factor perubahan status kesihatan dan umur.

Sekiranya anda memiliki polisi insurans yang mempunyai nilai tunai, berhati-hati apabila dipujuk untuk membatalkan atau menukar polisi. Ini kerana ejen insurans menerima komisen yang paling tinggi daripada wang premium yang anda bayar dalam tahun pertama.

Ejen yang profesional akan sentiasa memberi keutamaan atas kepentingan anda. Bagaimanapun, jika anda merasakan yang anda akan mendapat manfaat dengan menukar polisi anda, anda boleh menulis surat kepada syarikat insurans bagi mendapatkan pengesahan secara bertulis bahawa penukaran polisi itu tidak akan merugikan anda.
       
  Kategori : Amaran Pengguna
       
      Beri Komen Kembali ke senarai tip terkini  
 
  Komen Anda
 
 
  Panduan membeli insurans hayat
       
  Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.
-    Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Buat perbandingan kadar premium
-    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.

Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
-    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
-    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
-    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
-    Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

Isi borang permohonan anda dengan teliti
-    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
-    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.

Baca polisi anda apabila anda menerimanya
-    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

       
  Kategori : Insurans Hayat
       
      Beri Komen Kembali ke senarai tip terkini  
 
  Komen Anda
 
 
  Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
       
 
  • Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
  • Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
  • Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
  • Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
  • Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
  • Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
       
  Kategori : Panduan Pembelian
       
      Beri Komen Kembali ke senarai tip terkini  
 
  Komen Anda